Friday, March 19, 2010

Engkau memang cantik



salam rindu buat adk2 usrahku. akak da belikan buku utk dikupas sepanjang ketiadaan akak praktikum ke sekolah selama 6 bulan termasuk waktu yg akan datang. Moga buku ini bermanfaat utk kita bersama.

Sekadar PerkongSian


bismiLLah

alHamduliLLah,cuti da nak bas. nek skola ni ana akan mula bekerja dan belajar sebagai seorang guru@muallim. tapi lebih baik jadi seorang muaddib :)

Sempena Permulaan Praktikum ni, ana ada menjalankan beberapa kajian dalam kalangan para naqibah Yang akan mula mengajar mcm ana. ana ty tntg rancgn mereka menjalankan usrah sepanjang praktikum nanti.


Jawapan: (pelbagai versi ;)
  1. insya-Allah usrah dpt dijalankan spt biasa
  2. Saya dan anak2 usrah sem 5 insya-Allah sekiranya ad kesempatan akn dijalankan spt biasa
  3. Still wat usrah selagi saya sempat, kalu x, bg siap2 tajuk yang kena bncg pd ketua usrah tuk diorg bncg bila saya tak sempat
  4. Serah pd naqib kedua n sbg tgjwb sy gak ble la bg pesanan or risalah pd adk2, tadalah trus putus silah spnjg praktikum nanti, insya-Allah
  5. jalanla, tak semsti ari rabu, terpulang pd naqibah, jga ank buah sdr
  6. usrah biasa2 ja. klu tak sempat wat pengisian, ktorg wat riadah ptg2, tp lama dah tak wat. insya-Allah lps cuti ni akn jln blk.
  7. insy-Allah akn bjln mcm biasa lau xda aral melintang
  8. lantik ketua kumpulan utk wat diskusi buku ttg wanita di samping aktiviti usrah mcm biasa
Kesimpulannya ana sgt berterima kasih pd yg sudi membalas msj ana dan mmberi jawapan2 di atas. moga soalan ini dapat menjadi muhasabah utk kita sahabat2 walau apa jua yg kita hadapi usrah adalah nukleus dalam tarbiah. tanpa usrah tarbiah akan runtuh sedikit demi sedikit. ana berdoa agar kita dapat terus tetap menjalankan usrah masing2.

Wednesday, March 10, 2010

Ketua hak asasi Eropah kritik pengharaman burqa






STRASBOURG - Pesuruhjaya Majlis Hak Asasi Manusia Eropah, Thomas Hammarberg kelmarin mengkritik perintah larangan burqa ke atas wanita Islam.

Beliau ketika berucap di Strasbourg, Perancis sempena Hari Wanita Antarabangsa mendakwa tindakan mengharamkan burqa tidak akan membebaskan kaum wanita daripada penindasan, tetapi memberi kesan sebaliknya.

Menurutnya, larangan memakai burqa dan niqab adalah pencerobohan terhadap privasi seseorang individu.

"Pengharaman burqa dan niqab tidak dapat membebaskan wanita yang ditindas, tetapi kemungkinan besar menyebabkan mereka disisihkan dalam masyarakat Eropah," katanya.

Hammarberg berkata, golongan yang menyokong pengharaman itu tidak dapat membuktikan bahawa wanita Islam bertudung lebih kerap ditindas berbanding orang lain.

"Mereka juga gagal mengaitkan pemakaian tudung sebagai punca yang menyebabkan demokrasi dan moral awam terjejas," katanya.

Kenyataan beliau itu adalah reaksi kepada tindakan keras beberapa negara Eropah berhubung isu pemakaian tudung dalam kalangan wanita Islam di rantau itu.

Majlis Hak Asasi Manusia Eropah diasaskan pada 1949 untuk melindungi hak asasi manusia dan demokrasi di Eropah.

*dipetik dari Sinar Harian