Wednesday, June 22, 2011

pEnang Mai (ii)



Bergambar di hadapan Kedai Buku Stesen Keretapi Mertajam


~ Puduraya~



BismiLLah...

Alhamdulillah ana diberi ruang dan peluang untuk memanfaatkan masa yang ada sebelum Solat Maghrib.

Apa kabar pembaca semua? ana harapkan antum semua sihhat Alhamdulillah dalam rahmat dan naungan Allah.

Ana cuba mencuri sisa masa yang ada untuk menceritakan sedikit sebanyak perjalanan ke Pulau Pinang dalam sesi yang kedua.

Ana bertolak ke Penang pada 15 Jun 2011 ditemani 2 orang adik yang sungguh baik hati iaitu Farhana dan Aisyah. Ujian yang pertama sebelum ke Penang ialah bus yang kami naiki tiada dan pihak bas menukarkan tiket kami dengan syarikat bas lain. Alhamdulillah kami menaiki bus 2 tingkat. kebetulan pada waktu itu, kami naik d Puduraya dan suasana di Pudu berubah hampir seratus peratus.




Alkisahnya seat ana di tingkat atas dan sebelah lelaki. Ana dah lama tak duduk sebelah lelaki sebab sebelum2 ni ana lebih suka beli tiket seat single. Nasib baik kerusi bus agak besar jadi ana kurang rasa tak berapa selesa. Lelaki yang duduk sebelah ana ni agak bz orangnya sebab ada ja kol daripada pekerja2 syarikat dll.

Pokoknya ana yg nak rehat sat ni pun agak terganggu sebab panggilan2 yang beliau trima dan buat. Bila tak da orang kol, dia akan main game dan pasang bunyi yang agak kuat. Sabar ja la dalam hati ni. Akhirnya kami turun sama2 di Butterworth.


Sampai di sana, kami diambil oleh sahabat yang sedang menanti kehadiran kami dan kami dibawa ke rumahnya.

Antara tempat yang menarik perhatian kami di Penang ialah "Yayasan An-Nahdhoh" Kalu nak tahu ada ap di sini, kena mai Penang sendiri dan rasa perkampungan Islam di sini.

"AN-NAHDHOH INN "

Seusai melawat An-NAhdhoh Inn dan mengikuti pengisian di sana, ana dan sahabat2 pergi berziarah ke rumah sahabat kami yang terletak di Sungai Dua. Rumah beliau merupakan rumah tradisional dan terdapat beberapa bahagian yang tidak dipaku. Mmg unik sangat. Lagi unik tingkap rumah ni. Klau nak tahu ap yang uniknya kena melawat Taman Mini Malaysia di Melaka untuk tahu struktur apa yang menarik dan istimewa pada rumah tradisi Melayu.

Layanan yang kami trima sepanjang berada di sana sangat baik. Keluarga beliau sangat menghormati tetamu dna ini selari dengan hadis:

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Barang siapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, hendaklah dia menghormati tetamunya. Barang siapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat maka hendaklah ia menyambung silaturahim.” (Hadis riwayat Bukhari).


Bersama keluarga seorang sahabat di Penang.




Pada sebelah petangnya kami berjalan-jalan ke bendang yang terletak di hadapan rumah beliau. Subhanallah....Sawah padi yang sangat luas. Ana teringin gak nak jejakkan kaki ke dalam bendang tapi tak berani dan masa tak mengizinkan kerana waktu semakin menghampiri Maghrib. Selepas solat Maghrib kami akan bertolak ke Stesen Keretapi Bukit Mertajam.

Jarang nk jumpa sawah yang luas mcm ni di KAJANG.=)


Terima Kasih Daun Keladi,
Lain kali nak datang kenduri pak teh dan isteri
(^.^)/

No comments: