Saturday, June 11, 2011

Ujian Keluarga

BismiLLAh....

ana nak bawa satu cerita yang kadang2 terjadi pada diri kita, kadang2 kita dengar daripada cerita orang lain. Yang penting cerita atau kejadian yang berLaku perlulah dimuhasabah kembali dan Diambil iktibar agar tidak berulang di kemudian hari.

ceritanya begini....

ad seorang kenalan yang masih menuntut di salah sebuah Institusi Pendidikan di Malaysia. Beliau merupakan seorang yang sangat suka terlibat dengan mana2 program yang boleh membina jati diri beliau. Walaupun beliau bukan seorang yang berduit, maklumlah student lagi. Beliau akan cuba sedaya upaya untuk tidak membebankan Kedua orang tuanya sekiranya Beliau ingin ke mana-mana. Beliau yakin sekiranya kerja yang beliau lakukan ini kerana ALLAH, maka Allah akan membalas dengan ganjaran yang LEbih Baik.

( Surah As-Saff: ayat 10-11)

Bukankah Allah yang paling menepati janji-Nya? Sebagai manusia kita hanya berhenti seketika di dunia ini untuk mencari bekalan yang mencukupi dan dibawa ke Negeri yang kekal abadi iaitu Akhirat.

Merujuk pada Mutiara Kata Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika beliau menyampaikan ceramah di Majlis Pengisytiharan Calon Pilihanraya Kecil Kerdau:

" Di Dunia ini sebenarnya kita tidak punya apa-apa. Walaupun disebut rumah kita, tanah kita tetapi hakikatnya ia milik ALLAh S.W.T. Seperti tuan-tuan datang malam ini, mungkin ada yang naik bas. Bila disebut, ini bas saya, ini bas tuan-tuan, hakikatnya itu bukan bas kita, Kita hanyalah menumpang sementara. Demikian jugalah harta yang kita miliki di dunia ini."

Pada satu hari, beliau mendapat tawaran untuk menjadi fasilitator di sebuah tempat yang sangat jauh daripada rumah beliau. beliau jarang ke sana kerana tempat tersebut mmg jauh dan mengambil masa perjalanan berjam-jam lamanya. tambahan pula beliau baru pulang daripada menghadiri satu perjumpaan rasmi dengan kawan-kawan lamanya yang berlangsung selama 5 hari. Walaupun agak keletihan dan kepenatan, beliau menerima tawaran sahabat beliau.

Program yang diikuti ini berjalan selama 3 hari. walaupun hanya menjadi fasilitator, beliau sebenarnya sudah terlalu letih dan hanya cuba sedaya upaya untuk membuat yang terbaik dan dalam masa yang sama menjaga kesihatan sebaik mungkin. beliau akan cepat jatuh sakit sekiranya bebanan diri melebihi daripada ap yang sepatutnya. tambahan pula beliau mempunyai tanggungjawab dan tugasan lain yang menanti rumah apabila beliau pulang nanti.

Dipendekkan cerita, selepas tamat program beliau bercadang menziarahi beberapa buah rumah kenalan yang berada di sekitar tempat program tersebut. Niatnya adalah untuk menjalin hubungan silaturrahim dengan kenalan-kenalan dan memahami cara hidup mereka. Ala-ala YB masuk kampung gitu....

Namun begitu, apa yang terjadi di luar jangkauan. Ibu beliau beranggapan sebaliknya. ibunya menyangka beliau sengaja mencari alasan untuk menziarahi rumah bakal pasangannya. Ibunya juga memberitahu bahawa dia tidak suka dengan tindakan yang dilakukannya.

Akhirnya, beliau tetap melawt beberapa buah rumah kenalan yang berhmpiran walaupun beliau merasakan dirinya kurang sihat kerana keletihan berjalan jauh. dan apabila beliau pulang ke rumah, ibunya mengambil keputusan kurang bertegur sapa dengannya. dalam keadaan yang kurang stabil kerana keletihan dan badan yang kurang sihat, beliau hanya membiarkan keadaan ini berlanjutan. beliau tidak mahu berbicara apa-apa kerana takut akan meninggikan suara atau menambah luka di hati ibunya..

p/s: Pada sahabatku, bersabarlah ya...Moga satu hari nanti ALlah akan membuka mata hati ibu bapamu untuk mengetahui apa yang dilakukannya adalah untuk mencari saham di akhirat. mungkin kerana kurang kena gaya maka kamu menghadapi kesusahan ini. Anggaplah ini ujian daripada Allah untuk membersihkan dosa-dosamu. Yang penting teruskan usaha ini dan jangan berhenti kerana Ujian daripada keluarga adalah Sunnatullah dalam Berjuang.

1 comment:

Anonymous said...

yeke cinah...cian hang...=(