Showing posts with label laughter is the best medicine. Show all posts
Showing posts with label laughter is the best medicine. Show all posts

Monday, November 16, 2009

joM uji MindA kaLu berAni

Di bawah ada ( 4 ) soalan dan satu soalan bonus. Anda perlu menjawab dengan pantas. Anda tidak boleh mengambil masa, perlu menjawabnya segera. OK?


Mari cuba, lihat sendiri berapa pantas dan hebatnya diri anda.....




Ready? jO!!!
(lihat bawah)

Soalan Pertama:


Anda menyertai perlumbaan. Anda mengejar dan memotong orang yang kedua. Sekarang Anda ditempat yang ke berapa?




Jawapan:
Jika jawapan anda tempat yang pertama, sudah tentu jawapan anda salah! Jika anda memotong orang kedua sudah tentu anda mengambil tempatnya, tempat kedua!

Cuba jangan lihat atas semula untuk soalan seterus.
Sekarang jawab soalan kedua, tetapi jangan ambil terlalu banyak masa seperti soalan pertama OK ?

Soalan Kedua:

Jika anda memotong tempat orang yang terakhir, jadi anda di tempat...? (lihat bawah)


Jawapan:
Jika jawapan anda tempat kedua terakhir, anda salah lagi... Jawapanya, ada tetap ni kedudukan no 2. Sebabnya, sebelum anda memotong orang terakhir, orang pertama yang berada didepan anda terlebih dahuhulu memotong orang itu..haha… anda masih kurang bijak…

Adakah anda pantas dan cerdek, tidak begitu rupanya.?



Soalan Ketiga:

Soalan kira-kira bermuslihat!
Perhatian: Ini mesti dilakukan tanpa menggunakan fikiran sahaja . Jangan guna kertas dan pensil atau mesen kira-kira. Cuba lah...



Ambil 1000
dan campur 40 . Sekarang campur lagi 1000 . Campur lagi 30 .... Campur lagi 1000 . Campur lagi 20 ... Campur lagi 1000 . Campur lagi 10 ... Berapa kah jumlah semua?


Lihat bawah untuk ...jawapan.. ..




Adakah jawapan anda 5000
?


Jawapan sebanar adalah 4100.



Jika anda tak percaya gunakan mesen kira-kira.!
Mungkin ini bukan hari anda kan? Mungkin anda boleh jawab soalan yang akhir ini dengan betul ... Cuba.


Soalan keempat:

Bapa Mary ada
seramai lima orang anak gadis: 1. Nana, 2. Nene, 3. Nini, 4. Nono. Apakah nama anak gadisnya yang terakhir?

Adakah jawapan anda Nunu? Salah! sudah tentu Salah.
Namanya Mary.
Baca semula soalan!



Okay, cuba jawab soalan bonus:


S orang bisu pergi ke mini-market untuk membeli sebatang berus gigi. Dengan mengayakan lakunan memberus gigi ia berjaya menerangkan hasratnya kepada pekedai dan ia berjaya membeli berus gigi itu.


Seterusnya, seorang buta pergi ke mini-market, untuk membeli cermin mata hitam, bagaimaa dia menerangkan kepada pekedai itu hasratnya. ...?


Dia hanya membuka mulutnya dan menyebut apa yang dihajati


Mudah sahaja.

Sunday, September 13, 2009

Pantun raya pelbagai versi

Kelantan...

Make ikke cicoh budu

Jange lupo tamboh satar

Kelik rayo taksir laju

Nanti rayo dale sepita


Pahang...

Sepadan Pahang ada kasino

Nasi dagang ikan patin

Jange mu masam muko

Raya makan rendang sadin

Johor...

Cegitu cegini awak suke

Awak suke kite tak suke

Esok luse hari raye

Sama-sama bersuke rie

Melaka...

Hawau kau berak merate

Kaki bengkak ulau patok

Kalu balik naik kerete

Jangan pandu kalau ngantok

N. Sembilan...

Masak lomak cili api

Campo dongan daun turi

Hari rayo kolumpo sopi

Tinggal penyamun dongan pencuri

(org kolumpo jgn kocik ati!!)

Selangor/K.Lumpur. ..

Wa cakap lu wa tak tau

Tapi wa tipu sama lu

Raya jangan buat tak tau

Angpau ada bagi gua dulu

Perak...

Gulai tempoyak ikan mayong

Deroyan busok tebok tupai

Pandu hemat ingat kampong

Asal teman selamat sampai

Kedah...

Aloq Staq terketaq-ketaq

Lapaq perut makan pau

Macam mana tak ketaq

Kena paksa bagi angpau

Penang...

Nasi kandaq kedai mamak

Anak mami juai pesemboq

Lepas raya usah dok triak

Kalu ceti mai ikut dapoq

Perlis...

Padang besaq kecik aja

Tempat siam lalu lalang

Hari raya kita berbelanja

Jangan sampai menambah utang

Tuesday, December 16, 2008

keTawa pEnguBat jIwA

Che'gu Nasyor PART I

Che'gu Nasyor sedang mengendali kelasnya dalam aktiviti sukan di padang
sekolah. Seperti biasa, Che'gu Nasyor akan menyuruh murid²nya melakukan
regangan otot. Tiba di satu bahagian, dimana murid² baring dan mengankat
kaki lalu menggerakkannya seperti sedang mengayuh basikal. Che'gu Nasyor
asyik memerhati seorang muridnya yang pada mulanya menggerakkan kakinya
tiba² memberhentikan kakinya. Lalu Che'gu Nasyor menyergah muridnya yang
bernama Man Tapah.
"Woiiii Man, apa sebab kau berhenti ni hah"
"Oh Che'gu Nasyor, basikal saya tengah turun bukit Che'gu, sebab tu saya
berhenti.Takkan nak kayuh jugak.

Che'gu Nasyor PART II
Waktu sekolah telah tamat.sebelum keluar kelas, Che'gu Nasyor telah bertanya
kpd murid²nya.
Che'gu : Siapa nak masuk/pergi syurga?
Semua murid mengangkat tangan kecuali Man Tapah lalu Che'gu Nasyor pun
berkata,
Che'gu : Man, kenapa awak tak nak pergi/masuk syurga?
Man : Mak saya kata lepas habis sekolah, terus balik rumah.. jangan pergi
mana-mana.


Che'gu Nasyor PART III
Che'gu Nasyor sedang mengajar Bahasa Melayu dalam kelas 1 Mawar...
Che'gu : Man, boleh kamu buat ayat dengan menggunakan perkataan tepong?
Man : Itu senang saja cikgu.. ayatnya ialah... . emak sedang membuat kek di
dapur.
Che'gu : Mana tepungnya??
Man : Tepong kan ke dalam kek tu... . Che'gu nie tak sekolah ke hape??


Che'gu Nasyor PART IV
Seperti biasa, Che'gu Nasyor nie mengajar pelajar di Sekolah Agama. Che'gu
Nasyor mengajar budak tahun satu.Pada hari tersebut, beliau mengajar bab
"cara berwudhuk"
Selepas mengajar, beliau (Che'gu) selalu meminta muridnya bertanyakan soalan
jika terdapat kemusykilan.
Che'gu : Ada sesiapa hendak bertanyakan soalan?
Tiba² seorang anak muridnye mengangkat tangan, nama murid tu adalah Man
Tapah
Man : Ada Che'gu. saya ada satu kemusykilan. Boleh tak kita ambil wudhuk dua
kali?
Che'gu : Boleh, tapi kenapa sampai dua kali ambil wudhuk?
Man : Saya ambil dua kali sebab kalau saya terkentut, wudhuk lagi satu tu
boleh buat spare part!
Che'gu : Allahhuakbarr!!!

Che'gu Nasyor PART V
Che'gu Nasyor : Joe, cuba terangkan apakah tugas akar pokok pisang?
Joe : Untuk mencari makanan, che'gu
Che'gu Nasyor : Bagus! Sekarang giliran Wati pulak. Apakah tugas batang
pokok pisang?
Wati : Untuk membawa makanan yang dicari akarnya, che'gu
Che'gu Nasyor : Bagus! Sekarang giliran Man Tapah pula. Apakah tugas daun
pisang?
Man Tapah :untuk membungkus nasi lemak, che'gu...
Che'gu Nasyor : uii... lagi bagus... berdiri atas meja sampai habis kelas...