Tuesday, June 21, 2011

Penang Mai (i)

-Thanks pd org yg sudi capture pic ni-

BismiLLah...

Alahamdulillah kerana Allah masih memberi kita nikmat Iman dan Islam. Selawat serta salam kepada Junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, para sahabat dan ahli keluarga baginda.

dalam entri kali ini ana berminat untuk berkongsi kisah perjalanan ana kePulau Mutiara. Perjalanan yang pertama ana ke Pulau Mutiara adalah selepas ana tamat menghadiri program Kursus Pengurusan Hal Ehwal Islam
di Sg Petani, Kedah. Perjalanan yang ana lalui sepanjang ke sana sangat menarik kerena jarang ana berjalan jauh pada waktu siang. Biasanya ana berjalan jauh ke Utara atau Timur Malaysia pada waktu malam. Namun ada kebaikannya berjalan pada waktu siang kerana kita dapat melihat suasana di tempat orang dengan lebih jelas. Biasanya perjalanan pada waktu malam, kita hanya akan tidur sahaja.

Sebaik sahaja tamat program dan selesai makan tengah hari, saya
menuju ke hentian bas Sungai Petani. perjalanan saya bermula di sini. Tempat pertama yang ana lawati adalah rumah Zahida. Kebetulan pada masa itu, Zahida hanya tinggal bersama adiknya. Kebetulan mak dan ayah Zahida pergi ke pondok mereka.


Bergambar di ruang tamu



Bergambar di hadapan rumah

Selepas Asar,ana bertolak ke Butterworth untuk melawat Pulau Mutiara pula. Perjalanan ke Jeti dengan menaiki bas lompat dari Batu Tikam ke Jeti. harga tiket RM 3.20.
pada mulanya rasa takut juga sebab ana berseorangan nek bus. Nasib baik terdapat penumpang yang sama-sama turun di jeti.

Apabila tiba di jeti, ana ke ruang menunggu untuk menunggu kehadiran feri. Tiket menaiki feri RM1.50. Ini merupakan kali kedua ana naik feri selepas 19 tahun berlalu.

Feri dari arah bertentangan.
Menuju ke arah Butterworth barangkali..



Menghampiri jeti P.Pinang


Suasana di dalam feri



Berjoging di tepi Pantai Pulau Pinang bersama Zaimah



Berjalan-jalan di Pasar Cina.
Rasa mcm dok Negara China.



Ana bertolak pulang ke Selangor pada jam 1.30 petang hari Jumaat. Alhamdulillah selamat sampai di rumah dalam jam 10.10 malam. waktu sebenar tak ingt sangat tapi lebih kurang mcm tu la perjalanan yang ana jalani.

2 comments:

khadamgerakanislam.blogspot.com said...

saya pun banyak gOk aktiviti time cuti..duk umh bape kerat jer..huhu

Nur Humaira said...

ibnu wat ap masa cuti? citerla