Thursday, May 27, 2010

10 muwasofat tarbiah

3) akhlak yang mantap

Tidak takabbur
Mempunyai pendirian
Tidak menipu
Tidak mencaci
Tidak mengadu domba
Tidak mengumpat
Tidak berdusta
Tidak mengejek
Tidak memperlekehkan sesuatu kumpulan
Tidak berkawan dgn orang yg berkelakuan buruk
Mengasihi orang yg lebih muda
Menghormati orang yg lebih tua
Menunaikan janji
Menundukkan pandangan
Menjaga rahsia
Menutup dosa orang lain
Cemburu terhadap isteri
Mempunyai perasaan cemburu atas agamanya


Wednesday, May 26, 2010

KarnivaL aUra Ungu

BismiLLah....

sebenarnYA dah lama ana nk tulis ttg Karnival ni tapi tertangguh disebabkan exam. ana bukannya kaki studi. esok nk exam, baru baca buku mlmnya. =)

nk dijadikan cerita, sahabat ana dari IPIK minta pertolongan ana n sahabat2 IPIS bantu jadi AJK persiapan tempat bagi prog ni tapi kami tak sempat pun nk g meting prog disebabkan prog bertindih dgn prog kami yang sedia ada. alhamduliLLah, akhirnya sempat juga kami jd AJK di waktu program dijalankan.
masa mula2 nk g prog ni, byk kali juga ana berfikir mcm mana ngan exam ana. sebab, ari isnin n selasa ana da paper arab n ana mmg tak sentuh apa2 pun arab. last2 ana wat keputusan bwk la nota arab mana yg ada n kalu sempat bc kat sana. tempat program dijalankan di Shah Alam. jauh la jugak kalu bg pd org yg tak suka berjalan. atas dasar ukhuwah, jauh mcm mana pun redah je la. yg ptg sahabat2 di tempat program menunggu kehadiran kami.


( ikat belon untuk hiasan pentas sempena konsert)


dalam kesempatan ini ana nk ucapkan jutaan terima kasih yg tak terhingga pada sahabat2 ana yg sanggup mengorbankan masa mereka demi membantu sahabat2 Nisa MALAYSIA menjayakan program kali ini.

pada Kak Siti Khadijah, Ikin, Aisyah, Kak Syuk jazakumullah khair jaza` atas kerelaan sahabat2 mengorbakan masa studi masing2.

mereka sanggup mengorbankan masa, tenaga n wang ringgit demi memberi kefahaman Islam pada masyarakat sekeliling. ana sebagai salah seorang rakyat negeri Selangor sangat terharu ats jasa sahabat2 ana. paling mengharukan pada Kak Syuk terima kasih sbb sudi teman saya memandu balik umah selepas abs program. kami siap2 kemas dewan kul 2.45 pagi n ana masa tu mohon sgt Allah permudahkan urusan sbb ana tak sabar dah nk balik tidur di rumah. alhamdulillah selamat sampai di rumah jam 4.00 pagi. macam tak percaya ja blk umah pg2 buta tapi inilah salah satu bentuk tarbiah yang harus diterima oleh mereka yang bergelar daie. mengorbankan waktu tidur demi kepentingan umat. pada adik aisyah, walaupun tertidur (-.-) di seat belakang, trima kasih sbb jd photographer scr tak langsung bagi merakamkan segala aktiviti yang kami lalui.


(bersama pengarah Nisa Malaysia lepas kemas dwn
-masa ni da kul 2.40 pg)

len kali kalu ada program Nisa kita g sama ea. insya-Allah usrah Nisa akan menyusul bulan 6 nanti.

Wednesday, May 19, 2010

Anda Sedang Becouple ya?????


bismiLLah...
setelah puas menelaah petang tadi, ana berhenti seketika di selepas asar. da tak boleh nk baca buku. mata da berbalam-balam. akhirnya ana buka laptop dan mencari beberapa fail yang diperlukan untuk program yang akan datang. fail tak ketemu tapi ana jumpa artikel ini yang ana save dari Iluv Islam.

Kami tidak berzina !
Maaf, saya tidak menuduh awak berzina, tetapi awak menghampiri zina.

Kami hanya barbual-bual, berbincang, bertanya khabar, minum-minum di kafe. Adakah itu menghampiri zina?
Ya,perbuatan itu boleh menjerumuskan pelakunya ke lembah penzinaan.

Kami dapat mengawal perasaan dan kami tidak berniat ke arah itu.
Hari ini ya. Esok mungkin kamu kecundang.Iblis akan memerangkap kamu. Iblis amat berpengalaman dan tipu dayanya sangat halus. Ia telah menipu moyang kita yang pertama,Adam dan Hawa. Iblis amat licik. Ingat, pesanan Rasulullah : Janganlah engkau bersendirian dengan seorang wanita kecuali yang ketiganya, syaitan(Tabrani) . Kita lemah menghadapi tipu daya Iblis.

Tidak semestinya semua orang bercinta* menjurus kepada penzinaan. Ada yang bercinta dalam telefon dan hantar SMS sahaja. Tidak pernah bersua muka pun!
Betul .Tetapi itu adalah salah satu yang dimaksudkan dengan menghampiri zina. Memang pada awalnya tidak bersua muka. Tapi perasaan pasti bergelora, lambat laun desakan nafsu dan perasaan serta hasutan Iblis akan mengheret kepada suatu pertemuan. Pertemuan pertama tidak akan terhenti disitu sahaja.Percayalah, ia akan berlanjutan. Tidakkah itu boleh membawa kepada perzinaan akhirnya?

Takkan nak berbual-bual pun tak boleh? Itupun zina ke?
Zina ada bermacam-macam jenis dan peringkatnya, ada zina betul, ada zina tangan iaitu berpegang-pegangan, ada zina mata iaitu melihat kekasih dengan perasaan berahi. Zina hati iaitu dengan khayalan berahi dengan kekasih sepertimana yang digambarkan oleh Rasulullah: Kedua-dua tangan juga berzina dan zinanya adalah menyentuh. Kedua kaki juga berzina dan zinanya menuju ke tempat pertemuan. Mulut juga berzina dan zinanya adalah ciuman (Muslim dan Abu Daud). Sebenarnya jalan menuju kepada perzinaan amat banyak. Jangan biarkan diri kita melalui mana-mana jalan perzinaan.

Duduk berdiskusi pelajaran tak boleh ke? Bincang pelajaran sahaja!(bagi kes belajar berdua-duaan SAHAJA)* Berdiskusi pelajaran, betul ke? Jangan tipu. Allah tahu apa yang terselit di dalam hati hamba-hambaNya. Kita belajar nak keberkatan. Kalau cemerlang sekalipun, kalau tidak diberkati oleh Allah, kejayaan tidak akan membawa kebahagiaan. Hidup di dunia tidak bahagia,akhirat lagi lah. Jangan berselindung disebalik pelajaran yang mulia. Allah suka kepada orang berilmu. Jadi belajar hendaklah ikut batas dan ketentuan Allah. Belajar akan jadi ibadat. Adakah berdiskusi macam ni akan ditulis oleh malaikat Raqib dan Atid.

Tanya sikit,.. adik angkat, kakak angkat, abang angkat boleh ke? Ganti bercinta....
Semua itu adalah perangkap iblis dan syaitan. Hakikatnya adalah sama. Cinta yang diberi nafas baru. Kulitnya nampak berlainan, tetapi isinya adalah sama. Adik angkat, kakak angkat, abang angkat adalah suatu bentuk tipu daya iblis dan syaitan. Manusia yang terlibat dengan budaya angkat ini sebenarnya telah masuk dalam perangkap syaitan. Cuma menunggu masa untuk dikorbankan. Namakan apa nama sekalipun, abang angkat ke, motivator ke, semuanya adalah sama. Jalan akhirnya akan bertemu dengan zina. Jadi seolah-olah orang yang bercinta telah hilang maruah diri? Mengukur maruah diri bukan ditentukan oleh manusia tetapi oleh Pencipta manusia.Orang yang sedang mabuk bercinta akan mengatakan orang yang bercinta tidak menjejaskan maruah dirinya. Manakala, bagi orang yang menjaga diri, tidak mahu terlibat dengan cinta sebelum kahwin, akan mengatakan orang yang bercinta sudah tidak bermaruah lagi. Cintanya ditumpahkan kepada orang yang belum layak menerima cinta suci. Kalau begitu ukuran bermaruah atau tidak adalah ditentukan oleh Allah.

so, da abs baca...tepuk dada tanya iman




Tuesday, May 18, 2010

10 muwasofat tarbiah

2)Ibadah Yang Sahih


Tidak menolak utk azan
Bersuci dgn sempurna
Sangat menghargai solat berjemaah
Sangat suka berjemaah di masjid
Memperbaiki mutu solat
Qiamullail seminggu sekali
Menunaikan zakat
Berpuasa wajib
Berpuasa sunat sehari setiap bulan
Ada niat utk menunaikan haji
Beriltizam dgn adab-adab tilawah
Khusyuk ketka membaca al-Quran
Menghafaz 1 juzuk dari al-Quran
Berdoa pada waktu-waktu yg diutamakan
Mengakhiri harinya dengan taubat dan istighfar
Menjadikan setiap amalan mempunyai niat
Menjauhi dosa-dosa besar
Sentiasa membaca zikir pagi
Sentiasa membaca zikir petang
Mengingati Allah swt pada setiap situasi
Menunaikan Nazar
Menyebarkan Salam
Menahan anggota dari perkara haram
Beri’tikaf di bulan Ramadhan jika ada peluang
Menggunakan sugi/siwak
Sentiasa bersuci (berwudhuk) sedaya mungkin

......to be continued......


Saturday, May 8, 2010

10 muwasofat tarbiah

Antara 10 Muwasofat Tarbiah

1) Aqidah Sejahtera

Tidak menjampi kecuali dgn al-Quran yg ma’thur
Tidak berhubung dengan Jin
Tidak meminta bantuan dari orang yg meminta bantuan jin
Tidak menenung nasib
Tidak mendekati tukang tilik
Tidak mengusap kubur
Tidak meminta bantuan dari simati
Tidak bersumpah dgn selain Allah
Tidak mempercayai adanya sial
Mengikhlaskan amal kerana Allah
Mengimani rukun-rukun Iman
Mensyukuri Allah swt ketika menerima nikmat
Sentiasa sedar Syaitan adalah musuh
Menerima sepenuhnya dari Allah dan menolak sesuatu yg di turunkan selain Allah swt


* to be continued