Showing posts with label ruang nisa. Show all posts
Showing posts with label ruang nisa. Show all posts

Wednesday, March 10, 2010

Ketua hak asasi Eropah kritik pengharaman burqa






STRASBOURG - Pesuruhjaya Majlis Hak Asasi Manusia Eropah, Thomas Hammarberg kelmarin mengkritik perintah larangan burqa ke atas wanita Islam.

Beliau ketika berucap di Strasbourg, Perancis sempena Hari Wanita Antarabangsa mendakwa tindakan mengharamkan burqa tidak akan membebaskan kaum wanita daripada penindasan, tetapi memberi kesan sebaliknya.

Menurutnya, larangan memakai burqa dan niqab adalah pencerobohan terhadap privasi seseorang individu.

"Pengharaman burqa dan niqab tidak dapat membebaskan wanita yang ditindas, tetapi kemungkinan besar menyebabkan mereka disisihkan dalam masyarakat Eropah," katanya.

Hammarberg berkata, golongan yang menyokong pengharaman itu tidak dapat membuktikan bahawa wanita Islam bertudung lebih kerap ditindas berbanding orang lain.

"Mereka juga gagal mengaitkan pemakaian tudung sebagai punca yang menyebabkan demokrasi dan moral awam terjejas," katanya.

Kenyataan beliau itu adalah reaksi kepada tindakan keras beberapa negara Eropah berhubung isu pemakaian tudung dalam kalangan wanita Islam di rantau itu.

Majlis Hak Asasi Manusia Eropah diasaskan pada 1949 untuk melindungi hak asasi manusia dan demokrasi di Eropah.

*dipetik dari Sinar Harian

Thursday, October 8, 2009

unTukmu WaniTa


Betapa pentingnya wanita di sisi lelaki. Apa tidaknya, lelaki akan terasa sunyi tanpa wanita. Masih mencari walaupun sudah ada segala-galanya.

Kepada wanitalah lelaki memanggil ibu, isteri atau puteri. Dijadikan mereka dari tulang rusuk yang bengkok untuk diluruskan oleh lelaki, tetapi kalau lelaki sendiri yang tidak lurus, tidak mampu untuk meluruskan mereka.

Tak logik kayu yang bengkok menghasilkan bayang-bayang yang lurus. Luruskanlah wanita dengan cara petunjuk Allah, kerana diciptanya begitu rupa oleh mereka. Didiklah mereka dengan panduan dariNya.

Jangan cuba jinakkan mereka dengan harta, nanti mereka semakin liar, jangan hiburkan mereka dengan kecantikan, nanti mereka semakin menderita...

Yang sementara itu tidak akan menyelesaikan masalah, kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal, di situlah kuncinya. Akal setipis rambut, tebalkan dengan ilmu. Hati serapuh kaca, kuatkan dengan iman. Perasaan selembut sutera, hiasilah dengan akhlak.

Suburkanlah kerana dari situlah nanti mereka akan nampak kebesaran Tuhan. Akan terhibur dan berbahagialah mereka walaupun tidak jadi ratu cantik dunia, presiden ataupun perdana menteri atau women gladiator. Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan satu kelemahan.

Sebaliknya disitulah kasih sayang Tuhan, kerana rahim wanita yang lembut itulah yang mengandungkan lelaki-lelaki pelbagai wajah: negarawan, karyawan, jutawan dan wan-wan yang lain.

Wanita yang lupa hakikat kejadiannya pasti tidak terhibur dan menghiburkan. Tanpa ilmu,iman dan akhlak, mereka bukan saja tidak lurus, malah membengkokkan.

Bila wanita derhaka, dunia akan huru-hara. Bila tulang rusuk patah, rosaklah jantung, hati dan limpa. Para lelaki pula jangan hanya mengharap ketaatan tetapi binalah kepimpinan.

Pastikan sebelum memimpin wanita menuju Allah, pimpinlah diri sendiri dahulu kepadaNya. Jinakkan diri dengan Allah, nescaya jinaklah segala-galanya di bawah kepimpinan kita.

Ya Allah Ya Tuhanku..aku redha akan ujian dari-MU..pintaku, berikanlah aku kekuatan dan ketabahan untuk mengharungi semua ini

Sunday, September 13, 2009

unikNya waniTa


1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

4. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik, puisi, lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

5. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

6. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita. Jadi jangan senyum sebarangan!.

7. Jika kamu menyukai sorang wanita, cubalah mulakan dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

8. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

9. Senjata wanita adalah airmata!!

10. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya (hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis). Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati. Dengan ini! dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.


itulah serba sedikit tentang perangai atau karenah wanita. kadang2 ana sama2 perempuan pun tak faham perangai sahabat yang sejantina. ituLah kekurangan mahluk, hanya Allah yang maha mengetahui apa yang ada dalam lubuk hati kita.


dalam bulan Ramadan ini, marilah kita sama2 koreksi diri. cuba menghiasi diri kita dengan sifat2 mahmudah. moga kita antara orang bertuah yang berjaya menjadi seorang hamba yang bertaqwa impak tarbiah madrasah ramadan.

Tuesday, June 23, 2009

Rahsia Warna Kegemaran Wanita

bismiLLAh....

entry kali ini ana dapat dari emel...

moga dapat dimanfaatkan oleh para pembaca n diri yg menulis


Rahsia Warna Kegemaran Wanita
Menurut pengkaji, wanita dapat dinilai perwatakannya melalui warna kegemarannya. Di sini, disebut serba ringkas tentang wanita, warna dan tafsiran perwatakannya.

MERAH
Berani, emosional, tegas tamak, tahan melarat dan suka bersenang-senang.

BIRU
Setia pada pasangan, pandai menyimpan wang, kuat kemahuan, suka berterus-terang, jujur, cekap memberi maaf dan tegas.

HIJAU
Subur, suka kepada kebahagiaan, tidak suka bergaduh atau bertekak, patuh pada pegangan agama, suka berhias, teguh pendirian hingga kadang-kadang seakan kolot.

HITAM
Suka menyendiri, prihatin, kuat menghadapi dugaan hidup, tidak mudah dipengaruhi, kuat berfikir, setia pada pasangan, baik hati tetapi cepat tersinggung.

COKLAT
Kaya dengan sifat keibuan, suka merenadh diri, sopan santun, halus budi pekerti, hati mudah merasa was-was dan takut berbuat salah.

UNGU
Pemurah dan merdeka hatinya, tidak suka diperintah, berinisiatif, bijak tetapi agak beremosi, keinginannya tidak meluap-luap.

KELABU
Suka merendah diri, tenang, suka mengalah, suka bekorban peranan cerdas dan bijak.

KUNING
Menyukai ilmu, gemar membaca, tekun, cerdas dan tabah menghadapi cabaran.

PUTIH
Bersih fikirannya (tidak banyak prasangka), berkata benar, jujur,rendah hati, sopan santun, ramah, kuat menerima ilmu, sentiasa tenteram hatinya, suka menolong dan hidup bertawakal.

Friday, February 13, 2009

Warkah Untuk Bakal Suamiku..Walau di MAna diA berAda..

*petikan ini kuadaptasi dari kata2 seorang sahabat

Entah angin apa yang membuai hari ini, membuatkanku begitu berani untuk
mencoretkan sesuatu untuk dirimu yang
mungkin tak pernah kukenali selama ini…


Aku sebenarnya tak pernah berniat untuk memperkenalkan diriku pada sesiapa
apatah lagi untuk meluahkan sesuatu

yang hanya ku khususkan buatmu sebelum tiba masanya….


Kehadiran seorang lelaki yang menuntut
sesuatu yang aku jaga rapi selama ini
semata-mata buatmu,itulah hati dan
cintaku,membuatkan aku tersedar dari
lena yang panjang.


Aku dididik ibu semenjak kecil agar
maenjaga maruah dan mahkota diri kerana
Allah telah menetapkannya untukmu suatu
hari nanti…..kata ibu. tanggungjawab ibubapa terhadap anak perempuan ialah
menjaga dan mendidiknya sehinga seorang
lelaki mengambil alih tanggungjawab itu dari mereka

jadi kau telah wujud di dalam diriku sejak azali lagi…

biarpun diriku pernah tersasar… mungkin kau mengerti…. maafkan aku…

Aku seboleh-bolehnya melarikan
pandanganku daripada ajnabi kerana pesan
Saidatina Aishah r.a sebaik-baik wanita
ialah yang tidak memandang dan dipandang.
aku tak ingin dipandang cantik oleh lelaki lain.
biarlah aku hanya dipandang cantik di matamu. apa guna aku

menjadi idaman ramai lelaki bahkan
merasa terhina diperlakukan sebegitu
seolah-olah aku barang dagangan yang
senang dimiliki sesuka hati.


Aku juga tak mahu menjadi punca
kejatuhan seorang lelaki yang
dikecewakan lantaran terlalu
mengharapkan sesuatu yang tak dapat
kuberikan. bagaimana akan kujawab di
hadapan Allah kelak andai disoal? adakah itu sumbanganku kepada manusia selama
hidup di muka bumi? Seandainya aku tak ingin kau memandang perempuan lain,

akulah yang terdahulu perlu
menunduk pandanganku. aku harus memperbaiki kelemahan dan menghias peribadiku,

kerana itulah yang dituntut Allah. Seandai aku ingin lelaki yang baik menjadi suamiku, aku juga perlu menjadi perempuan yang baik. bukankah Allah telah menjanjikan perempuan yang baik itu hanya untuk lelaki yang baik jua?

Tidakku nafikan sebagai remaja aku memiliki perasaan itu, menyayangi dan ingin disayangi, namun setiap kali perasaan itu datang, setiap kali aku mengingatkan diriku bahawa aku perlu
menjaga perasaan itu kerana ia
semata-mata untukmu….Allah telah
memuliakan seorang lelaki yang bakal
menjadi suamiku untuk menerima hati dan
perasaanku ini.bukan hati yang menjadi
lebihan lelaki lain,lelaki itu berhak
kasih yang tulen,bukan yang telah
dibahagi-bahagikan…


Aku bukanlah gadis yang cerewet dalam
memilih pasangan hidup.siapalah diriku
ini untuk memilih berlian sedangkan aku
hanyaalah sebutir pasir yang wujud di
mana-mana ….tetapi aku juga mempunyai
keinginan seperti gadis lain,dilamar
lelaki yang bakal dinobatkan sebagai
ahli syurga…memimpin ke arah tuju yang
satu….


Kau tak perlu memiliki wajah seindah
Nabi Yusuf a.s yang mampu mendebarkan
jutaan gadis untuk membuatku terpikat
andainya kaulah jodohku yang tertulis
di Luh Mahfuz…..Allah pasti akan
mencampakkan kasih dan sayang di dalam
hati ini jua hatimu kali pertama kita
berpandangan,itulah janji Allah akan
tetapi selagi kita tidak diikat
jamin.…diikat dengan ikatan yang
sah,selagi itu jangan kau zahirkan
perasaan itu kepadaku kerana kau tak
ada hak untuk berbuat begitu,juga jangan
kau melampaui batasan yang telah ditetapkan
syara’.aku takut perlakuan itu akan
memberi implikasi yang tak baik dalm
kehidupan kita kelak.


Permintaanku tak banyak,cukuplah dirimu
yang diinfak seluruhnya pada mencari
redha Ilahi.aku akan merasa amat
bertuah andai dapat menjadi tiang seri jua
sandaran perjuanganmu…bahkan aku amat
bersyukur pada Illahi kiranya akulah
ditakdirkan meniup semangat juangmu
dalam menghulurkn tanganku untukmu
berpaut sewaktu rebah atau tersungkur
di medan yang dijanjikan Allah dengan
kemenangan atau syahid itu.akan ku
kesat darah dari lukamu dengan tanganku
sendiri..itu impianku.


Aku pasti berendam air mata darah andai
engkau menyerah seluruh cintamu
kepadaku.bukanlah itu yang menjadi
impianku,cukup sekadar kau menyintai
Allah dengan sepenuh jiwamu.kerana
dengan mencintai Allah kau akan
mencintaiku keranaNya.cinta itu lebih
abadi daripada cinta insan biasa.moga
cinta itu juga akan mempertemukan kita
di syurga.
.

Aku jua tak ingin dilimpahi kemewahan
dunia..cukuplah dengan apa yang
diberiNya….apalah guna harta yang
menimbun andainya kau lupa pada
tanggungjawabmu jua terhadap
agamamu,aku tak akan sekali-kali bahagia melihatmu
begitu…biarlah kita hidup dibawah
jaminan Allah sepenuhnya…itu lebih
bermakna bagiku…
Wallahu A’lam…

Wednesday, January 28, 2009

akTiviS muSlimAh hAraPan RasuluLLah


bismillah..

Memetik petikan dari artikel iluvislam. artikel ini sangat menarik ana terutamanya dalam zaman serba moden muslimah dipandang serong untuk mencipta kejayaan dalam apa jua bidang terutamanya yang berkaitan duniawi. Moga ana termasuk dalam golongan muslimah ini. (Amin)
Bukan kah pepatah ada mengatakan "Beramallah seolah2 kamu akan mati esok hari, dan bekerja seolah2 kamu akan hidup selamanya". Allah itu cantik dan dia menyukai kecantikan. Buatlah sehabis baik, sehabis daya dalam apa jua yang kita kerjakan. Moga kita termasuk dalam golongan yang berjaya dunia akhirat. Amin.

Untuk menjadi muslimah yang disayang oleh Rasulullah SAW hendaknya diperhatikan empat hal berikut:


1. Faqihah Lidiiniha

Seorang muslimah hendaklah faqih (paham) terhadap din (agamanya). Selayaknya ia dapat membaca Al-Qur'an dengan baik dalam erti tajwid dan makhraj hurufnya. Kemudian dapat membaca hadits dan selalu pula menjadi bacaan hariannya, karena dengan itu ia memahami keinginan Rasulnya untuk kemudian berusaha menyesuaikan kehidupannya sesuai dengan cara hidup Rasulullah SAW.

Ia juga harus berusaha memperkaya diri dan wawasannya melalui belajar kepada seorang guru yang jujur dalam menyampaikan ilmunya, dan berusaha banyak membaca buku agama lainnya seperti tentang aqidah, akhlaq, fiqh, sirah, fiqh da'wah, Tarikh Islam, sejarah dunia dan ilmu kontemporari lainnya. Contoh muslimah yang menguasai ilmu-ilmu ini adalah Aisyah RA.

2. Najihah fi Tarbiyyati Auladiha

Seorang aktivis muslimah yang telah berkeluarga hendaklah berupaya dalam mendidik anaknya, bahkan bagi seorang aktivis yang belum berkeluarga pun seharusnya mempelajari bagaimana cara mendidik anak dalam Islam, kerana ilmu tersebut fardhu 'ain, sehingga mempelajarinya sama dengan mempelajari wudhu, sholat, puasa, dan sebagainya. Sehingga ia tahu betul cara mendidik anak dalam Islam yang nantinya anak-anak tersebut akan ia persembahkan untuk kejayaan Islam dan kaum muslimin. Insya Allah kelak ia akan menjadi Ibu yang sukses seperti Hajar dan Khadijah ra.

3. Muayyidah fi Da'wati Zaujiha

Sebagai aktivis amal Islami, kepedulian kita bukan hanya kepada masalah luaran, mengupayakan pelaksanaan amal Islam terhadap orang lain, akan tetapi kepedulian terhadap aktiviti keluarga harus lebih diutamakan, misalnya memberikan motivasi amal Islami kepada anak, pembantu, juga suami. Ia menjadi muslimah yang senantiasa menjadi motivator kebaikan suaminya, seperti Ummu Sulaim yang menikah dengan Abu Tholhah dengan mahar syahadat. Namun ketika Abu Tholhah wafat Rasulullah mensholatkannya sampai sembilan kali takbir, menunjukkan sayangnya Rasulullah kepada beliau karena tidak pernah berhenti dalam beramal dan berjihad bersama Rasul. Hal ini ia lakukan karena selalu mendapat motivasi dari Ummu Sulaim, istrinya.

4. Naafi'ah Fi Tagyiiri Biiatiha

Ia selalu peduli terhadap lingkungannya, selalu membuka mata dan telinga untuk mengetahui keadaan sekelilingnya, selalu mengupayakan lingkungannya menjadi lebih baik. Contohnya Ummu Syuraik yang selalu mengelilingi pasar bila saat sholat tiba untuk mengingatkan penghuni pasar agar segera melaksanakan sholat dengan kalimatnya yang terkenal 'Assholah, Assholah!!!'


Tuesday, January 27, 2009

menGenaI wAniTa..


bismillah...

bahan ini ana dapat ketika melayari blog sahabt2 ana. Tujuan ana kongsikan ilmu ini di sini supaya kita lebih menghargai wanita di sekeliling kita terutamanya ibu, isteri, anak dan kawan. Jika kita masih belum berumah tangga, jadikanlah ilmu ini sebagai benteng pertahanan kita agar tidak mudah terjerumus dalam kancah zina, samada zina hati, zina tangan, zina kaki dll. Moga ilmu ini sedikit sebanyak memberi manfaat yang berguna buat tatapan pembaca.

1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya,lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar untuk cari alasan yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang(oleh sebab itu banyak wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki,lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.


5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya,dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang suka akan pujian tetapi selalu tidak tau bagai mana dia menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang suka kamu separuh hati, tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan, dia akan lakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cobalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka anggap tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik nya telefon diletakkan dia akan menjerit kesukaan dan ! tak sampai sepuluh menit,semua rekan-rekannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu arti bagi wanita.Jadi jangan senyum sembarangan.
14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali menebak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!
18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering bertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.
19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan membaca buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!
22. Satu ucapan 'Hi' ^_^ saja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata berselingkuh dengan kawan mereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

26. Semua wanita maukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

27. Senjata wanita adalah air mata!!

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil resiko tentang mereka dan tentunya baik terhadapnya.So,kalau pgen memikat wanita pandai-pandailah dlm bertindak...

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.

Sunday, January 11, 2009

Pesanan Buat pUteriku




Puteriku,

Jangankan lelaki biasa Nabi pun terasa sunyi tanpamu
Bahkan hati turut gerang Malah fikiran pun tak menentu Resah jadinya
Begitulah perlunya engkau wahai puteriku…


Puteriku,
Luluh hati dibelai jemari lembutmu
Tersentuh jiwa dengan kasih kudusmu

Lumrah engkau dicipta istimewa
Melengkap mana yang lompang
Manampal mana yang kurang
Itulah kuasa agung Maha Pencipta



Puteriku sayang,
Padamu lelaki memanggil bonda, dinda dan
puteri
Keranamu dapur di rumah berasap

Lauk dan nasi terhidang untuk disantap
Saban waktu menghulur kasih mendidik
zuriatmu
Patuhmu kau hulur pada insan berglar ayah dan suami
Baktimu kau hulur mengaburi cita-citamu Kudus hatimu wahai puteriku


Tapi puteriku,
Amanah yang kau pikul bukan hanya
untuk keluarga dan suami
Bukan hanya menjadi lembayung
mencorak istana
Tetapi kau perlu keluar ke medan juang
Kau perlu membentuk watan berhati insan
Jangan biarkan bangsamu terus melentok lesu

Ayuhlah puteri persiapkan dirimu
Bukan esok, bukan lusa
tapi sekarang



Namun puteriku,
Mampukah kudratmu menongkah arus
Menabur bakti di luar kepompong duniamua
Kau insan berhati salju
Mudah cair dibahang kemelut

Akalmu senipis sutera

Mudah dicarik segala dusta
Berjayakah engkau puteri?



Puteriku,
Mengapa kau sangsi dengan upaya diri

Pastinya tiada istilah srikandi jika
bukan untukmu
Ubahlah minda anjaklah paradigmamu

Buahkan rahim lembutmu yang mengandungkan lelaki teja
Bukankah tangan lembutmu yang
mengasuh pemimpin bangsa?
Percayalah puteriku….

Kau mampu berganding menjadi
benteng negara
Paculah akal budimu

Kenal diri dan kenal penciptaMu

Agar kau tidak tewas tersungkur

Kerana jatuhmu jatuhlah nusa


Ya puteriku sayang,
Lengkaplah dirimu dengan ilmu dan nilai-nilai budi
Binalah benteng diri sebelum engkau
melangkah
Kau punya kekuatan menggoncang dunia
Kerana selayaknya kau bukan hanya di dapur tetapi di medan tempur
Bangunlah puteri….
Untuk anak dan cucu cicitmu

Agar generasi muka punya jati diri yang
gemilang
Bukan pak kadok yang bersorak

Bangga tapi kampung tergadai

Thursday, January 8, 2009

hAWa.. mENgERtILaH



Hawa, mengertilah...
Sedarkah Hawa bukanlah insan yg kuat?
bukan juga insan yg bisa menahan nafsu..
tatkala diri diuji, Hawa mungkin tewas...
tewas dgn godaan syaitan & nafsu sendiri..

Hawa, mengertilah...
sungguh, Hawa sudah cuba melakukan yg terbaik?
agar diri ini tidak menjadi fitnah dunia?
telahkah Hawa cuba menjaga diri sebaik-baiknya?
Hawa sedaya upaya menjauhkan diri dari tabarruj..
perfume, make up, perhiasan?
telah Hawa elakkan sejauh-jauhnya?

Hawa, mengertilah...
Hawa itu berjiwa lembut...
terkadang sukar untuk Hawa menolak bila Adam meminta...
Hawa sedar permintaan Adam
tak mungkin membawa Hawa ke kancah maksiat...
namun, tidakkah Hawa takut zina hati?

Hawa, mengertilah...
setiap kali 'sms' diterima..
Tidakkah Hawa keliru?
Mengapa tidak Hawa membiarkan sahaja?
Sering Hawa akur tuntutan sahabat...
Hawa tewas, Hawa reply juga...
mengenangkan Adam adalah sahabat....
tapi, mana yang lebih utama?
antara sahabat dan syariat?

Hawa, mengertilah...
setiap layanan yg Hawa beri mungkin membantu..
mungkin Hawa adalah antara kasih sayang Allah yg dikurniakan buat Adam..
memudahkan perjalanan hidup Adam..
namun, tidak takutkah disalah tafsir apa yg Hawa berikan?

Hawa, mengertilah...
Hawa mengharapkan Adam menjaga Hawa?
namun, bukanlah 'couple' yg Hawa pinta?
cukuplah sekadar tidak memandang Hawa?
cukuplah sekadar menghormati Hawa sebagai Hawa?
jgn dipinta apa yg tak mampu Hawa berikan?
ingatlah.. tidakkan berbunyi andai bertepuk sebelah tangan..

Hawa, mengertilah...

(diadaptasi daripada puisi “adam mengertilah”)