Monday, November 16, 2009

warNa Aura...pilih Cepat n fAham

Merah

mereka yang mempunyai aura berwarna merah adalah seorang yang aktif, produktif, selalu memandang masa hadapan dan pelbagai lagi sifat. Namun, pada masa sama mereka ini membuatkan orang lain di sekeliling mereka sukar untuk menjalinkan kerjasama dengan mereka kerana sifat ego dan suka bertengkar.

Bagaimanapun, mereka boleh menjadi seorang pemimpin yang efektif kerana mempunyai fokus yang jelas untuk mencapai matlamat. Mereka ini melambangkan api yang digunakan dalam teori awal mengenai alam. Cahaya mereka terus menyala dan menjadi obor kekuatan untuk menghasilkan produktiviti yang maksimum.

Saranan bagi mereka ini, perlulah meningkatkan hubungan dengan orang lain secara emosional dan sosial. Selain itu berusaha untuk memuji usaha orang lain yang melakukan terbaik untuk mereka, kurangkan bersikap kritikal kerana boleh menciptakan rasa takut kepada individu lain.

Terima pandangan orang lain dan hindarkan diri daripada menyalahkan orang lain apabila terjadi sesuatu kegagalan.

Jingga

Mereka yang sukakan kesenangan duniawi, sukakan tentangan, suka berkhayal, suka membantu orang lain dan pelbagai lagi sifat.

Secara umumnya, mereka yang mempunyai aura berwarna jingga yang sangat ego dan terlalu mementingkan diri sendiri. Mereka ini hidup dalam dunianya sendiri tanpa menghiraukan keadaan orang lain di sekelilingnya. Ada kalanya mereka ini tidak menyukai kehidupan untuk berkeluarga. Namun, kebaikan mempunyai aura berwarna jingga, mereka ini panjang akal dan kreatif.

Saranan bagi mereka ini agar sentiasa menyedari bahawa kesederhanaan dalam hidup amatlah penting. Dengan mengamalkan kesederhanaan, mereka mampu hidup dalam semua lapisan masyarakat dan mula menjalinkan hubungan dengan orang sekeliling agar kehidupan senang pada kemudian hari.



Kuning

Mereka yang mempunyai aura berwarna kuning suka menyenangkan orang lain, sukakan humor dan membuat orang ketawa, suka mengambil risiko dan pelbagai lagi sifat.

Meskipun mereka ini pandai menghidupkan suasana di kalangan orang yang tidak dikenalinya, mereka juga pada masa yang sama berkecenderungan untuk berasa malu. Mereka adalah seorang yang suka memberontak, mudah sedih, selalu tertekan dan tidak bahagia.

Selain itu, mereka senang terjerumus ke dalam sesuatu perkara yang tidak elok. Bagaimanapun, mereka ini mempunyai kekuatan yang tidak terbatas, tidak boleh duduk diam dan gemar untuk bersukan.

Saranan untuk mereka yang mempunyai aura berwarna kuning agar sentiasa berhati-hati dan tidak terjerumus ke dalam perkara yang tidak elok.



Hijau

Mereka ini mempunyai pemikiran yang cepat, cemerlang dan pandai. Tidak suka diperintah, suka bersaing dan mempunyai personaliti serta penampilan yang menarik. Bagaimanapun, secara umumnya mereka terlalu agresif dan tidak boleh menerima pandangan orang lain di sekeliling mereka.

Mereka mempunyai sifat keras kepala, bongkak dan mengutamakan kesempurnaan serta tidak sabar untuk mendapatkan sesuatu. Mereka juga sukar untuk mengalah dan mengakui kesilapan mereka. Mereka ini mempunyai keperibadian yang kuat, cenderung untuk membuat keputusan sendiri.

Saranan bagi mereka ini agar mencari sahabat yang dapat menghargai kelebihan mereka kerana mereka selalunya cepat bosan dengan sahabat yang tidak mempunyai cita-cita dan tidak berusaha untuk memajukan diri sendiri.

Biru

Mereka ini mudah memberikan perhatian kepada orang lain dan mahir berkomunikasi. Mereka yang mempunyai aura berwarna biru selalu ingin disayangi tetapi agak ragu-ragu di dalam soal ini kerana mereka inginkan diri mereka disayangi melebihi daripada apa pun yang ada di dunia ini.

Selain itu, mereka ini terlalu dramatis dalam soal percintaan dan cenderung untuk memanipulasikan orang lain. Namun, mereka ini mampu merasakan dan mengetahui apa yang difikirkan orang lain dan mempunyai ramai teman.

Orang di sekeliling mereka sangat senang untuk bergaul dengan mereka tetapi malangnya mereka yang beraura biru senang untuk diambil kesempatan kerana sifat mereka yang murah hati dan tidak ego.

Saranan untuk mereka ini adalah untuk belajar untuk menjadi lebih tegas supaya tidak akan dipergunakan oleh orang lain.



joM uji MindA kaLu berAni

Di bawah ada ( 4 ) soalan dan satu soalan bonus. Anda perlu menjawab dengan pantas. Anda tidak boleh mengambil masa, perlu menjawabnya segera. OK?


Mari cuba, lihat sendiri berapa pantas dan hebatnya diri anda.....




Ready? jO!!!
(lihat bawah)

Soalan Pertama:


Anda menyertai perlumbaan. Anda mengejar dan memotong orang yang kedua. Sekarang Anda ditempat yang ke berapa?




Jawapan:
Jika jawapan anda tempat yang pertama, sudah tentu jawapan anda salah! Jika anda memotong orang kedua sudah tentu anda mengambil tempatnya, tempat kedua!

Cuba jangan lihat atas semula untuk soalan seterus.
Sekarang jawab soalan kedua, tetapi jangan ambil terlalu banyak masa seperti soalan pertama OK ?

Soalan Kedua:

Jika anda memotong tempat orang yang terakhir, jadi anda di tempat...? (lihat bawah)


Jawapan:
Jika jawapan anda tempat kedua terakhir, anda salah lagi... Jawapanya, ada tetap ni kedudukan no 2. Sebabnya, sebelum anda memotong orang terakhir, orang pertama yang berada didepan anda terlebih dahuhulu memotong orang itu..haha anda masih kurang bijak

Adakah anda pantas dan cerdek, tidak begitu rupanya.?



Soalan Ketiga:

Soalan kira-kira bermuslihat!
Perhatian: Ini mesti dilakukan tanpa menggunakan fikiran sahaja . Jangan guna kertas dan pensil atau mesen kira-kira. Cuba lah...



Ambil 1000
dan campur 40 . Sekarang campur lagi 1000 . Campur lagi 30 .... Campur lagi 1000 . Campur lagi 20 ... Campur lagi 1000 . Campur lagi 10 ... Berapa kah jumlah semua?


Lihat bawah untuk ...jawapan.. ..




Adakah jawapan anda 5000
?


Jawapan sebanar adalah 4100.



Jika anda tak percaya gunakan mesen kira-kira.!
Mungkin ini bukan hari anda kan? Mungkin anda boleh jawab soalan yang akhir ini dengan betul ... Cuba.


Soalan keempat:

Bapa Mary ada
seramai lima orang anak gadis: 1. Nana, 2. Nene, 3. Nini, 4. Nono. Apakah nama anak gadisnya yang terakhir?

Adakah jawapan anda Nunu? Salah! sudah tentu Salah.
Namanya Mary.
Baca semula soalan!



Okay, cuba jawab soalan bonus:


S orang bisu pergi ke mini-market untuk membeli sebatang berus gigi. Dengan mengayakan lakunan memberus gigi ia berjaya menerangkan hasratnya kepada pekedai dan ia berjaya membeli berus gigi itu.


Seterusnya, seorang buta pergi ke mini-market, untuk membeli cermin mata hitam, bagaimaa dia menerangkan kepada pekedai itu hasratnya. ...?


Dia hanya membuka mulutnya dan menyebut apa yang dihajati


Mudah sahaja.

Sunday, November 15, 2009

suBhanALLAh..mountain







Akhirnya kutemui penggantiMu..


try la sekali..Radix koko..pengganti MiLo/VicO/Chocolate malT/ovaltiNe..

GUNALAH PRODUK KELUARAN ORANG ISLAM



khasiat Taugeh



Tauge dikatakan mampu menyumbang kepada kesuburan lelaki dan wanita. Pengambilan tauge oleh kaum lelaki mampu membuatkan sperma yang dihasilkan oleh golongan ini makin baik. Begitu juga wanita, ia cukup berkesan membantu kesuburan telur yang dihasilkan.
Bagaimanapun, khasiat tauge tidak sekadar penyumbang kesuburan, ia juga terbukti melalui kajian mengandungi bahan yang dapat melumpuhkan bibit kanser, usus besar, pankreas dan juga penyakit leukimia.

Mengikut kajian yang dijalankan tauge sama ada dari jenis kacang hijau, alfalfa dan sebagainya mengandungi banyak unsur fitokimia ya berkhasiat. Salah satunya ialah kanavanin (canavanine), sejenis asid yang amino. Kanavanin, dikatakan mampu melumpuhkan bibit kanser leukimia, usus besar dan pankreas.

Selain itu, tauge juga mempunyai estrogen semulajadi berfungsi sama dengan estrogen sintesis. Estrogen dalam tauge dapat
meningkatkan kepadatan dan susunan tulang, serta mencegah kerapuhan tulang (osteoporosis)

Pengambilan tauge oleh wanita secara kerap dapat membantu mereka menghindar mereka dari kanser payudara, gangguan menjelang menstruasi,simptom pra-menopaus, dan gangguan akibat menopaus.


Sewaktu kacang-kacang dicambahkan untuk dijadikan tauge secara umum kadar saponinya meningkat sehingga 450 peratus.


Mereka yang berisiko penyakit strok dan serangan jantung, gara-gara kadar lemak darah yang tinggi dianjurkan lebih banyak mengambil tauge dalam menu harian mereka.


Saponi dalam tauge,
menghalau "lemak jahat" LDL, tanpa mengganggu kandungan lemak baik HDL.

Selain sarat DNA, tauge padat dengan antioksida kuat yang menghalang tubuh dari radikal bebas perosak sel DNA. Pelindungan ini menguatkan kesimpulan
tauge merupakan sayuran yang membuat anda menjadi lebih muda.

Satu lagi khasiat tauge yang tidak kurang hebat adalah membantu membuang kotoran dalam usus besar kerana mengandungi banyak serat dan air. Inilah yang menjadi tunjang
utama tauge dalam memerangi sel kanser.

Apabila kotoran segera meniggalkan usus besar, tiada lagi zat-zat racun dalam kotoran yang yang dapat diserap tubuh. Ia akan mencegah pengumpulan bahan beracun yang dapat merangsang berseminya benih kanser.


Selepas membaca kebaikan sayur tauge janganlah ragu-ragu lagi untuk mengambilnya
.
Jadi apalagi,



JOM kita ramai-ramai makan tauge hari-hari
.

Rahsia Ais.. Percaya tak?



"Zat di dalam ais tidak akan mampu dihasilkan oleh mana-mana saintis mahupun manusia"

Air sejuk yang hening dapat menolong pesakit insomnia yang sukar tidur agar dapat kembali tidur seperti biasa.

Orang yang tidur dalam udara yang sejuk dan berselimut untuk memanaskan tubuhnya adalah kombinasi yang baik untuk menjaga kesihatan secara menyeluruh dalam jangka masa pendek apatah lagi jangka panjang.

Udara panas lebih memudahkan penyebaran penyakit berjangkit kerana bakteria lebih agresif dan cepat membiak dalam cuaca begini.

Liputan ais di Antartika (daerah Kutub Selatan) dan Artik (daerah Kutub Utara) adalah pengimbang dasar bumi yang amat panas.

Kombinasi dalam bumi yang panas dan luaran bumi yang sejuk adalah rahsia keseimbangan tekanan semulajadi alam yang mengawal graviti dan pergerakan bumi pada paksinya.

Ais atau air sejuk dapat mengembalikan memori atau sifat pelupa yang keterlaluan.

Benarkan anak anda mengunyah ais kerana ini akan menguatkan giginya dan benarkan anak anda memakan ais krim secara perlahan-lahan dan berterusan sehingga batuknya hilang dalam masa beberapa jam kerana mengambil ubat batuk biasanya akan mengambil masa satu minggu untuk melegakan batuk secara total.

Membiasakan diri mengunyah ais akan meningkatkan kecerdasan fikiran dan kepantasan pergerakan.

Ais amat diperlukan oleh mana-mana atlit sukan dalam kecederaan yang tidak disangka-sangkakan.

Air sejuk atau ais kini dijadikan bahan perencat kepada kecederaan yang akut seperti demam panas yang biasanya dihidapi oleh bayi yang mempunyai potensi menghidapi penyakit sawan.

Air sejuk adalah terapi yang amat popular sebagai penguat tulang yang telah patah dengan syarat ia dibalut dengan kain hitam.

Air sejuk dalam rahsia cuka adalah sangat baik untuk menguatkan tulang yang patah kerana ia dapat menyembuhkan tulang dengan lebih cepat.

Air suam dengan rahsia cuka yang diminum akan melemahkan dan mengecutkan sistem aliran darah yang menjadi penyebab utama terjadinya lumpuh.

Adalah makruh mengambil air sembahyang (wuduk) pada suhu yang tinggi atau yang telah terkena panas cahaya matahari yang pastinya akan mengganggu sistem deria pada kulit.

Air sejuk secara psikologinya amat ditakuti oleh pesakit yang mengalami gangguan jin atau dikuasai oleh unsur-unsur spiritual yang jahat.

Air sejuk mempunyai nada bunyi dalam tekanan rendah yang amat lembut lagi mengharmonikan.

Air sejuk akan menguatkan tulang bayi.

Air sejuk akan meningkatkan sistem imun yang luar biasa sebagai tenaga pencegahan berbagai penyakit alahan dan jangkitan.

Air sejuk dalam rahsia ais memegang rahsia kepadatan molekul kristal yang paling keras iaitu Intan.

Air sejuk adalah kuasa penyerap yang amat sesuai dijadikan sistem penghantaran tenaga yang paling cekap sehingga ke dasar sel yang jauh dan menyeluruh.

Air sejuk mempunyai daya rangsangan yang boleh mengembalikan semangat orang yang telah hilang seperti pengsan, gila dan koma kembali sedar.

Mandi air sejuk akan menguatkan tulang. Tulang yang berlebihan dengan urik asid akan meningkatkan suhu tulang dan melemahkan struktur tulang.

Air sejuk lebih stabil molekul atomnya.

Air sejuk lebih peka kepada gelombang frekuensi rendah yang dirakamkan melalui niat dalam amalan berwuduk.

Air sejuk dapat merakamkan gelombang frekuensi rendah lebih stabil.

Air sejuk sesuai dijadikan air penawar kepada orang yang ingin merakamkan bunyi dalaman yang disertai dengan rasa kasih sayang dan keikhlasan.

Air kelapa muda bersifat sejuk dan amat baik untuk kesihatan kerana ia amat berkesan meneutralkan kesan keracunan dan keasidan yang berlebihan di dalam aliran darah. Tubuh secara semulajadi bersifat panas dan ia memerlukan pasangan yang bersifat sejuk.

Oksigen dan hidrogen bersifat panas dan ia menguasai bahagian perut. Adalah menjadi suatu kesalahan memulakan amalan pemakanan di waktu pagi dengan
unsur-unsur yang panas. Minumlah seteguk air sejuk di awal pagi kerana ia akan menguatkan perut..

bedaH buku Bidayatul Hidayah (2)

bismiLLah..

alhamduliLLah..sambil duduk di depan pintu umah menghirup udara sejuk selepas hujan ana masih sempat menulis untuk entry yang ke 102.

hakikatnya ana dah menghabiskan buku ni tak sampai sebulan. nak menulis ulasan ttg nya tapi malas ja rasa. walhal hati ni meronta-ronta suh tulis gak akhirnya tertulis juga ulasan ana ttg buku ni.

keistimewaan :

secara jujurnya ana tak jumpa apa kelemahan buku ini. membaca buku bidayatul hidayah membuatkan diri ana begitu terleka. ana merasakan seolah-olah mendengar sendiri kata-kata Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali menasihati diri ana yg hina ini. dan betapa seronoknya diri dinasihati oleh seorang ulama. ana terhibur membaca buku ini. terhibur dengan kata2 dan nasihat yang diberikan. tapi buku ini merupakan terjemahan daripada kata2 Imam Al-ghazali yang sebenar. satu hari nanti ana akan cari buku ini dalam jilid yang lengkap dan dalam bahasa Arab. membaca dengan menggunakan bahasa penulis yang sebenarnya akan membuatkan kita rasa betapa dekatnya penulis dengan kita terutamanya apabila yang menulis adalah ulama yang tersohor.

sebenarnya kesan penulis pada pembaca dapat dirasakan jika si penulis menulis kerana Allah taala dengan hati yang tulus ikhlas. Niat memainkan peranan penting dalam tindakan kita.

sama halnya dalam menulis blog. ia bergantung atas tujuan apa si penulis menulis. melalui tulisan kita dapat membaca personaliti seseorang.

Tuesday, November 3, 2009

bahayaNya Nescafe...



bisMilLah..

setelah sekian lama ana mencari info ini akhirnya ana temui juga. ana juga atr penggemar nescafe dan kerana artikel ini insya-Allah ana akan berhenti minum nescafe. untuk kesihatan akan datang. ana peroleh maklumat ni dari http://ieyza83.blogspot.com/

Betul tak betul Wallahua'lam, tapi elok dibaca sebagai langkah cegah dulu sebelum kene


Zaman skarang ni, banyak penyakit datang dari pemakanan…..

Beberapa hari lepas saya dikunjungi oleh seorang pelajar lelaki tahun akhir. Sudah beberapa bulan pelajar ini tidak bertemu dengan saya. Pelajar ini mengemukakan beberapa masalah kumpulannya untuk diselesaikan oleh saya sebagai seorang penasihat akademiknya. Alhamdulillah masalah dapat diselesaikan.Selepas hajat terlaksana, pelajar ini yang saya namakan sebagai Ahmad menukar topik kepada topik kesihatan dirinya. Beliau mengadukan masalah dirinya. Beliau dapat merasakan kemerosotan tahap kesihatan dirinya. Berikut adalah antara tanda-tanda yang dapat dikenalpasati:Kerap berdebar tidak menentu masa. Kadang-kadang waktu membaca tiba-tiba jantung / dada berdebar dengan laju.

1. Bila jantung berdebar ini berlaku, ia akan diikuti dengan dahi berpeluh

2. Beliau juga kerap merasakan kesakitan pada dadanya.

3. Sering mencungap dan kadang-kadang kala sewaktu sembahyang pun mencungap.

4. Semakin tidak tahan atau alah dengan panas terik matahari dan jikalau kena panas, badannya akan banyak berpeluh dan tidak selesa.

5. Jikalau tahun lepas, kekerapan simptom-simptom di atas agak jarang namun kebelakangan ini, kekerapan kejadian semakin kerap sehingga satu kali serangan dalam setiap 2/3 hari.

6. Tapak tangannya.semakin basah.

Berdasarkan simptom yang saya perolehi saya terus menyoal tabiat permakanannya. Selepas mendapat data yang dikehendaki saya pun memberikan penjelasan 'Ahmad, engkau ni walau pun usia masih muda, jantung engkau sudah bermasalah. Punca masalah engkau ini adalah kerana engkau kerap meminum Nescafe 3 in one. Nescafe adalah tidak baik dan merosak buah pinggang manakala krimer yang terdapat di dalam campuran ini sangat merosak jantung. Krimer ini bukan diperbuat dari susu tetapi adalah dibuat dari kelapa sawit (non dairy creamer)'Selanjutnya saya menasihati Ahmad untuk melakukan perkara berikut untuk merawat jantungnya:

1. Elakkan dari meminum Nescafe yang merosak buah pinggang dan elakkan sama sekali apa jua jenis krimer yang dibuat dari selain susu (non dairy creamer)

2. Elakkan dari mengambil coffee mate kerana ia adalah non dairy creamer

3. Elakkan makan ais krim kerana mengandungi krimmer yang tinggi

4. Elakkan susu pekat manis yang mengandungi krimer dari selain susu.

5. Elakkan memakan sebarang makanan yang mengandungi margarine

6. Elakkan memakan burger, naget, kentang goreng, potato chip dan segala yang sewaktu dengannya

7. Elakkan mandi selepas makan

8.Amalkan amalan: Ambil segenggam kacang hijau, rendam dalam air kira-kira 10 minit,selepas itu rebus asal masak dan bukan rebus sehingga pecah tanpa membubuh garam. Selepas itu buang air rebusan dan makanlah kacang hijau ini dan amalkan amalan ini setiap hari.

9. Boleh beli jintan hitam dan makan setiap hari atau pun belilah yang sudah siap diproses atas nama habbatussauda

10. Amalkan makan sayuran pahit seperti kailan, peria, pegaga, daun ubi, pucuk betik, ulam-ulam dsbnya.

11.. Kurangkan makan nasi lemak terutama sekali nasi lemak di kedai kerana mereka mencampurkan minyak masak kepada nasi lemak agar nasi lemak ini kelihatan cantik berderai dan tidak melekat.


Kepada yang mulai menghadapi masalah dengan jantungnya atau yang sudah lama bermasalah jantung, bolehlah mengamalkan amalan di atas.Sekian wassalam wallahuaqlam. _,


saya sUka pada dia Tapi...

gambar hiasan


bismiLLah...


alHamduliLLah akhirnya setelah puas bertaruNg dengan diri senDiri, ana berjayA juga cuba Menyambung tulisan terjemahaN fikiraN ana daLam blog ni. perkara ni lama ana fiKir dan ana cuBa cari Bahan2 yg berkaiTan. Jatuh cinTa bukanlAh sesuatu yang Memalukan atau Mengaibkan lebih2 lagi apabiLa kiTa jatuh cinTa pada Manusia dan berlainAn jantina. ia merupakan Fitrah naluri biasa Yang dicipTakan Allah sejak Nabi Adam lagi. tapi ini Tak bermakNa cinta itu Harus dinyatakan atau diucaP sesuka hatI kita. cinta Yang sah Hanya selepas akad NIkah.

tapi kalu kita dilAmun cinta atau jatuH cinta pada sesorang, bagaimanakaH cara untuk menyampaikan Hasrat yang Terpendam jauh Di lUbuk Hati ini? Islam menunjukkAn cara Yang baik pada kitA dengan Meneladani tindakAn Yang dilakukan Oleh Saidatina Siti Khadijah. beliaU menggunaKan perantaraaN oranG tenGah untuk MenyampaikAn hasrat Hatinya pada Nabi Kita Muhammad S.A.W. pErsoalAnnya adakah Cara ini sesuai untuk Kaum wanita sahaja daLam menYampaikAn perasaAn mereka.? bagaiMana dengaN goloNgan lelAki yang Malu untuk berterus teranG dalam Perkara iNI?

suDah tentu cara Orang tenGah ini seSuai untuk sesiApa sahaJa lelakI mahupun peremPuan. anda sudah menonton atau membaca Novel Ayat2 cinta hasIL karya Habiburrahman el-Sherazy? bukankaH proses taaruf antara Aisyah dan Fahri mengGUnakan Orang tenGah.




mereKA tidak bertaarUf secara semberono apatah lagi berdua-dua an ketikA bertaaruf. bagi mereKa yang terasA diri anda sudaH samPai seru unTuk mendirikaN masjid, gunakAnlaH cara dan Saluran yang BEtul. MendirikaN masJid adalAh perkaRa yang MuliA. jangAn cemarKan ia keraNa binAAn yang tidaK Kukuh atau MenggunakAn bahan Yang tidak BerkuAliti akhirnyA akan roboh juA. jiKA tidak Menimpa diri kiTa mungkIN anak cucu kiTa akan mendapat Bahana nyA. mahukah Kita melihat keturuNan kita hidup dalAm suasaNa yang Kucar kacir dan tidaK aman keraNa kita tidaK menjaga syAriat sebeLum berkahWin.

menjadiKan diri sebagai seorang
fardu MusliM pentinG bagI setiAp pelajar dan Diri yanG bergelaR musLIM. setIap fardu musLiM ini aKan mendiriKan baitul musLIm dan melahiRkan mujtama` musLim. masyarakat musLIM ini akan membentuk sebuah negara Islam yang Unggul atau dinamakan sebAgai daulah Islamiah.

namun, daulah ini tidak akan tercapai tanpa bermUla dari diri kiTA sebagai faRdu mUslim.


p/s: ana mengharapkan apa2 khilaf yang berlaku dalam penuliSan ana kali ini ditegur oleH kawan2 dan sahabat pembaca. ana bukanlah orang yang lAyak dalam perkara ini kerana Ana sendiri masih daAlm proses menjadI fardu muSlim sejati agar baiTul Muslim yang akan dibina mendapaT keredhaan Allah