Friday, February 26, 2010

Salam Maulidur Rasul


BismiLLah...

alhamduliLLah atas niKmat Iman dan Islam yang masih dapat ana kecaPi hingga Kini
dah lama sangat ana tak menCoret apa yaNg berlakU dalam hidup ini
mungKin keraNa ana merAsakan Ianya tidak Perlu dikongsi
Mungkin Juga kerAna merAsakan Hidup terlaLu sibuk main Facebook?
MungkIn juga keraNa ada Perkara Lain yang lebih Utama

cuma kali INi ana terpanggil Menulis di dalam ruangan ini
sekadar Untuk meluahkan Rasa rindu
sekadar Untuk meluahkan Rasa Cinta
sekadar Untuk meluahkan segala-galaNya

bahawa Diri inI sangaT merindui
diri Ini sangAt mencintai
diri Ini tak Sabar untuK menemui kEkasih Hati

Ya RasuluLLah
telah berkurun Lamanya kau meninggalkan kami
telah berdekad lamanya umat inI kehilangan Rasul tErakhir
telah berzaman lamanya kami belajar tentang sunnahmu

Ya RasuluLLah
tanpamu tiadalah Islam dalam diri ini
Tanpamu tiadalah ketenangan dalam jiwa ini
tanpamu tiadalah kami mengenal Pencipta yang Hakiki

Ya RasuluLLah
biarpun telah lama kami ditinggalkan
biarpun telah lama dikau disemadikan
Sunnahmu tetap dijunjung berzaman-zaman
Dirimu tetap menjadi sanjungan
Peribadimu sentiasa dalam ingatan

Ya Rasulullah
ku Mohon syafaat yang dikurniakan Allah melaluimu
Ku Mohon kau lihat lah diri ini
dalam berjuta-juta umat yang akan kau Selamatkan
dalam Berbilion-bilion mahluk yang sentiasa ingin mendampingimu
dalam lautan manusia yang tak terbayang di benak fikiranku

Ya RasuluLLah
tiada lain yang kuidam-idamkan
tiada lain yang ku damba-dambakan
melainkan untuk melihatmu
melainkan untuk bersama denganmu
melainkan untuk merasai kehadiranmu dalam diriku
sungguh Engkau adalah insan mulia
sungguh Engkau adalah insan luar biasa
sungguh aku adalah insan hina
sungguh aku adalah insan yang selalu alpa
namun sungguh aku sangat ingin bersamamu
Ya Allah, kabulkan doaku
bantulah aku menemui kekasihmu
aku cemburu pada para sahabat yang dapat bergandingan dengannya
aku cemburu kerana aku masih lagi terperangkap dalam fitnah dunia
Bantu aku Ya Allah
mengubah diri ini
menjadi muslima sejati
kerana impianku untuk bersama dengan kekasih-Mu
di syurga yang abadi

KEM AL FATEH2

KEM AL FATEH 2
ANJURAN GAMIS PUSAT
26-28/2/2010
TEMPAT: RIMBA RIA SUARA HUTAN, SUNGAI CONGKAK, HULU LANGAT,SELANGOR
SESIAPA YANG BERMINAT BLH HUBUNGI
AKH AIMAN: 0136724667
DAN UKHTI HUSNA 0133007496

TEMPAT TERHAD UNTUK 100 PESERTA SHAJA

AYUH SELURUH MAHASISWA

~~ tertekan dengan nota-nota pengajian??
~~ sudah lama tidak berkhemah??
~~ mahu menyelami sejarah terdahulu??
~~ pernah dengar tentang Al Fateh?? Perang Hittin?? siapa tulang belakang disebalik tokoh-tokoh islam??
~~ mahu berkenalan dengan mahasiswa dari pelbagai kampus??
~~ RM10 sahaja..

AYUH BERAMAI-RAMAI SERTAI KAMI DI :

KEM ALFATEH II

>> mengajak golongan muda menyelami keindahan islam
>> mendalami sejarah- sejarah islam yang terdahulu
>> menggunakan pendekatan yang lebih santai

AKTIVITI

>> ibadah berjemaah
>> jungle trekking
>> perbentangan khusus tentang sejarah- sejarah dan tokoh-tokoh islam
>> brainstorm kumpulan
>> outdoor games

KONSERT TOUR D TAHFIZ

TARIKH: 26 FEB 2010

TEMPAT: PDG PAVILION UKM

MASA: 8.00 MLM -12.00 TGH MLM

ARTIS JEMPUTAN: NAZREY JOHARI, IN HEART, NICE, SAUJANA, HAFIZ HAMIDON

TUJUAN: mengutip dana utk sek tahfiz nazrey d Sabah

TIKET: RM5

HUBUNGI KHALEEL 019 373 4262



Monday, February 22, 2010

Forum: Media Kuasa Politik Baru PRU13

FORUM : MEDIA KUASA POLITIK BARU PRU13

TARIKH : 25 FEB 2010

HARI: KHAMIS

MASA : 8 MLM

TEMPAT: KL CHINESE ASSEMBLY HALL

PANELIS:
PROF ABU HASAN HASBULLAH
EN ZUL SULONG (HARAKAH)
EN FATHI ARIS OMAR (MALAYSIAKINI)

ANJURAN:
GERAKAN MUSLIMAT SEJAGAT (GEMS)
FREE PUBLIC FORUM



Ijazah Taranum...Minat tak?

Penawaran Kursus taranum bersijil di UKM akan bermula pada:

Tarikh: 27/2/2010
Hari : Sabtu

Kuliah akan dijalankan selama 4 jam sekali sebulan dalam tempoh 8 bulan.
untuk pertanyaan boleh hubungi Jabatan Al-Quran dan As-Sunnah FPI UKM atau Ust Wan Hilmi 0139616312


Thursday, February 18, 2010

hOt NewS...


Assalamualaikum...

Ingin mendalami Islam?
Ingin meneroka rahsia di sebalik agama2 lain, HINDU, KRISTIAN, BUDDHA?
Jom Join satu perkongsian yang insya-allah membuka minda dan hati anda.

PROGRAM: IDT (INTERACTIVE DAKWAH TRAINING)
TARIKH: 27-28 FEB 2010
TEMPAT: DEWAN KULIAH IPG KAMPUS ILMU KHAS
MASA: 8.00 PAGI- 5.30 PETANG

PAKEJ PROMOSI:
* PAKEJ 1: RM50
* PAKEJ 2: RM 100 termasuk dakwah KIT

ANJURAN: BIRO KEROHANIAN JPP, JAPIM N JPHEP DENGAN KERJASAMA PERKIM AMPANG.

UNTUK PENDAFTARAN/ PERTANYAAN:
AIZUDDIN- 013 4750545
MARZIAH - 013 6022903

Friday, February 12, 2010

Amazing Blog

5 fakta menarik tentang pemberi award nih

Wan Nurul Syakirah binti Wan Abdullah
> sahabat sekelas yang setia di sebelah ana dari tahun persediaan lagi (da 3 tahun)
> mendirikan rumah tangga dalam usia yang masih muda (20 tahun)
> seorang yang sentiasa mengambil berat tentang rakan sekelas (maklumla kami semua masih keanak-anakkan lagi :)
> pemandu kereta Satria Neo warna hitam (selalu bwk kami g jalan2 :)
> tegas dalam prinsip atau keputusan yang dipilih

* rasa nak tulis lagi, tapi soalan minta 5 ja. hu~

Tulis 10 fakta/hobi tentang diri sndiri sbelum memilih penerima award seterusnya..

> anak sulung daripada 5 orang adik-beradik
> hobi forever n ever ialah reading books (i will spend thousand 4 books only)
> suka terlibat dalam ap2 program especially yg membina keyakinan diri
> pernah mendaki gunung ledang (sejuk....tapi best)
> berminat dalam explore anything in website especially yg dpt membantu kerjaya sebagai guru
> minat sangat dengan aktiviti penyelidikan terutamanya dalam sains (i`m crazy with sceince)
> harta peribadi setakat ni ada 4 hp (beli sdr) n 3 lptp pinjaman dari ayah
> salah seorang pemilik naza suria WRM 3796 warna hijau
> seorang yg temper gak kdg2 n skrg dlm usaha untuk mengurangkan temper
> sometimes i feel that i can do it because i dont want to burden anyone

Pilih penerima award seterusnya..n describe tentang mereka..

> Ikhwan (Presiden Mten)
> Dila (Timbln Presiden MTEN)
> Adik Faz (my beloved sister-always there 4 me)
> Adik Comei@tIm ( My beloved sister - Always support me in anything)
> Syukur (my classmate)

Thursday, February 11, 2010

SambutAn Valentine Vs Ketika Cinta Bertasbih

إن الحمد لله ، نحمده ونستعينه ونستغفره ، ونعوذ بالله من شرور أنفسنا ومن سيئات أعمالنا ، من يهده الله فلا مضل له . ومن يضلله فلا هادي له . أشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له وأشهد أن سيدنا محمداً عبده ورسوله . اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلى عَبْدِكَ وَرَسُوْلِكَ سيدنا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ ومن تبعه ووالاه .
أَمَّا بَعْدُ فَيَا أَيُّهَا المُؤْمِنُوْنَ اتَّقُوْا اللهَ أُوْصِيْكُمْ وَإِيَّايَ بِتَقْوَى اللهِ وَطَاعَتِهِ فَقَدْ فَازَ المُتَّقُوْنَ

MARILAH kita meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah Subhanahu Wata'ala dengan penuh keyakinan dan keikhlasan dengan melakukan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita menjadi insan yang bertaqwa dan beriman serta selamat di dunia dan di akhirat.

Wahai kaum Muslimin sekelian !

Adalah menjadi tabiat semula jadi manusia suka dikasihi dan mengasihi antara satu sama lain. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam sendiri menyeru umatnya agar saling berkasih sayang sesama Islam, sebagaimana hadis Baginda, لايؤمن أحدكم حتى يحب لأخيه ما يحب لنفسه
maksudnya:"Dari Annas Radiallahuanhu, dari Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: Tidak beriman seseorang daripada kamu sehingga dia mengasihi saudaranya seperti mana dia mengasihi dirinya sendiri." (Riwayat Al-Imam Al-Bukhari).

Dalam hal ini, biarlah kasih sayang kita orang-orang Islam dilakukan mengikut garis pandu yang telah disyariatkan dan bukan terikut-ikut atau meniru dengan cara yang diamalkan oleh orang-orang bukan beragama Islam. Sebagai contoh, salah satu acara keagamaan bukan islam yang telah menjadi ikutan segelintir umat Islam terutamanya golongan remaja ialah merayakan 'valentine's day' atau hari kekasih pada setiap 14 Februari. Apa yang lebih mendukacitakan, orang kita terikut-ikut merayakan hari kekasih ini tanpa menyelidiki asal usul perayaan ini diadakan, adakah ia dibolehkan oleh Islam atau tidak.

Mengikut-ikut secara membuta tuli , atau tanpa mengetahui asal-usulnya adalah satu bencana yang boleh membinasakan dan menyesatkan umat islam. firman Allah :

“dan janganlah Engkau mengikut apa Yang Engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; Sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa Yang dilakukannya.”

Malah jika panduan atau ukuran sesuatu amalan kita , hanyalah berpandu kepada ; ramai orang yang melakukan atau majority orang yang melaksanakan, maka kita pun mengikuti perbuatan mereka tanpa mengetahui secara ilmiah apakah benar atau pun tidak , boleh atau pun tidak , halal atau pun tidak ; maka tindakan tersebut akan membawa kita ke lembah kesesatan dan kebinasaan, firman Allah Taala :

“dan jika Engkau (hanya) menurut (perbuatan) kebanyakan orang Yang ada di muka bumi ini (tanpa mempunyai ilmu tentangnya) , nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah; tiadalah Yang mereka ikut2 itu (orang2 Kuffar) melainkan hanyalah sangkaan semata-mata, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta semata-mata.”

Wahai kaum Muslimin sekelian !

Apakah anda telah mengetahui tentang asal-usul sambutan valentine’s day itu ?
Terdapat beberapa definisi yang terdapat di dalam buku-buku enseklopedia America dab Britain untuk menjelaskan tentang hari valentine ini.

Pertama: Encyclopedia Americana, volume 27, halaman 860
A day on which lovers traditionally exchange affectionate messages and gift. It is ovserved on February 14, the date on which Saint Valentine was matyred. (The)
“Sebuah hari dimana orang-orang yang sedang dilanda cinta secara tradisi saling mengirimkan pesanan-pesanan cinta dan hadiah-hadiah. Hari itu diperingati pada tanggal 14 Februari, suatu hari di mana St. Valentine mengalami martir (dihukum bunuh sebagai pejuang agama kristian- atau di dalam Islam disebut sebagai mati shahid).”

Kedua: Encyclopedia Americana, volume 13, hal. 464
The date on the modern celebration, February 14, is believed to derive in the execution of a Christian martyr, St. Valentine, on February 14, 270.
“Tanggal 14 Februari adalah perayaan modern yang diyakini berasal dari hari dihukum matinya seorang martir Kristen yaitu St. Valentine pada tanggal 14 Februari 270 M.”

Ketiga: (Everyman’s Encyclopedia, volume 12, hal 388).
Valentine, St. priest and physician of Rome who suffered martydorn probably during the persecution under Claudius II in 269. his feast is on 14 Feb. The custom of sending valentines probably had its origin in a heathen practice connected with the worship of Juno Februalis at the Lupercalia(*) or perhaps in the mediaval belief the birds commenced to mate onf 14 Feb.
“St. Valentine adalah seorang pendeta dan tabib dari Roma yang (dianggap) martir (korban) sewaktu kaisar Claudius II pada tahun 269 M. Peringatan tersebut pada tanggal 14 Febuari. Kebiasaan dengan mengirim ucapan valentine-valentine berasal dari upacara penyembahan berhala yang dikaitkan dengan peribadatan Juno Februarlis di goa Lupercal,”

(*) Lupercalia merupakan upacara keagamaan (ritual) yang dilakukan oleh orang-orang Romawi kuno yang dilaksanakan setiap tahun untuk menyembah dewa Lupercus, yang mana mereka dianggap sebagai dewa kesuburan, dewa padang rumput dan pelindung ternak. upacara ini dilaksanakan pada setiap 15 Februari . Tetapi pada tahun 496 M, setelah Kaisar Romawi menganut kristian , Paus Gelasius I mengubah tarikh perayaan ini, yang berasal dari upacara ritual lupercalia (di dalam agama romawi) ke tarikh 14 Februari. mengambil sempena hari kematian orang yang sangat dikasihi oleh penganut kristian iaitu st Valentine.

Keempat : (Encyclopedia Briatannica, volume 14, hal. 949).
The St. Valentine who is spoken of as the apostle of Rhaetia, and venerated in passau as its first bishop.
“St. Valentine yang disebutkan itu adalah seorang utusan dari Rhaetia dan dimuliakan di Passau sebagai uskup yang pertama.”

Sidang hadirin yang dirahmati Allah

Kesimpulan dari keempat-empat definisi tersebut adalah Valentine’s day dirayakan untuk mengenang , memuja atau mendewakan st. Valentine yang dianggap mati suci sebagai pahlawan (atau seolah-olah istilah mati shahid di dalam agama islam).

Dia dihukum bunuh, pada tanggal 14 Februari 269 M (sumber lain menyebutkan 270 M) ketika pemerintahan raja Rom Claudius II , kerana giat menyebarkan agama Kristian Darum di kalangan Masyarakat Rom. Pada masa pemerintahannya, Claudius II memenjarakan orang-orang Kristian termasuklah Valentine kerana beliau seorang penyebar agama Kristian.
Walaupun berada dalam penjara, Valentine tetap berusaha mengajar dan menyebarkan agama Kristian tersebut di kalangan banduan-banduan penjara, di samping membantu tawanan-tawanan penjara melepaskan diri dari penjara serta sanggup berkorban dan mati demi kasih sayang terhadap agama Kristian dan penganut-penganutnya. Kegiatan ini telah diketahui oleh raja Rom menyebabkan beliau diseksa dan akhirnya dihukum bunuh pada tanggal 14 Februari.
Bagi penganut Kristian, valentine adalah lambang kasih sayang sejati di antara seorang hamba dengan tuhannya dan dengan sesama manusia. Maka itulah punca orang-orang Kristian mengambil sempena 14 Februari itu untuk meraikan hari kasih sayang demi memperingati hari kematian paderi mereka Valentine.

Berdasarkan penerangan tadi, adalah jelas menunjukkan bahawa istilah hari kekasih atau valentine's day bukanlah perayaan yang disyariatkan di dalam agama Islam. Oleh yang demikian orang-orang Islam adalah dilarang untuk menyambut dan merayakannya. kerana hari itu adalah asal-usulnya hari mengenang kematian paderi itu yang amat menyayangi agama mereka. Seterusnya dilabel kan sebagai hari kasih sayang . atau sebenarnya kasih sayang itu adalah terhadap st Valentine.

Wahai kaum muslimin rahimakumllah !

Sememangnya agama Islam menggalakkan umatnya hidup berkasih sayang dengan mengikut garis panduan yang ditetapkan dalam Islam, untuk sepanjang masa bukan hanya ditetapkan dalam masa atau hari yang tertentu sahaja. Berkasih sayang dalam Islam bukanlah dengan bergaul bebas lelaki perempuan tanpa sempadan dan melanggar hukum syarak, apatah lagi sehingga membawa kepada berlakunya maksiat dan kemungkaran seperti zina.

Islam adalah agama yang praktikal, bukan mengongkong, bahkan Islam agama yang menjaga dan memelihara kehidupan umatnya supaya lebih sempurna dan harmoni. Islam tidak pernah menyekat hubungan kasih sayang di antara umatnya…. Firman Allah di dalam Surah Aali Imran ayat 31:
Maksudnya : "Katakanlah jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku (Rasulullah SAW), nescaya Allah akan mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan ingatlah Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihi."

Adalah Haram malah boleh membahayakan Aqidah Islam , jika kita mengikuti ajaran atau amalan agama-agama lain , atau memuja-muja dan menyanjung-nyanjung tokoh-tokoh keagamaan mereka, atau membesar-besarkan hari keagamaan mereka atau lambang-lambang keagamaan mereka dan seumpamanya.

Perbuatan begini seolah-olah menganggap agama islam masih tidak sempurna sehinggakan perlu ditambahbaik oleh amalan-amalan dari agama lain.
· Firman Allah di dalam Surah al-Maaidah ayat 3:

Maksudnya : “pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu ugama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi ugama untuk kamu.”

· Firman Allah di dalam Surah Aali Imran ayat 85:
Maksudnya : “dan sesiapa Yang mencari ugama selain ugama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya, dan ia pada hari akhirat kelak dari orang-orang Yang rugi.”

· Sabda Nabi SAW : من تشبه بقوم فهو منهم
Maksudnya “Barang siapa yang meniru atau mengikuti suatu kaum (agama mereka) maka dia (dianggap) termasuk kaum (agama mereka) itu”.

Para Hadirin yang dirahmati Allah Taala !

Sudah jelas kepada kita! Apapun alasannya, kita tidak dapat menerima acara keagamaan atau kebudayaan import dari luar yang nyata-nyata bertentangan dengan keyakinan (akidah) kita. Janganlah kita mengotori akidah kita dengan berdalih toleransi dan setia kawan. Kerana kalau dikata toleransi, Islamlah yang paling toleransi di dunia.

Sudah berapa jauhkah kita mengayunkan langkah mengalu-alukan dan memuja-muja Valentine’s Day ? Bermula dari saat ini , hendaklah kita sedar dan kembali ke pangkal jalan yang sebenarnya, agar jangan sampai terperosok lebih jauh lagi. Tidak perlu kita irihati dan cemburu dengan upacara dan bentuk kasih sayang agama lain. Bukankah Allah itu Ar Rahman dan Ar Rohim (Maha Penyayang lagi Maha Mengasihi). Kasih sayang di dalam Islam lebih luas dari semua itu. Bahkan Islam itu merupakan penyelamat di kala manusia gagal dengan sistem-sistem dan teori-teori ciptaan manusia sendiri.
Istiqomah lah , yakni berpegang teguhlah kepada Agama Allah . Tinggalkanlah pegangan-pegangan agama yang terpesong lagi sesat :

· Firman Allah Taala di dalam Surah al-Baqarah ayat 256:

Maksudnya : “Sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). oleh itu, sesiapa Yang mengingkari (tidak mempercayai) Taghut , dan ia pula beriman kepada Allah, maka Sesungguhnya dia (sebenarnya) telah berpegang teguh kepada simpulan tali (Agama Allah) Yang sangat teguh lagi tidak akan putus. dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui”

· Firman Allah Taala di dalam Surah al-Baqarah ayat 145 :

“Demi sesungguhnya! kalau Engkau masih mahu menurut kehendak hawa nafsu mereka (orang kafir) setelah datang kepadamu ilmu pengetahuan (yang telah diwahyukan kepadamu), Sesungguhnya dengan (perbuatan kamu yang mengikut-ikut acara mereka itu), Sesungguhnya engkau adalah dari golongan orang-orang Yang zalim”

Tidak hairan lah kita , mengapa perayaan dan sambutan yang dianjurkan oleh puak puak Yahudi Laknatullah dan adat-adat resam agama lain, suka dan mudah diikuti oleh umat islam walaupun boleh meruntuhkan iman dan agama kita. Sebut apa sahaja perayaan yang ditajai mereka. Pastinya mendapat respon yang baik di kalangan umat islam yang jahil tentang agama nya . Pesta menyambut tahun baru masihi , sambutan April fool , Pesta rock Woodstock , Pesta Seks , pesta Prom dikalangan remaja sekolahan dan bermacam macam pesta lagi. Semuanya menjurus kepada perkara maksiat, kebinasaan malah menghancurkan aqidah islam , merosakkan krediabiliti bangsa ketimuran dan akan merosakkan keutuhan sesebuah negara . Namun pesta seumpama inilah yang menjadi ikutan dan kegilaan anak anak muda kita di zaman ini. renunglah sabda Nabi SAW :

لتتبعن سنن من كان قبلكم ، شبرا بشبر، وذراعا بذراع، حتى لو دخلوا جحر ضب لتبعتموهم قالوا: يا رسول الله: اليهود والنصارى؟؟!! قال: ( فمن؟)...أخرجه البخاري

Maksudnya : “Pasti kamu akan mengikut acara-acara orang-orang yang terdahulu dari kamu , sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta , sehinggakan sekiranya mereka masuk ke dalam lubang biawak sekalipun , pasti kamu akan tertarik mengikut mereka itu . Para Sahabat bertanya : Wahai Rasulullah (yang engkau maksudkan itu) adakah Yahudi dan Nasara . Baginda bersabda : maka siapa lagi (kalau bukan mereka itu)”

· Firman Allah Taala di dalam Surah al-Baqarah ayat 120 :
“orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (Wahai Muhammad) sehingga Engkau sanggup menurut ugama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (ugama Islam) itulah petunjuk Yang benar". dan Demi Sesungguhnya jika Engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu Yang memberi) pengetahuan (yang benar) kepadamu , maka Engkau tidak akan dapat bantuan dan pertolongan sedikit pun daripada Allah SWT”