Saturday, April 25, 2009

BukFaiR

bismillah....

alhamdulillah, akhirnya rezeki berpihak pada ana. pada 17.05.09- 26.04.09 satu pameran buKuu antarabangsa Telah diadakan di PWTC Kuala Lumpur. Pameran ini dIadakan pAda setiAp tahun dan ana pastI tidaK akaN seseKali membiarkan pestA bukU ini berlaLu tanpa kehadiran ana :)

hari ni, ana berpeluang ke sana. syok SanganT...waLaupun asgnmnt tak siAp lagi, tapi disebabkan anA da set mind nak g jalan gak, maka ana ikut ja kawan2 ana keluar. :) memula nak g mandi sungai pagi tu tapi da kelas darusyifa lak. terpaksalah ana membatalkan hasrat dan merancang keluar pada petangnya.

hari ni agak sibuk. paginya ana bertolak ke IGKPIS (institut pendidikan guru kampus pendidikan Islam) jam 8.15pg. kelas bermula jam 8.30pg dan ana tahu ana tak kan sempat sampai sebelum jam 8.30pg. akhirnya ana sampai jam 8.45 dengan ditemani sahabat ana, Syukuriah. kami merancang nak berjalan tapi terbatal sebab da kelas ni. huhu... nasib baik ustaz datang lewat kerana beberapa masalah. jadi kami sempat lagi beramah mesra dengan peserta darusyifa lain.

ustaz masuk jam 9.30 dan menamatkan kelas jam 11.30. abis kelas ana terus bergegas pulang ke rumah sebab mak ana da pesan dia nak g beli barang dapur dan ana kena hantar dia. ayah ana ke kem di Nur Lembah Pangsun kerana mengikuti program yg dianjurkan oleh tempat bekerjanya. ana sampai lebih kurang jam 12.15tgh hari. kemudian ana msj kawan ana untuk memesan kamus arab padanya. tapi ana rasa tak sedap hati minta dia belikan lalu ana tanya kalu ana boleh ikut dia ke pasta buku. alhamdulillah....dapat pergi.

lebih kurang jam 12.45 ana menemani mak ana ke pasraya untuk membeli barangan dapur. tak banyak barang yang kami beli. lagipun hanya 3 orang sahaja yang ada di rumah. adik-beradik lain tidak pulang ke rumah. kami pulang ke rumah jam 1.30 ptg. ana terus masak telur goreng sementara ibu ana menggoreng ikan. apakah daya ana , ana kena mengejar masa ke rumah kawan ana. ana makan ala kadar dan bergerak ke bangi. alhamdulillah ana sampai jam 2.30 ptg. alhamdulillah sebaik sahaja tiba kami terus bergerak dengan kereta suami kawan ana. kami singgah makan di gerai berhampiran IPIK dan IPT. kemudian kami ke pasta dalam jam 4ptg.

ana nk sambung cite tp dah ngantuk sgt...ana nk rehat dulu..

Friday, April 17, 2009

surat AmaRan daRi jiWa

Bismillah…..

Pertama-tamanya ucapan syukur pada Allah kerana sedar atau tidak diri ini sentiasa di bawah perhatian-Nya. Walaupun kadang-kadang manusia selalu terlupa akan kehadiran Penciptanya namun Dia tetap setia selamanya memerhatikan dan menjaga diri ini.

Alhamdulillah, akhirnya hidayah ini ketemui semula. Alhamdulillah nyatalah diri ini masih disayangi Tuhanku. Ampuni daku Ya Allah, selama ini aku terlalu buta membedakan kenikmatan cinta dunia dan cinta hakiki. Aku terlalu mengikut nafsu memuaskan kehendak diri walhal aku tahu itu bukanlah ketenangan sejati. Aku mencubai sesuatu yang baru dalam hidupku walhal jiwa ini tidak bersedia menerimanya. Ku hampir menodai cinta sejatiku terhadap suamiku. Entah bagaimana perasaannya kira dia tahu bahawa dia bukanlah yang pertama hadir dalam diri ini. Nauzubillah….

Wahai diri,

Telah berlalu sekian lamanya kita berazam untuk bertaubat. Namun apakah daya aku hanya seorang perempuan. Cepat bertindak balas walaupun kata-kata yang dituju bukan untukku. Cepat perasan walaupun bukan aku orang yang dimaksudkan. benarlah iman itu naik dan turun. Tika imanku naik, ku merasakan aku dapat menolak semua dugaan. Tika imanku turun itulah yang kucari untuk memuaskan kehendak hati. Walau aku sedar itu dosa tapi aku tak kuat untuk meninggalkannya. Benarlah kata orang dosa jangan dicuba. Kelak susah untuk meninggalkannya.

Sama seperti rokok, apabila kita telah membuka langkah cuba menghisap rokok akibatnya kita akan ketagih. Begitu juga halnya dosa. Apabila kita cuba melakukan sesuatu yang baru dan ia bertentangan dengan syariat, syaitan akan mula menyelinap dalam diri kita. Kita akan memandang apa yang kita lakukan adalah baik dan tidak berlebihan.

Contohnya apabila seorang muslimat memasuki pertandingan fesyen, sudah tentu pakaian yang dikenakan akan sempit di bahagian tertentu. Kemudian para sahabat muslimat itu sudah tentu akan memuji kecantikan pada dirinya. Ini menyebabkan hati muslimat itu berbunga riang dan sudah tentu dia akan teringin untuk mencuba pakaian lain yang mempunyai ciri-ciri pakaian yang ketat juga. Akhirnya perkara ini menjadi biasa dan akhirnya hilanglah ciri-ciri perabadi seorang muslimah sejati yang selama ini membaluti dirinya.

Dari aspek perkembangan diri pula, perasaan suka pada kaum yang berlainan jantina. Memang lumrah manusia kaum adam akan tertarik pada kaum hawa dan kaum hawa akan tertarik pada kaum adam. Bukankah dulunya adam hidup kesepian dalam syurga lalu dipohon pada Allah seseorang sebagai teman untuk menghibur hatinya yang kosong. Lalu Allah menciptakan Hawa sebagai pelengkap kepada hidup Adam. Maka hidup adam menjadi bahagia dan mereka dikurniakan keturunan yang ramai dan itulah asal usul kita.

Jika direnung pada zaman kini, ramai golongan anak muda yang lebih suka mencari “hawanya” atau “adamnya” tanpa berlandaskan syara`. Memang tidak dapat dinafikan apabila umur kita berganjak pada belasan dan dua puluhan, kita memerlukan sesorang yang boleh dijadikan teman bicara dan tempat untuk kita mengadu dan berkasih sayang. Tapi adakah “teman istimewa” itu mampu menepati citarasa kita? Itulah sebab mengapa Allah menganjurkan perkahwinan. Untuk menyelamatkan nafsu dan keturunan. Allah itu lebih maha mengetahui keperluan hambanya. Maka dia telah menunjukkan jalan yang baik kepada hambanya. Tapi berapa ramai kah hamba yang mengikut fitrah ini. Tidak menyerahkan cinta melainkan pada yang berhak?

Aku mengaku kadang-kadang aku sendiri turut hampir terjerumus dalam perkara ini. Ini merupakan ujian yang harus dihadapi bagi mereka yang belum berkahwin. Dan bagi diriku ujian ini bukanlah senang untuk ditempuhi. Lebih-lebih lagi pada zaman era globalisasi, banyak maklumat dan sumber yang mudah diperoleh pada hujung jari.

Apa yang penting tanamkan akidah yang sohih dalam diri. Jangan takut untuk meninggalkan dosa. Walaupun pasangan kita telah berjanji tidak meninggalkan kita selagi hayat dikandung badan dan menanti di syurga, adakah janjinya dapat ditepati? Siapakah yang paling teguh memegang janji? Sudah tentulah pencipta tercinta sahaja yang sangat menepati janjinya. Tiada apa yang boleh berlaku tanpa mendapat kudrat daripadanya. Apatah lagi manusia yang hatinya selalu berubah.

Wahai diri,

Berubahlah. Ku ulangi..janganlah takut meninggalkan dosa. Allah pastinya mempunyai rancangan yang terbaik buatmu. Allah pastinya akan membalas pengorbananmu dengan sesuatu yang lebih beharga. Pastinya dia tidak akan memsia-siakan pengorbanan ini. Andai tidak di dunia balasannya di akhirat adalah pasti. Ingatlah bahawa kehidupan di dunia tidak ubah seperti memejamkan mata selama beberapa saat sahaja. Maka adakah kau ingin menjadi antara orang yang rugi kerana terpedaya dengan keindahan dunia yang fana?

Fikir fikirkanlah.

Renung-renung kanlah wahai diri.

Sesungguhnya aku tak mahu kau dibakar api neraka yang tidak tebayang panasnya. Sedangkan sebuah gunung bisa hancur lebuh apabila api neraka sebesar biji sawi yang telah dibasuh 7 kali dengan air syuga diletakkan padanya, ini kan pula dirimu yang kerdil tetapi berhati besar. Adakah kau mampu menahan azab itu? Sudah tentu tidak wahai diri yang disayangi.

Sementara masih hidup di dunia gunakanlah peluang galilah pahala sebanyak mungkin. Ingatlah bahawa umur umat ini adalah pendek berbanding umat dahulu. Oleh itu, sudah pastilah amalanmu juga sedikit.

Wahai diri yang dicintai,

Peliharalah diri sebaik mungkin. Sentiasalah semarakkan api cinta buat pencipta. Nescaya dia akan mengurniakan hamba yang turut mencintainya supaya cinta kalian pada-Nya bertambah kuat.

Sekian sahaja wahai diri. Ini lah nasihat dari jiwa yang haus tarbiah dari Tuhannya. Inilah jiwa yang mengharapkan perubahan pada dirimu. Inilah jiwa yang menyayangi dan mencintaimu kerana Allah Taala. Kerana-Nya kita dipertemukan dan kerana-Nya juga kita akan dipisahkan. Oleh itu, istiqamalah pada kebaikan yang kau lakukan dan sentiasalah muhasabah dirimu agar diri menjadi contoh muslimat yang disegani setiap generasi.

Salam cinta kasih sayang buatmu.

SITI NUR HASINAH BINTI HUSSIAN

Daripada jiwa yang sentiasa dahagakan tarbiah Tuhannya

HUMAIRA

Friday, April 10, 2009

andai kU tAhu

ANDAI KUTAHU....KUMPULAN UNGU

Andai ku tahu
Kapan tiba ajalku
Ku akan memohon
Tuhan tolong panjangkan umurku
Andai ku tahu
Kapan tiba masa ku
Ku akan memohon
Tuhan jangan Kau ambil nyawaku
Aku takut akan semua dosa-dosaku
Aku takut dosa yang terus membayangiku
Andai ku tahu
Malaikat-Mu kan menjemputku
Izinkan aku
Mengucap kata taubat pada-Mu
Aku takut akan semua dosa-dosaku
Aku takut dosa yang terus membayangiku
Ampuni aku dari segala dosa-dosaku
Ampuni aku menangisku bertaubat pada-Mu
Aku manusia
Yang takut neraka
Namun aku juga
Tak pantas di syurga…
Andaiku tahu
Kapan tiba ajalku
Izinkan aku
Mengucap kata taubat pada-Mu
Aku takut akan semua dosa-dosaku
Aku takut dosa yang terus membayangiku
Ampuni aku

mAkALah ciNta buAt sahAbAtku...

biSmiLLah.....

apa kabar, sahabatkU? sudah lama kiTa tak besuA. sejAk terjadi PerisTiwa hiTam itU, kitA seRing berjAuhan. WalaupuN adaKalanyA kitA berseliSih bahU namun kitA umpAma saLing tak mengeNali antARa satu saMa lAin. kita berada di dunia masing-masing. kau dengan duniamu dan aku dengan duniaku. Tugasan kuliAh yang salinG menimpa membuat kiTa semAkin berjauhan.

sahabatKu,
tahukah kau aku tak pernah berniAt untuk melukakaN hatimU. kerna kitA telah berjanji untuk salinG memBAntu andai antaRa kitA dalam kesusahan. janJi itu kusemat dalam hatikU dan ianYA istimewa buAt dirimU sahaja yang bErgelaR sahaBatKu. peluaNg ini tak kuberi pada mereKa yang Bergelar kawaN. begituLah istimewanya dirimU padaKu.
saHabatku,
mungKin kita tak Pernah menyuaraKan isi Hati masing-masiNg. ituLah punCa utAma KejadiAn ini. kiTa masing-masing memendaM perasAan hinggA akhirnYa iA menjadi baraH dalaM diri Kita. tahukah kau bahwa Aku sangat merindui saat kIta bergelak Tawa dan bersenda guraU? atau Mungkin Kau teLah melupakAnnya lanTaraN benci Pada-ku? kenanGan itulah yang selaLu menggAmiT jiwakU. aku Tak dapaT menerima HakikAT akaN kehilangAnmu.

sahabAtku,
cumA satU yang aku Pinta. maRiLah kita berdamAi. berterus-teranglaH denganku walau kau rasa Aku tak meneriMA pendapatMu. jikA itu terjadI maka akU lah yang bersalaH. sahabat, demi Ukhuwwah isLAmiah ini kan Kucuba membuang Segala egoKu. kAn ku cuba melenyapkAn perasaan terkiLan ini. Demi pertemuAn kita yang DulunyA demi meraih Kasih iLahi, akan KuluPAkan apa yang BerlakU dan menErimamU seadaNya.

sahabaTku,
dirI ini Sentiasa menanti KehadiranMu di muKa pinTUku. jenGuklah Aku kerna aku dah tak SanggUp mengejarmu. Kerna Aku penat berada DaLAm situasi ini Tanpa MEngetahui apa SalaHku. cuma Satu ingAtanku, andai kaU relA ini BerlanJutan, akU tak teragak-agak melupakaN persahabaTan kiTA. mAAf andai TindaKAn kejaM cuma Aku tidak suka Melihat kAu kecewa setiAp kalI melihatku. Aku lebiH reLa mengHilangkan Diri andai Itu mamPu memBeri ketenAngan pada DiriMu.
hati ini telah bersatu.
bersatu memikul beban dakwahmu.
hati ini telah berpadu
berpadu memikul beban dakwahmu
hati ini telah mengikat setia
untuk mendaulat untuk menjunjung
syariatmu di alam maya
maka Ya Allah eratkanlah
ikatan yang ada
kukuhkan kemesraan yang ada
tiada malam terangi alam-Mu
hidup suburkanlah dengan makrifatmu
tapi jika ingin mematikannya
matikanlah sebagai syuhada
dalam perjuangan menegakkan
agama yang mulia




yanG meRinduimu kerna Tuhan-Nya,


Monday, April 6, 2009

kelAs kHAt speciAL

bismillah....

dah lama ana tak tulis citer terbaru..huhu...bukan tak da benda nak cite cuma tgn ana tak tertaip. dok taip asgnmnt tak berkesudahan ni. pada entry kali ni ana nak bercerita pengalaman ana belajar khat dari saudara warganegara Libya..

bagi ana, ana suka menulis khat kala ana tension dengan masalah yang membelenggu diri. PanduAn untUk tulis Khat, kita kena mengawAL penafasaN. disampiNg itu tuliSan yang Kita hasiLkan perLu dilaKukaN denGan berhati-hatI. setiAp huruf memPunyai saiZ yang Berbeza. biLa bersaMbung dengan huruF laiN jadi laiN,

adakalAnyA bolEh dipanjanGkan. adaKaLanya pendeK.


pokoKnyA nk mEnuLis saTu huRuf memAkan mAsa yanG laMa dan LatiHan yang keraP. latIhan Perlu


berteRusaN supaYa tuliSan kita taK lari. nak diSahkaN satu HuruF yang kiTa buat menepAti perAturAn yang TeLah ditetaPkan, tuLisan kiTA mesti tepAt dan tak da SalaH dari bilanGAn titik, kecondOngan Huruf sebanYak sepuLuh kali. memAng cerewEt macaM pereMpuan tapi itulaH keseniannYa.

suKAr dicari ganTi dan payAh didaPati. MacaM oranG pereMpuan kaLu kita Nak jadI yang terbaik, yang soLehaH yang disayaNgi suaMi mesti lah didIdIk darI sekaRang. buKan biLa dah Kawin Baru kita nak belajar menguBah dirI. memAng boLeh tapI bak kata pEpatah MelayU, MELENTUR BULUH BIAR DARI REBUNGNYA. :)
so, Jom kiTA belaJar iLmu rumAh tAngGA darI sekaRang..