Tuesday, December 30, 2008

kHasiAt haLba



Bismillah...

1. Diminum sebagai teh untuk

- Melancarkan haid
- Menghilangkan kembung,sebu dan senak
- Pencuci perut
- Menguatkan jantung
- Menghilangkan lender tekak
- Melegakan sakit kepala/ migraine
- Membuang angin
- Menyembuhkan buasir
- Senggugut
- Merangsang rahim
- Kegemukan
- Kurang berat badan
- Mengawal kencing manis
- Radang kulit dan Bisul

2. Teh Halba + Madu

- Kurangkan ketagihan rokok dan dadah
- Anemia

3. Untuk anak2 yang baligh
- kecergasan
- kekuatan badan
- Tumbesaran

4. Untuk ibu menyusu
- Banyakkan air susu

5. Halba juga adalah ramuan tradisi menambahkan nafsu lelaki dan
wanita.

6. Memanaskan buah pinggang dan organ pembiakan. Menjadi amalan kuno
tabib China untuk rawatan mati pucuk.

7. Halba merupakan antara ubatan yang tertua di dunia dan digunakan oleh
Al-Abqirad ( Hippocrates) iaitu bapa perubatan Yunani.

sArApaN pAgi :)



bismillah...

CARA PENYEDIAAN NASI LEMAK

UNTUK 6 ORANG
MASA: 1 JAM

1. NASI LEMAK
- 2 pot beras
- 1 paket santan KARA
- 1 1/2 sudu garam
- 2 pot air
- 2 sudu halba
- 3 helai daun pandan

Basuh beras. Masukkan semua bahan di atas dalam periuk nasi elektrik dan biarkan ia hingga kering. Kacau nasi dan siap dihidang.

2. SAMBAL UDANG
- 400 gram udang
- 5 sudu gula
- 2 senduk cili giling puteri
- 2 sudu garam
- 2 ulas bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 1 cawan air

Tumis bawang merah dan bawang putih hingga naik bau. Masukkan cili giling dan kacau hingga masak. Masukkan udang. Sekiranya pekat, masukkan air dan tunggu hingga udang masak. Masukkan gula dan garam. kacau selama beberapa minit dan siap dihidang.



3. IKAN BILIS GORENG

- 2 genggam ikan bilis yang telah dibuang kepala.
- minyak masak

Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan ikan bilis yang telah dibasuh dan goreng hingga garing.

4. TELUR REBUS
- 4 biji telur

Rebus telur dalam periuk. Selepas 10 minit tutup api. Masukkan telur dalam air sejuk. Kupas telur apabila telah sejuk.

5. TIMUN

6. AIR TEH TARIK

p/S: RESEPI YANG ANA SEDIAKAN INI ADALAH MENGIKUT SELERA KELUARGA YANG SUKA MAKANAN PEDAS. JADI TERPULANG PADA PEMBACA UNTUK MENGUBAH APA2 SAHAJA BAHAN DALAM RESEPI INI. SELAMAT MENCUBA. ANA MENERIMA APA2 PENAMBAH BAIKKAN BAGI RESEPI INI.



Monday, December 29, 2008

kIsaH tELadAn


sEoranG teLah dATang menemui RasulullAh S.A.W dan telah menceritakan kepada baginda tentang kelaparan yang dialami olehnya. kebetulan pada ketika itu baginda tidak mempunyai suatu apa makanan pun pada diri baginda mahupun di rumahnya sendiri untuk diberikan kepada orang itu. baginda kemudian bertanya kepada para sahabat "Adakah sesiapa di antara kamu yang sanggup melayani orang ini sebagai tetamunya pada malam ini bagi pihak aku?"

Seorang dari kaum Ansar telah menyahut, "Wahai Rasulullah S.A.W, saya sanggup melakukan seperti kehendak tuan itu."

Orang Ansar itu pun telah membawa orang tadi ke rumahnya dan menerangkan pula kepada isterinya seraya berkata, "Lihatlah bahawa orang ini ialah tetamu Rasulullah S.A.W. Kita mesti melayaninya dengan sebaik-baik layanan mengikut segala kesanggupan yang ada pada diri kita dan semasa melakukan demikian janganlah kita tinggalkan sesuatu makanan pun yang ada di rumah kita."

Lalu isterinya menjawab, "demi Allah! Sebenarnya daku tidak ada menyimpan sebarang makanan pun. yang ada cuma sedikit, itu pun hanya mencukupi untuk makanan anak-anak kita di rumah ini."

Orang Ansar itu pun berkata, " kalau begitu engkau tidurkanlah mereka dahulu (anak-anaknya) tanpa memberi makanan kepada mereka. Apabila saya duduk berbual-bual dengan tetamu ini di samping jamuan makan yang sedikit ini, dan apabila kami mulai makan engkau padamlah lampu itu, sambil berpura-pura hendak membetulkannnya kembali supaya tetamu itu tidak akan ketahui bahawa saya tidak makan bersamanya."

Rancangan itu telah berjalan dengan lancarnya dan seluruh keluarga tersebut termasuk kanak-kanak itu sendiri terpaksa menahan lapar semata-mata untuk membolehkan tetamu itu makan sehingga berasa kenyang. berikutan dengan peristiwa itu, Allah S.W.T telah berfirman yang bermaksud, "Dan mereka mengutamakan (orang-orang Muhajirin) atas diri mereka sendiri, sekalipun mereka berada dalam kesusahan." (Al-Hasy:9)

SEJAUH MANAKAH KITA SEBAGAI SAUDARA SEISLAM MEMBANTU SAUDARA KITA DI GAZA YANG HIDUPNYA SELALU DIANCAM OELH ISRAEL LAKNATULLAH?
KITA DI MALAYSIA RISAU AKAN MAKANAN YANG BERLEBIHAN SEDANGKAN MEREKA RISAU AKAN MAKANAN YANG TIDAK MENCUKUPI.
.

sALam mAAL hIjrAh

Wednesday, December 24, 2008

rOllinG..




bismillah..

alhamdulillah. Akhirnya tercapai juga hasrat nak bawak adik-aDik ana g mAin boling. tapi yg tak best nya tak cukup korum coz adik Kedua dah Sambung blAja.

Friday, December 19, 2008

cAra SegerA atAsi StreSS!!!!!!

Sebelum masuk tidur amalan yang perlu dan boleh anda lakukan ialah :

1) Memberus gigi.
2) Mengambil air sembahyang
3) Minum segelas air masak atau bercampur madu/susu
4) Membaca Al-Quraan dan berzikir
5) Menulis segala permasalahan anda pada hari itu di dalam sebuah buku dan katakan dengan tegas : Segala masalah yang aku tanggung telah aku curahkan di dalam buku ini. Tiada yang tertinggal lagi di dalam minda aku. Jadi apabila aku tutup buku ini semua masalah aku ditanggung oleh buku ini dan sewaktu aku tidur dengan izin Allah minda bawah sedar aku akan mencari cara yang bijaksana untuk penyelesaian. Jadi aku dengan tegas tidak perlu memikirkan lagi masalah ini. Aku mesti dapat rehat yang secukupnnya. Beritahu pada minda anda betap leganya perasaan anda.


tips dari Tranungkita online


jEnis wAnita




“Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang Ananah, yang Mananah, dan yang Hananah, dan jangan engkau kahwini yang Hadaqah, yang Baraqah dan yang Syadaqah.”

1- Wanita Ananah:banyak mengeluh dan mengadu dan tiap saat memperalatkan sakit atau buat-buat sakit.

2- Wanita Mananah:suka membangkit-bangkit terhadap suami. Wanita ini sering menyatakan, “Aku membuat itu keranamu”.

3- Wanita Hananah: menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.

4- Wanita Hadaqah: melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya.

5- Wanita Baraqah: ada 2 makna, pertama yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya, kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagianya.

6- Wanita Syadaqah: banyak cakap tidak menentu lagi bising.


Dicatat oleh Imam Al-Ghazalli

WarKah uNtuk Hawa




Andai engkau masih remaja, jadilah anak yang solehah buat kedua ibu bapamu, andai engkau sudah bersuami jadilah isteri yang meringankan beban suamimu, andai engkau masih ibu, didiklah anakmu sehingga dia tidak gentar memperjuangkan ad-din Allah.


Hawa,

Andai engkau belum berkahwin jangan kau risau jodohmu, ingatlah Hawa janji Tuhan kita, wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Jangan dimulakan sebuah pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim kerana aku khuatir dari mata jatuh ke hati, maka lahirnya senyuman maka tercetusnya salam dan sekaligus disusuli dengan pertemuan takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri.


Hawa…

Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa, lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannnya, lelaki yang warak tidak menilai wanita melalui keayuannya, kemanjaannya, serta kemampuannya mengoncang iman lelaki. Tetapi lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya dan yang penting pegangan agamanya.

Lelaki yang baik juga tidak menginginkan pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut memberi kesempatan kepada syaitan untuk mengodanya. Lelaki yang warak juga tidak mahu bermain cinta kerana dia tahu apa matlamat dalam sebuah pertemuan lelaki dan wanita yakni sebuah perkahwinan.


Oleh itu Hawa,

Jagalah pandanganmu, awasilah auratmu, peliharalah akhlakmu, kuatkan pendirianmu. Andai ditakdirkan tiada cinta daripada Adam untukmu, cukuplah hanya cinta Allah memenuhi dan menyinari kekosongan jiwamu, biarlah hanya cinta daripada kedua ibu bapamu yang memberi hangat kebahagiaan buat dirimu, cukuplah sekadar cinta adik- beradik serta keluarga yang membahagiakan dirimu.


Hawa…..

Cintailah Allah di kala susah dan senang kerana kau akan memperolehi cinta daripada insan yang juga menyintai Allah. Cintailah kedua ibu bapamu kerana kau akan perolehi keredhaan Allah. Cintailah keluargamu kerana kau tak akan jumpa cinta yang bahagia selain dari cinta keluarga.

Janganlah sesekali tangan yang mengoncang dunia juga yang mengoncang iman lelaki.

Wednesday, December 17, 2008

Suri rUmah sambilAn



bismillAh...

alhamdulillah.setiAp haRi yang Ana lalui penuH denGan penGAjaran yAng mengAjar dirI ini menJadi leBih matAng. hari iNI, pAgi2 macaM biasa Antar Ayah g kiJe. daLAm perjAlanan pulAng singgAh mAybaNk. ayaH mintAk toLong bAnk in dUit insurAns. kemuDian terUs baliK umah. samPaI ja kAt umAh masAk naSi lEmak, jeMur kAin dan Makan.
jAm 11.10 pagi, Adik ana, hAnisah mIntak hanTar ke Sekolah. Ada meting Untuk kemAsukan iNtake f1 n f4 next Year. ana tunggu Sampai diA abS meting. lepAs soLAt Zuhur, kami ke Tesco uNtuk bEli bAranG2 Dapur. Macam dok uMah seWa Rasa beLi baraNg senDiri. bEli iKAn tOngkol, bEras NAsioNal, sAyur2 kemUdian kAmi pun Pulang. Sebelum Tu pErgi kedai alat Ganti kEreta Cari Lampu brek yAng ana daH pecahKAn maSa accident seBElum ni.
AlhamdulIllAh.. samPai Umah jam 3.45 ptg. pEnat tak bOleh terkAta. malAm ni pAstinYA tidur Awal. sAt lAgi jam 6.30 ptg Nak Ambil aYAh kAt temPat kerJA. bEst.. belajAr JAdi suRi ruMah saMbilAn wakTu cuti..

Tuesday, December 16, 2008

keTawa pEnguBat jIwA

Che'gu Nasyor PART I

Che'gu Nasyor sedang mengendali kelasnya dalam aktiviti sukan di padang
sekolah. Seperti biasa, Che'gu Nasyor akan menyuruh murid²nya melakukan
regangan otot. Tiba di satu bahagian, dimana murid² baring dan mengankat
kaki lalu menggerakkannya seperti sedang mengayuh basikal. Che'gu Nasyor
asyik memerhati seorang muridnya yang pada mulanya menggerakkan kakinya
tiba² memberhentikan kakinya. Lalu Che'gu Nasyor menyergah muridnya yang
bernama Man Tapah.
"Woiiii Man, apa sebab kau berhenti ni hah"
"Oh Che'gu Nasyor, basikal saya tengah turun bukit Che'gu, sebab tu saya
berhenti.Takkan nak kayuh jugak.

Che'gu Nasyor PART II
Waktu sekolah telah tamat.sebelum keluar kelas, Che'gu Nasyor telah bertanya
kpd murid²nya.
Che'gu : Siapa nak masuk/pergi syurga?
Semua murid mengangkat tangan kecuali Man Tapah lalu Che'gu Nasyor pun
berkata,
Che'gu : Man, kenapa awak tak nak pergi/masuk syurga?
Man : Mak saya kata lepas habis sekolah, terus balik rumah.. jangan pergi
mana-mana.


Che'gu Nasyor PART III
Che'gu Nasyor sedang mengajar Bahasa Melayu dalam kelas 1 Mawar...
Che'gu : Man, boleh kamu buat ayat dengan menggunakan perkataan tepong?
Man : Itu senang saja cikgu.. ayatnya ialah... . emak sedang membuat kek di
dapur.
Che'gu : Mana tepungnya??
Man : Tepong kan ke dalam kek tu... . Che'gu nie tak sekolah ke hape??


Che'gu Nasyor PART IV
Seperti biasa, Che'gu Nasyor nie mengajar pelajar di Sekolah Agama. Che'gu
Nasyor mengajar budak tahun satu.Pada hari tersebut, beliau mengajar bab
"cara berwudhuk"
Selepas mengajar, beliau (Che'gu) selalu meminta muridnya bertanyakan soalan
jika terdapat kemusykilan.
Che'gu : Ada sesiapa hendak bertanyakan soalan?
Tiba² seorang anak muridnye mengangkat tangan, nama murid tu adalah Man
Tapah
Man : Ada Che'gu. saya ada satu kemusykilan. Boleh tak kita ambil wudhuk dua
kali?
Che'gu : Boleh, tapi kenapa sampai dua kali ambil wudhuk?
Man : Saya ambil dua kali sebab kalau saya terkentut, wudhuk lagi satu tu
boleh buat spare part!
Che'gu : Allahhuakbarr!!!

Che'gu Nasyor PART V
Che'gu Nasyor : Joe, cuba terangkan apakah tugas akar pokok pisang?
Joe : Untuk mencari makanan, che'gu
Che'gu Nasyor : Bagus! Sekarang giliran Wati pulak. Apakah tugas batang
pokok pisang?
Wati : Untuk membawa makanan yang dicari akarnya, che'gu
Che'gu Nasyor : Bagus! Sekarang giliran Man Tapah pula. Apakah tugas daun
pisang?
Man Tapah :untuk membungkus nasi lemak, che'gu...
Che'gu Nasyor : uii... lagi bagus... berdiri atas meja sampai habis kelas...

jaUh peRjaLanAn luaS pEngaLamAn


bismillah....

alhamdulillah...akhirnya sampai juga ke kg tercinta. pErjalaNan ke Kg BembaN, Jasin mEngamBil mAsa 3 jam waLAupuN biAsanyA hAnya mEngAmbIl masA 1 jAm setEngAh ke 2 jaM. kaLi ini aNA mengAmbiL kepUtusaN untUk puLang ke KampunG denGan menAiki bAs.

first experience... takUt, bErdeBar, hEpi, macAm2 Ada2.. maklUmlah biasanYa baLik ngan Famili tapi kaLi ni anA memberAnikaN dirI naiK bas. Sorang- soraNg pulAk tu. pErempUAn lA pulA. bAhaya agAk la jUga tApi ana Redah aJa.

aNA keLuar Rumah kuL 2 pTg. perjaLAnan ke Komuter Kajang nEk KetA pAkcIk kAhaR. seNAng sikit, pAkCik amiK depAn umAh daN trus ke Komuter kAjAng. kosnYA Rm5. sampAi2 Aja, komUter pun SampAi. tApi ana tak bEli tikeT lagi, So nek koMuter seterusnYA. pErjalAnan ke SerembaN mengAmbiL masa 1 jAm. AlhamdulillAh , anA daPat tempAt duDuk. SampAi stEsen nIlai, hujAn turun reNyai2. " Ya Allah, hArap2 sepanjAng pErjalAnan ke stEsen bAs sErembAn tAk hujAn. kAlu hujAn anA kEna naIk tEkSi ke steSen bAs." sePanjanG pErjAlanAn ana tAk hEnti2 bErdoa.

AlhAmdulillAh, AkhirnyA samPai jugA ke sTesen SereMbAn. hujAn dah Berhenti. anA terus ke stesen bAs SerembAn. tAkuT jugA masa tu. tAkut tAk jumPA sTesen bas nyA. nAsib bAik sebeluM ni pErnah nAik bAs kat situ g KMNS.

saTu lAgi mAsalAh yAng anA hAdapi nak bEli tiket bAs ke Melaka. ana Bukan biAsa beLi tiket bas. selaMa ni bLaja dekAt ngAN umAh jAdi nak bAlik pun nEk ketA ayAh amIk. la nI baRu naK blAja bErdikAri. huhu... alhaMdulillAh, bilA saMpai kAuntEr tiket, kakak tu trus suruh ana nek bas. rupanya-rupanya tiket kul 3.30 petang dan jam MenuNjukkan lAgi 5 Minit bAs Akan bertolAk. AlhamdulillAh. ana tAk memBuang mAsa menunGgu bas dengAn keadaan hUjan kaT luAr. akhirnya ana naik buS tRansnasIonal dan bilA saMpai di mElaca cEntRal pak nGAh ana Akan ambil.

banYak hikMah dan pengajAran yAng Ana perOleh sepanjAng pErjalAnan. anA saNgat berSyukuR dimUdahkAn uRusan sepanjANg pErjAlanAn puLang ke kaMpunG. biLa kiTA pergI ke Sesuatu tempaT yanG baik Dan Atas tujUan yanG baiK, insya-Allah, segala-galanya akaN dimudahkan. nasIb baIk hUjan tuRun Sebaik saHaja anA saMpAi stEsen tu. kAlu tAk, mesti Ana daH kebAsaHan.

seroNok bAlik kAmpunG jumpA neneK dan SaudaRa maRa. anA Sempat bErjalAN-jalAn ke umah seDara ana di felda pAloh Timur 4. bEst.. lAgi bEst kalu dapAt pOsting kAt siNi.

Sunday, December 7, 2008

tiPs mEnangaNi aNAk


bismillah...
alhamdulillah, akhirnya ana jumpa juga artikel berkaitan penjagaan anak ni dari seorang sahabat.

alam kanak-kanak sangat penting bagi seseorang individu
kerana pada masa ini kanak-kanak mula menguasai pergerakan asas, mula mengenal diri dan fungsi-fungsi tubuh badan mereka. sekiranya kita orang dewasa silap percaturan dalam mendidik mereka, akan terhasil kah para tentera Islam yang sanggup mempertahankan agamanya apabila dewasa kelak seperti yang telah ditonjolkan oleh Saidina Ali? menjadi pAnglima Perang di uSia rEmaja.

sebagai bakal guru/ibu/bapa/pengasuh/kakak/abang atau siapa2 yang terlibat dengan kanak-kanak tips ini sangat berguna sebagai salah satu wasilah untuk mengurus kanak-kanak. ana dah cuba mempraktik beberapa perkara dan hasilnya sangat memberangsangkan. :)

anTAranya:

1) Jangan pukul anak dari lutut keatas

2) Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control

3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya . Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak

Sabda Rasulullah s.a.w. "Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)" dimana yang nak dipukul tu? Tapak kakinya ... bukan muka, punggung, telinga dan ditempat-tempat yang sensitif... itu salah...

4). Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).

5). Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)

6). Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang
(Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)

7). Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan
(Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).

8). Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.

9). Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

10). Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

11). Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

12). Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.

13). Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.

14). Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

15). Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

16). Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.

17). Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri
mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.

18). Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga
dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

19). Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,

20). Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

21). Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah.
Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

22). Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.


"anak- anak ibarat kain pUtih. iBu bApa laH yanG mencoRakkanNya menjaDi yAhudI, nAsRani atAu mAjusI"

cAra meMasukkAn wAktU solAt daLAm bLog Anda


bismillah...

syukran jazilan pada sahabt yg memberi ana tips ini. sangat berharga.

ilMu tAnpa Amal ibArat poHon tAnpa bUah

1. klik free azan software pada blog ana

2. seret cursor pada calendar dan klik add calendar to your site

3. pilih mana2 kalendar yang shbt berkenan. contohnya ana pilih no 2

4. klik select a country dan choose Malaysia. klik butang Go

5. pilih main cities berhampiran anda. Contohnya Kuala Lumpur

6. pada ruang Prayer Times Calculation Methods (For Fajr and Isha Prayers )tanda Egyptian General Authority of Survey --->

7. pada ruang Juristic Methods (For Asr prayer): tanda Standard (Imams Shafii, Hanbali, and Maliki)

8. klik generate code dan copy kod tersebut

9. pilih kedudukan mana yang sahabat suka sama ada dalam keadaan melintang atau menegak.

10. Colour dan nama waktu solat boleh diubah mengikut kesesuaian minat masing-masing. bila dah puas hati jangan lupa generate dan copy kod baru yang telah diubah suai.

11. buka blog masing-masing

12. klik customize

13. buka bahagian page elements dan klik add a gadget

14. plih gadget yang basic. pilih HTML/JavaScript

15. tulis title dan paste kod yang telah sahabt copy pada content

16. klik butang save

17. return to your blog dan lihat perubahan yang berlaku

moGa dengan sedikit input yang diberi dapat diikuti bagi kemudahan sahabt2 ana. cara ini boleh diaplikasi utk apa2 gadget yang kita cari dari website lain. ada apa2 prob boleh tglkan msj pada ruang chatbox ana. insya-Allah ana bantu mana yang ana mampu.

SELAMAT MENCUBA

Saturday, December 6, 2008

ciTe sEmbEliH...


bismillah.....

alhamdulillah, tak lama lagi kita akan menyambut ibadah korban
kat surau ana ni lembu pun dah mai, 5 ekor semuanya
tapi waktu sembelihan nanti confirm ana takkan tengok
bukan kesian atau ada apa2 perasaan kat lembu2 tu tapi takut ana pula yang rebah sama2 dgn lembu tu :)
surender awal2 tak mau g tgk

setakat ni jenis sembelihan yang ana boleh tgk
org sembelih ayam
ana pun pernah sembelih ayam gak
satu pengAlamAn yAng tak Dapat dIlupAkan saMpai bIla2
mAcam tAk pErcaYa puN adA

mAsa tU memAng buAt2 bEraNi
saMpai Kol mAk haBAq nK seMbelih Dah ni
takUt jAdi aPa2 maSa semBelIh ayaM tu
seKurang-KuranGnyA mak Tahu kEnapA aNAk dia Rebah tEtiba
tApi tAk jAdi apa2 pUn
cuMa aYAm tu BerjaYa diseMbelih daN dipAnggang mAlam pRog tu

kEberaNian keNA diPupuk
seDikit dEmi Sedikit
lePAs da pAS semBEliH ayAm
ana Try dErma DaraH maSa kEmpeN dErma dArah kAt tmpt anA studI
mcm2 PerIstIwa mEnArik tErjAdi ..........................................to be continued

keLebIhan zUlhijJaH



Ahad 9 zulhijjah
bersamaan 7 Dis 2008
.
HARI ARAFAH :
sunat muakkad berpuasa
Akan Memadamkan dosa setahun yang lalu dan setahun akan datang .. mafhum Hadis Muslim
.
AMARAN NABI SAW ...
Sesiapa yang ada kemampuan tetapi tak mahu melaksanakan Ibadah Qurban , maka jangan dia hampiri musolla (tempat solat) kami ... ...mafhum hadis .
.
"SELAMAT MENYAMBUT AIDIL ADHA"

pEneraPAn pEneGuhAN pOsitIF dAlaM instItusi usraH


bismillah..

Alhamdulillah, akhirnya tercapai juga cita-cita ana nak

bawak adik-adik kesayangan keluar beriadah sambil

merapatkan hubungan silaturrahim.
niat paling uTama seBenArnyA tak

NAk baGi adIk-adIk ni tIdur baLik lepas SolaT Subuh, jAdi

gunAkan aLasaN pErgi Jogging uNtuk mEnarik mInat mEreka.

sebEnarnyA kaEdah iNi anA belAjaR dALam pSikolOgi pEndidikaN. kAlu

kIta menghAraPkan sEseOrang uNtuk melAkukAn sesuAtu uNtuk kIta, kiTA

kena bagi peneguhan Dalam bEntuk Positif biAsanya.

cOntoHnya, bAgi

hadiAh, pUjiAn atAu apA-aPa yanG diA suKA. SelaIn diA buAt kerJa

kitA, huBungAn silAturraHim juGA TerjAlin.
seDar atau tAk sebenaRnyA

kAedah penEguHAn Ini juGA daPat dIgunaKAn baGi seseBuah iNstitusI

usRah.

sebAGai nAqib ataU nAqibah kiTA kenA taHu kehendaK ahLi usRah


kIta bAru senAng kiTa naK berUrusan denGAn meReka daLAm seSuatu

pErkaRa. nAqib @ naQibah pErlu sEdar bahAwa seTiap oraNg mempUnyai

pOtensi dan kEhenDak YanG bErbeza.

kitA sebagai nAqib @ nAqibah jugA

berbeza antarA saTu samA lain tetapI jangAnlah terlAlu mEngiKut

keheNdaK hatI. apAbilA menGAku diri bErgelAr seOrang pEjuang, mAKa

tiadA yang lEbih diHArapKAn meLaInkan keRedhaan Allah seMata.


" sesungguhnya Allah Telah membeli dari orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah lalu mereka membunuh atau terbunuh. itu telah menjadi janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al-Quran. Dan siapakah yang leBih menepati janjinya selain dari Allah? maka bergembIralah denGan juAl beli yAng telAH KAmU lakukan Itu, daN itulAh kemeNAngan Yang beSar" (Surah At-Taubah,9:111)

pErancAnGAn hIduP seOranG mUsliM..:)





BISMILLAH...

Bersempena dengan cuti skolah ni

ana nak mangajak sahabat2 kita lakukan satu anjakan paradigma dalam hidup kita

kalu selama ni masa cuti kita habiskan dengan menonton tv, surf internet, makan, tido dll,

kali ini kita buat satu perubahan

berikuT meRupaKan caDangAn pErubaHAn:
1. Dari sEgi kEmantaPan iLmu

- bacA bukU ataU mAjalAh yanG berfAedAh

- conTohnYa, bUku sIrah Nabi, Para saHabat, oRang2 Soleh

- mAjalaH i, kosMik, Dewan mAsyarakaT, mIlenia

- pAling pEnting Al-Quran wAjib dIbaca Setiap hAri.

2. Dari Segi keMAntApaN fiZikal

- bErsukaN sekUrang-kUrangnYA sEkali SeminggU

- tOlong mAk aYAh bErsihkAn rumaH terUtamAnyA bagI yanG doK

asRamA.iNilaH maSa yang pLg seSuai kIta nak BerjasA paDA oRang tUa kIta
- tOlonG cUcI kerEta atAu cAt maNA2 bAhagiAn yAng dAh pUdar

3. Dari sEgi KemaNtapaN rOhani

- mEnghAfaZ bebErapA suRah lazIm contoHnya jUzu` 30

- mEnghAfaZ bebeRapa hAdis kArangAn imAm nAwawi.

- melAkukAn soLAt dHuha sEkali seMinggu

- bUAt sOlat suNat rAwatiB sEkali seHari

- SolAt fardU janGan diLupa 5 kaLi seHAri

4.
Dari seGi KemAhiRan

- cAri kErja yanG sesUai denGAn jiWa sEbagaI seoRang farDu MuslIm.

paling peTing Solat jAngan tinggaL daN aUrat dijAga. bAru bErkaT duiT
gaji

- tOlong seDiakaN hiDangan tgh Ari@SaraPan pG@mKn mAlam@mInum pEtang.

sKurang-kUrangnyA kiTA mEringAnkAn bebAn orAng laIn. insya-Allah beBan

kIta akaN diRingankan Allah pUla.

pOkoknya, amaLAn kiTA keNA diTambah dari seHari ke seHari. iNgat, Umat Islam adAlah banGsa Yang bErjaya andaI IsLam iTu betul2 diJAdikAn kEhiduPAn

"ISLAM IS THE WAY OF LIFE"

buaTmu wAniTa SolehaH..


sAlah sAtu hObi anA mencarI artikEl ttg keLebihan wanIta
pUisi Ini bUkan kuReka tapI kuTuju kHas buAt akhAwat yanG kuSyangi..


Wanita solehah itu aurat dijaga,

Pergaulan dipagari,

Sifat malu pengikat diri,

Seindah hiasan di dunia ini.

Keayuan wanita solehah itu,

tidak terletak pada kecantikan wajahnya ,

Kemanisan wanita solehah ,

tidak terletak pada kemanjaannya,

Daya penarik wanita solehah itu ,

Bukan pada kemanisan bicaranya yang mengoncang iman para muslimin,

Dan bukan pula terletak pada kebijaksanaannya bermain lidah, memujuk rayu ,

Bukan dan tidak sama sekali,

Kepetahan wanita solehah ,

Bukan pada barang kemas atau perihal orang lain,

Tapi pada perjuangannya meningkatkan martabat agama.

Nafsu mengatakan wanita cantik dengan paras rupa yang indah bak permata

Yang menyeri alam,

Akal mengatakan wanita cantik atas kemajuan dan kekebalannya dalam ilmu

Serta pandai dari segala aspek ,

Hati menyatakan kecantikan wanita hanya pada akhlaknya,

Itupun seandainya hati itu bersih untuk menilai.

Wahai wanita jangan dibangga dengan kecantikan luaran ,

kerana satu hari nanti ianya akan lapuk di telan zaman,

Tetapi jaga dan peliharalah kecantikan dalaman ,

Agar diri ini bersih dan sentiasa mendapat Rahmat ilahi,

Wahai wanita jangan berbangga dengan ilmu duniawi yang kau kuasai ,

kerana ada lagi manusia yang lebih berpegetahuan darimu ,

Wahai wanita jangan pula berdukacita atas kekurangan dirimu,

kerana ada lagi insan yang lebih malang darimu ,

Wahai wanita solehah jangan dirisau akan jodohmu,

Kerana muslimin yang bijaksana itu tidak akan terpaut pada wanita hanya

Kerana kecantikannya ,

Bersyukurlah diatas apa yang ada .

Serta berusaha demi keluarga ,bangsa dan agama.

Salam perjuangan untuk sahabatku ,

Wanita solehah.

"Wanita hiasan dunia ,Seindah hiasan adalah wanita solehah"

sChooL hOlidAys



bismillahirahmanirrahim...

sedar atau tak kita dah hampir mengakhiri penghujung tahun 2008
pernah tak kita renung-renungkan dan fikir-fikirkan apa yang kita dah buat sepanjang tahun ni..
jangan jadikan tahun depan lebih teruk dari tahun ini
so, dalam cuti ni ana nak sarankan sahabat2 buatlah rancangan yang terbaik untuk tahun yang terbaik dalam hidup kita

dalam cuti skolah ni, ana berkesempatan ke kelantan
satu perkara yang ana tertarik ialah dalam waktu cuti guru-guru kat sana masih beri kerja sekolah pada anak muridnya
barulah cuti adik-adik kita bermanfaat
kerja sekolah dalam cuti
ana sangat menyokong
so, guru-guru kat negeri lain boleh ambil contoh dari sesi pembelajaran yang dijalankan kat Kelantan

ambil yg jernih, buang yang keruh
demi anak bangsa akan ku lakukan apa sahaja

Friday, December 5, 2008

harap maaf

salamunalaik
harap maaf
blog dalam pembaharuan