Thursday, December 10, 2009

Tugasan Usrah


1- RuhiYyah

* membaca dan mentadabbur AQ daripada mana2 bahagian AQ sebanyak 1 Juzu`



2- Jasadiyah

* membantu ibu mengemas rumah setiap hari/ ikut kesesuaian sekurang-kurangnya
seminggu sekali

3- Fikrah

* membaca bahagian kedua buku "Apa ertinya saya Menganut agama Islam.
* membuat ulangkaji tajuk pertama dan membuat peta minda bagi tajuk yang ditetapkan


4- Input ++

* membantu ibu menyediakan satu resepi menu masakan beserta bukti dalam bentuk
gambar

* gambar hiasan

5- Ukhuwwah
* menghantar mesej dalam bentuk tazkirah/ Bertanya khabar sekurang2nya sekali seminggu
sesama ahli usrah

6- Cetusan idea
* Membuat satu karangan/ catatan ringkas "Usrah kita akan lebih menarik jika......"

Minat Tak Sugar?


Apakah sebenarnya gula?

Gula adalah makanan tanpa khasiat yang paling banyak dimakan dan memudaratkan.

Gula cuma menambah kalori dan akan disimpan sebagai lemak di dalam tubuh. Ia tidak

langsung berzat malah akan menyingkirkan zat yang sedia ada dalam tubuh. Gula juga

adalah penyebab utama kegemukkan!

Adakah badan kita perlukan gula?

Tidak perlu langsung! Ini kerana tubuh kita akan menukarkan banyak sumber makanan yang

lain kepada glukosa apabila badan perlukan tenaga.

Berapa banyak gula yang ada dalam makanan dan minuman?

1) Minuman bergas 500ml - 14.4 sudu teh

2) Minuman dalam tin tanpa gas 350ml - 9.6 sudu teh

3) Minuman coklat malt dalam tin 125ml - 5.5 sudu teh

4) Kek buah-buahan 40g - 3.5 sudu teh

5) Bijirin sarapan bersalu madu 220g - 10.1 sudu teh

6) Ubat batuk botol kecil di farmasi - 15.8 sudu teh

7) Aiskrim coklat sepotong saiz biasa - 7.7 sudu teh

8) Sundae restoran makanan segera - 10.3 sudu teh

9) Rempah ayam segera satu pek - 4.7 sudu teh

10) Minuman berkultur satu botol kecil - 2.7 sudu teh


11) Susu pekat manis dalam tin kecil - 35.5 sudu teh!

Saturday, December 5, 2009

Rindu Sahabat

BismiLLah..

AlhamduliLLah segala puji-pujian hanya pada Allah yang esa pencipta sekalian alam. Dia lah yang menghidupkan dan mematikan diriku. Dan aku bersyukur pada hari ini ana masih diberi peluang mencari zarah2 amalan kebajikan untuk dibawa bersama menuju hari perhitungan yang tidak ada perhitungan yang lebih adil melainkan hitungan Allah Taala.

Tulisan kali ni nk menzahirkan apa yang selama ni terbuku dalam hati dan tabiaat yang dah lama tak buat iaitu bermadah pujangga.

Tika ini aku sedang duduk di buaian di bawah pohon rambutan sambil ditemani adik yang sedang membaiki motosikalnya.

Tika ini aku sedang mendengar bunyi kapal terbang yang berjalan di udara menuju ke destinasinya yang tidak ku ketahui.

Tika ini aku sedang teringat nostalgia lama aku dan dia.

Tika ini aku sedang merinduimu sahabat. betapa hati ini tiba2 digamit rasa rindu yang mencengkam. Mungkin kerana aku kini telah berjauhan darimu dan mungkin kini kerana engkau berjauhan dariku sedangkan selama ini engkau yang selalu memberi kekuatan padaku. maka kini aku mula meraasai kehilanganmu dari pandangan mata zahirku.

Tika ini aku sedang menaip isi hatiku yang melantun-lantun menyatakan rinduku pada dua orang sahabat yang telah lama tidak kutemu. Mereka merupakan sahabat yang kutemu dalam medan Tarbiah ini. Mereka merupakan sahabat yang memahami kenapa aku perlu berada dalam medan ini dan tidak jemu-jemu menjadi pemabkar semangat aku tatkala aku mula kelemahan dan goyah akibat tekanan-tekanan dan ujian yang menimpa diri. sesungguhnya bukanlah mereka berdua sahaja sahabat yang membantuku. sudah pasti ramai lagi sahabat lain yang selalu mendengar dan cuba menyelasaikan masalahku atau meringankan bebanku.


Inilah ukhuwah yang diterima jika kita berada bersama sahabat-sahabat yang memahami erti perjuangan Islam yang sebenarnya. hakikatnya aku bukanlah orang yang layak memperkatakana tentang ukhuwah apatah lagi membicarakan tentang tarbiah. ini kerana aku sendiri masih dalam proses pentarbiahan dan semua orang pun melalui proses yang sama. cuma yang membezakan dari siapa dia menerima tarbiah dan bagaimana rupa tarbiah yang diterima. yang pastinya tarbiah dari Allah tidak pernah mengenal paras rupa dan warna kulit hamba-Nya.

ukhuwah yang kupelajari selama ini mengajar aku untuk menerima walau siapapun dia. dalam ukhuwah ini aku belajar banyak perkara dan dapatlah kusimpulkan bahawa ukhuwah dalam medan tarbiah ini sebagai:

kEramatNya uKhuwah mElangkAui hBgn dAraH, kSh sYg kEranA Allah. TonggAk keKuataN dAlaM jEmaAh, dIgubAh Acuan aKidaH, tAk sEoraNg dIbiAr gUndaH, aNdaI dItAkdiR rEbah sEribU mEmbAhu Gagah..UkhuwaH fIllaH

bersahabat kerana Allah Taala, hasilnya hanya Dia yang menentukan. Ikhlaslah dalam persahabatan. Sahabat yang baik adalah dia yang sentiasa di sisi terutamnya pabila kita dalam kesusahan.

menangislah...
dibahuku kau berikan ku percayaan
bahawa laramu adalah haru biruku
kernaku adalah sahabatmu

Terima kasih sahabat
walau apa yang pernah terjadi n sedang terjadi pada kita janji itu tetap janji
walaupun mulut berkata tidak selamanya kau tetap sepertimana yang kukenal dan tidak akan ada apa2 yangboleh merubahnya melainkan takdir yang maha ESa


Untukmu Teman

Untukmu Teman

Di sini kita pernah bertemu
Mencari warna seindah pelangi
Ketika kau menghulurkan tanganmu
Membawaku ke daerah yang baru

Kini dengarkanlah
Dendangan lagu tanda ikatanku
Kepadamu teman
Agar ikatan ukhuwah kan
Bersimpul padu

Kenangan bersamamu
Takkan ku lupa
Walau badai datang melanda
Walau bercerai jasad dan nyawa

Mengapa kita ditemukan
Dan akhirnya kita dipisahkan
Munkinkah menguji kesetiaan
Kejujuran dan kemanisan iman
Tuhan berikan daku kekuatan

Mungkinkah kita terlupa
Tuhan ada janjinya
Bertemu berpisah kita
Ada rahmat dan kasihnya
Andai ini ujian
Terangilah kamar kesabaran
Pergilah derita hadirlah cahaya

by : brothers

Akrab Persahabatan


AKRAB PERSAHABATAN by InTeam


Sesegar hijau daunan
Begitulah kita diibaratkan
Tiada siapa yang bisa memisahkan kita
Antara kita semua

Seerat simpulan yang tidak terbuka
Seteguh langit tinggi menongkah dunia
Kita mengharung badai atas nama
Kasih insan bersaudara

Buang yang keruh ambil yang jernih
Dendam hasad dengki mestilah dijauhi
Ukhuwah dan mahabbah kita jalinkan
Bina keharmonian

Sesegar hijau daunan
Begitulah kita diibaratkan
Tiada siapa yang bisa memisahkan kita
Antara kita semua



Thursday, December 3, 2009

Hipotensi


bism.iLLah..

kebarangkalian ni, ana rasa sesuatu telah berlaku pada diri ana. ana cepat pening kalu bangun dari sesuatu tempat. baru2 ni masa perbarisan badan beruniform ana hampir pitam. nasib baik tak jadi apa2. nk kata tak jd apa2 dah jadi pun sebenarnya. kawan2 ana kata bibir ana pucat sangat. yang ana ingat ana rasa nk rebah. tu ja.

ana syak ana kena penyakit tekanan darah rendah. setakat ni tak ambil ap2 ujian lagi n pengesahan dari doktor tapi insya-Allah akan. cuma menunggu masa ja.

ana da cari beberapa maklumat tentang penyakit ni. berikut merupakan penemuan ana.

Apa itu Tekanan Darah Rendah ?

Tekanan darah rendah (hipotensi) adalah keadaan tekanan darah yang lebih rendah dari tekanan yang diperlukan oleh tubuh, sehingga setiap organ dari badan tidak mendapat aliran darah yang cukup dan menyebabkan timbulnya gejala hipotensi. Tekanan darah seseorang adalah berbeza. Ini kerana ia membabitkan kawalan utama otak, jantung, buah pinggang dan ransangan di dalam salur darah.


Dalam menentukan seseorang itu menghidap tekanan darah, terdapat beberapa faktor yang boleh membantu iaitu:-

  • usia
  • aktiviti seharian
  • perasaan
  • ubatan
  • pendarahan
  • infeksi

Kebiasaannya orang yang selalu dikaitkan dengan penyakit tekanan darah rendah adalah dari golongan atlet dan pengamal diet. Mereka jarang terdedah kepada beberapa jenis penyakit seperti:-

  • stroke
  • penyakit jantung
  • penyakit pada mata
  • pengerasan dan penyempitan pada pembuluh darah

Bagi penghidap tekanan darah rendah, mereka tidak akan menunjukkan tanda mereka mempunyai penyakit tekanan darah rendah. Mereka akan menunjukkan gejala atau tanda-tanda awal seperti:-

  • cepat lelah
  • pening kepala ketika posisi badan berubah
  • sukar untuk berkonsentrasi
  • mata berkunang-kunang
  • mual
  • kulit berasa dingin, pucat dan lembap
  • pernafasan cepat dan pendek
  • defresi
  • cepat haus

Sekiranya seseorang itu hendak hamil, mereka digalakkan untuk membuat pemeriksaan terlebih dahulu sebelum hamil. Ini kerana ia adalah untuk mengelakkan berlaku komplikasi pada bayi itu nanti.


Tekanan darah ditentukan oleh dua pekara, iaitu jumlah darah yang dipompakan oleh jantung dan tahanan (resistensi) pembuluh darah yang kecil-kecil pada tubuh. Terdapat beberapa penyebab yang boleh tekanan darah rendah terjadi iaitu:-

  • Kekurangan volum darah - cecair mengalir dalam saluran darah seperti pendarahan yang tidak boleh terkawal
  • Dehidrasi - dehidrasi yang mengurangkan kandungan cecair dalam badan seperti kes muntah yang teruk dan cirit-birit.
  • masalah jantung - deyutan jantung yang agak cepat mahupun sebaliknya yang terlalu lambat.
  • Keadaan otot yang lemah.

Golongan yang Tercicir di Sepanjang Jalan Dakwah

bismiLLah...

AlhamduliLLah dalam cuti ni ana on da way mengkhatamkan buku nipis yang bertajuk "Golongan yang Tercicir di Sepanjang Jalan Dakwah"

nak kupas sket ttg buku ni tapi dalam post akan dtg sbb skrg kena bersiap nk amik adk balik dari asrama.

insya-Allah.


postiNg..


*pegawai sedang ambil kehadiran guru2 yg akan diposting ke Sabah
>

bismiLLah...

pada 1 Disember 2009 yang lalu, ana telah menghantar kakak2 n abg senior ana PISMK-OUM berlepas ke over sea. mereka dipostingkan ke Sabah. seramai 5 orang muslimat dan seorang muslimin dipostingkan ke Sabah. mereka berlepas pada jam 5.10 ptg kalu tak salah ana. tapi area2 waktu tu sebab check in kul 4.10 ptg dan mereka kena tunggu sejam dalam tempat menunggu tu.

memula macam malas nak g KLIA sebab ana tak tahu jalan ke sana. lagipun tak da lelaki yang nak meneman. bukan kata tak boleh hidup tanpa lelaki tapi rasa selamat sikit kalu da lelaki yang teman. kebetulan ayah n adik lelaki kije ari tu, jadi adik perempuan la yang meneman.


kami bertolak jam 1.50 ptg dan selamat sampai di KLIA jam 2.55 ptg. first time pandu sdr ke klia, salah masuk parking lak. nasib bek tak da org marah. jadi ana pun park keta n nek lif ke tempat yg dikatakan munsif: aras lima pintu 1.


* ana n kak Muslihah

AlhamduliLLah, jumpa akak2 n munsif. masa ana sampai tak lama lepas tu depa kena berkumpul untuk amik kehadiran. berdebar2 lak rasa macam ana lak nk kena flight g Sabah. itupun kalu mak ana benarkan sbb dia dah kata byk kali posting kat skola dpn umh ni ja. hu2... teringin gak nk jalan2 jauh tapi redha mak ayah kena diutamakan. kalu dah dapat kena jugak pergi kan? ;)


* tiket flight ke KK


* dalam proses susun beg untuk disimpan dalam kargo

lepas tu kamipergi ke kaunter L untuk daftar n simpan barang dalam kargo. pegawai tu bagi kami masa hingga 4.10ptg untuk wat apa2 yg patut sebab lepas tu akak2 n abg2 akan check in di ruang menunggu. tepat jam 4.10ptg masing2 mendaftar masuk ke dalam ruang menunggu dan selepas sejam mereka akan berlepas ke Sabah. ana mengiringi akak2 kesayanganku ke pintu masuk ruang menunggu dan mendoakan supaya mereka selamat sampai ke destinasi masing2 dan dipermudahkan segala urusan mereka.

* bergambar dgn k. mus n k.dini sebelum check-in

" Ya Allah, engkaulah yang mempertemukan kami. Di jalan ini kami bertemu dan bermadu kasih n di jalan ini juga kami berpisah mengharap redha n kasih-Mu. pertemukanlah kami semula di Syurga sebagai bukti tanda kasih-Mu pada hamba-hamba-Mu"


* akak2 dah masuk. Selamat Jalan!

PerJaLaNan SeorAng MuJahiDdah

Template by:
Free Blog Templates