Friday, August 28, 2009

10 WasiaT iMam hAsan Al-bAnnA

1.Apabila kamu mendengar azan, segeralah bangun sembahyang serta-merta walau bagaimana keadaan kamu sekalipun.

2. Bacalah Al-Quran atau tatapilah ilmu atau pergilah mendengar perkara yang baik atauberzikir. Janganlah sama sekali membuang masa dalam perkara sia-sia.

3. Berusahalah sedaya-upaya untuk bertutur dengan Bahasa Arab Fushohah kerana iamerupakan satu satu syiar islam.

4. Janganlah banyak berdebat dalam apa perkara pun kerana pertengkaran kosong tidak membawa kepada sebarang kebaikan.

5. Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.

6. Jangan banyak bergurau kerana umat yang berjihad sentiasa bersungguh dan serius dalam setiap perkara.

7. Jangan bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar.

8. Jauhi daripada mengumpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuh an dan jangan bercakap melainkan perkara yang mendatang kebaikan.

9. Berkenalanlah dengan setiap rakan yang saudara tidak di minta berbuat demikian kerana asas-asas dakwah kita ialah berkasih sayang dan berkenalan.

10. Kewajipan lebih banyak dari waktu, oleh itu bantulah rakanmu untuk memanfaatkan waktunya dan jika saudara berurusan, maka singkatkanlah masa perlaksanaan

raHsia Peribadi MelaLui buah kegemaRan...


1. Jenis limau contohnya oren, lemon, limau nipis dan limau barli

Kamu cenderung kepada warna2 cerah dan gemarkan sesuatu yang mencabar.
Rakan2 kamu pula gemar merujuk sesuatu perkara mahupun masalah kepada kamu.
Ini kerana kamu sendiri mempunyai kemampuan dan kebolehan yang unik sehingga rakan2 kamu yakin dengan nasihat dan pandangan kamu itu. Orang luar sukar untuk menilai dan mengenal diri kamu yang sebenarnya.
Mungkin mereka boleh mengenali kamu dengan lebih rapat, namun ia memakan masa yang agak lama.
Kadangkala kamu hanya peruntukkan masa yang singkat untuk bersendirian.
Kamu gemar berehat dan bersendirian hanya untuk tempoh seketika. Rakan kamu akan berasa senang dan tenang bila meluangkan masa dengan kamu.
Kamu tergolong antara individu yang gemar bergembira dan menggunakan waktu yang terluang dengan sebaik mungkin melakukan perkara2 yang menyeronokkan kamu.


2. Buah2an tropika contohnya pisang, betik, jambu, kiwi dan nanas

Kamu sukakan pengalaman2 yang baru.
Kamu gemar mencuba pelbagai jenis buah2an dengan pelbagai perisa sebanyak dan sekerap yang boleh.
Orang di sekeliling kamu selalu menghadapi masalah dengan kamu kerana cara hidup kamu yang terlalu aktif.
Kamu tidak sukakan sesuatu yang melibatkan kesakitan pada emosi kamu.
Kebiasaannya pasangan kamu terdiri daripada individu yang tenang berbanding kamu dan semestinya si dia menerima kamu seadanya.
Kamu gemar meluangkan masa dengan individu yang akrab dengan kamu.
Teman2 beranggapan diri kamu seorang yang mudah didekati dan gemar berseronok. Hakikatnya kamu ada pendirian tersendiri.
Kamu tidak suka menunjukkan kesedihan pada orang sekeliling.
Simbol kamu itu melambangkan kamu seorang yang suka mengambil berat dan gemar berseronok.


3. Jenis buah ladang .Contohnya epal dan pear

Kata kuncinya ialah kekuatan.
Kamu bukan sahaja kuat pada diri sendiri tetapi kamu juga mampu menjadi tunjang kekuatan oleh individu yang berada di sekeliling kamu.
Ini kerana kamu bijak membebaskan diri kamu dari tekanan hidup dan kamu sendiri tidak mudah mengalah.
Sikap pentingkan diri sendiri tidak terkandung dalam keperibadian diri kamu.
Kamu cenderung berdiri atas kaki sendiri, tidak bergantung harapan kepada orang lain untuk hidup.
Ramai beranggapan kamu adalah seorang yang berpengetahuan luas dan itulah hakikatnya. Kamu gemar mencari ilmu dan berusaha melakukan sesuatu yang terbaik dalam kehidupan kamu berdasarkan pengetahuan yang dimiliki.
Kejayaan pasti menyebelahi kamu dalam setiap yang kamu lakukan.


4. Jenis tembikai contohnya tembikai dan tembikai susu

Seorang yang murah hati dan gemar menghulurkan bantuan kepada yang memerlukannya.
Bagi kamu, wujudnya kepuasan apabila kamu berjaya membantu orang lain.
Kamu berhati2 dalam memilih tumbuh2an yang ingin ditanam di kawasan tempat tinggal kamu.
Kamu memiliki ramai teman rapat, ini kerana kamu memiliki keperibadian yang romantik.
Kamu berusaha gigih bagi mengatasi kegagalan atau
kekecewaan dalam hidup.
Melambangkan seorang individu yang berhati2.


5. Buah2an jenis beri .Contohnya blackberi, blueberi, strawberi, rasberi, cranberi, anggur dan tomato


Kamu gemarkan party dan keseronokan.
Suka menggembirakan orang lain dan mudah mendapat teman baru kerana kamu seorang yang ramah.
Kamu berusaha melakukan apa sahaja untuk menjadikan sesiapa sahaja sebagai teman.
Bercita rasa unik hinggakan makanan yang menjadi pilihan kamu adalah terdiri daripada makanan2 yang berperasa lain daripada yang lain.
Personaliti kamu sukar dinilai kerana wujudnya kepelbagaian personaliti dalam diri kamu.
Walau bagaimanapun, keseluruhan personaliti ini saling berkait rapat dan sekali gus menonjolkan diri kamu yang unik dan memiliki keistimewaan tersendiri. Simbol kamu melambangkan kamu seorang yang berpesonaliti.


6. Jenis kekacang .Contohnya walnut, hazel, gajus dan lain2

Seorang yang moody.
Kekadang mood kamu berubah2 tanpa sebab.
Ketegasan adalah lambang keperibadian kamu.
Sekiranya kamu yakin kamu dipihak yang benar, kamu pasti berdegil dengan pendirian kamu itu.
Orang yang berada di sekeliling kamu akan sentiasa bersikap lebih berhati2 kerana kedegilan kamu itu.
Dalam percintaan, kamu adalah individu yang setia.
Sanggup mengetepikan teman2 hanya kerana ingin meluangkan masa dengan si dia.
Untuk mengenali kamu, seseorang itu perlu memperuntukkan waktu yang agak lama bagi memahami dan mengenali kamu dengan lebih dekat.
Walau bagaimanapun, kesabaran dan kesungguhan individu itu pasti berhasil jua akhirnya.
Simbol kamu ini membuktikan kamu adalah seorang yang berpendirian.


7. Buah2an jenis labu .Contohnya kundur

Kamu seorang yang berpandangan jauh.
Bagi kamu, wujudnya pelbagai perkara yang berlaku di dunia ini dan segala2nya melebihi dari pa yang mampu manusia lihat.
Kamu sering berperasaan curiga.
Individu di sekeliling kamu seakan terkejut dengan pengetahuan yang kamu miliki.
Boleh dikatakan setiap persoalan yang mampu kamu huraikan akan menjadi satu kejutan terhadap teman2. Mereka akan bergantung kepada kamu dan sikap ambil berat kamu itu pasti dihargai.
Tekanan kerja yang kamu alami akan mendukacitakan kamu, tetapi lama kelamaan semangat kamu akan kembali pulih malah kamu lebih bersedia dalam menangani cabaran2 yang mendatang.
Cenderung pada warna2 yang pelbagai.
Kamu melambangkan diri kamu seorang yang bersopan santun dan memiliki hati yang lembut.


Walau apapun buah2an kegemaran anda, ia tidak semestinya sama dengan apa yang dinyatakan. Yang pastinya setiap orang mempunyai keperibadianya tersendiri.

manGkuk yAng cantiK, mAdu dan Sehelai ramBut

Rasulullah SAW, dengan sahabatnya Abu bakar ra, Umar ra, Utsman ra dan Ali ra, bertamu ke rumah Ali ra. Di rumah Ali ra istrinya Sayidatina Fatimah r.ha. putri Rasulullah SAW menghidangkan mereka madu yang diletakan didalam sebuah mangkuk yang cantik, dan ketika semangkuk madu itu dihidangkan, sehelai rambut terikut didalamnya.

Baginda Rosulullah SAW kemudian meminta semua sahabatnya untuk membuat perbandingan terhadap ketiga benda tersebut (mangkuk yang cantik, madu dan sehelai rambut).

Abu bakar r.a. berkata,"Iman itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, orang yang beriman itu lebih manis dari madu, dan mempertahankan iman itu lebih sulit dari menjaga / meniti sehelai rambut ini.

Umar r.a. berkata,"kerajaan itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, seorang raja itu lebih manis dari madu, dan memerintah dengan adil itu lebih sulit dari meniti sehelai rambut ini.

Utsman r.a. berkata,"ilmu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, menuntut ilmu lebih manis dari madu, dan beramal dengan ilmu yang dimiliki lebih sulit dari meniti sehelai rambut ini.

Ali r.a. berkata,"tamu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, menjamu tamu itu lebih manis dari madu ini, dan membuat tamu senang sampai kembali pulang kerumahnya lebih sulit dari meniti sehelai rambut ini.

Fatimah r.ha. berkata," seorang wanita itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, wanita yang beriman lebih manis dari madu ini, dan mendapatkan wanita yang tak pernah terlihat oleh orang lain kecuali olah murimnya sendiri lebih sulit dari meniti sehelai rambut ini.

Rosulullah SAW berkata,"seorang yang mendapat taufik untuk beramal adalah lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, beramal dengan amal yang baik itu lebih manis dari madu, dan berbuat amal dengan ikhlas adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut ini.

Malaikat Jibril AS berkata,"menegakkan pilar-pilar agama itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, menyerahkan diri,harta dan waktu untuk urusan agama lebih manis dari madu, dan mempertahankan agama sampai akhir hayat lebih sulit dari meniti sehelai rambut ini.

Allah S.W.T berfirman,"Surga-Ku lebih cantik dari mangkuk yang cantik itu, nikmat surga-Ku itu lebih manis dari madu, dan jalan menuju surga-Ku adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut ini.

kutipan : dari majalah cahaya nabawi

Ramadhan Checklist

bISmiLLah....

1. Fasting is not just refraining from eating and drinking, but it is also refraining from everything else that Allah has forbidden.


2. Intend to fast every day with Iman and pure intention seeking the reward from Allah alone. The Prophet peace be upon him said,
"No servant fasts on a day in the path of Allah except that Allah removes the hellfire seventy years further away from his face."

3. Read the whole Qur'an at least once during the month as the Prophet peace be upon him did.


4. Have Suhoor (daaku) as the Prophet peace be upon him said, "Have Suhoor because it is blessed".
It is considered best to delay it (that is, as close to dawn a possible).

5. Make Du'a during the fast because the Prophet peace be upon him said that three people's supplication is not rejected- one of them is the fasting person. Ask for the good of this life and the next for yourself, your family and Muslims in general.


6. Make Du'a before opening the fast. The Prophet peace be upon him said, "The fasting person has a supplication that is answered when he opens his fast".


7. Give Sadaqah and be good to people. The Prophet peace be upon him was the most generous of people and he was most generous in Ramadan.


8. Avoid anything that diminishes the fast such as, lying, backbiting, cheating, getting angry. The Prophet peace be upon him said "Whoever does not give up false statements (i.e. telling lies), and evil deeds, and speaking bad words to others, Allah is not in need of his leaving his food and drink (fasting)." [Bukhari]


9.
It is preferred for the fasting person to hasten in breaking the fast when the sun has set. Do not eat too much after Iftar


10. Ask for forgiveness since this is the month Allah frees people from the fire.

11. Pray At-Tarawih with Khushoo. If you pray in the Masjid complete the Salah with the Imam. If you pray at home prolong the Salah as long as you can. The Prophet peace be upon him said, "Whoever prays during Ramadan with Iman and seeking reward (from Allah) his past sins will be forgiven".


12. Being generous and studying the Qur'an is recommended during any time, but it is especially stressed during the month of Ramadan. Feed the poor and invite others for Iftar. The Prophet peace be upon him said, "Whoever gives Iftar to someone fasting he will have the same reward without decreasing the reward of the person fasting".

13. Try harder the last ten nights especially the odd nights. The prophet would strive in Ramadan more than he would in any other month and more so in the last ten days.

14. Say this Dua in the nights that Laitul-Qadr is likely to fall on: Allhumma innaka afuwun tuhibbul-afwa fa'fu anni (O Allah you are Forgiving and love forgiveness so forgive me).

15. Abu Sa'id al-Khudri reported that the Prophet, (P.B.U.H), said: "Whoever fasts the month of Ramadan, obeying all of its limitations and guarding himself against what is forbidden, has in fact atoned for any sins he committed before it."

Wednesday, August 26, 2009

ujiAn keserasiAn...bErminat?

bismiLLAh...

entry kali ini diamBiL dari emel yg da menjangkau 3000 lebih tak di baca. baru nk baca satu persatu. ana lebih suka paparkan perkara yang membuat kita lebih mengenali diri kita siapa. bukankah dengan mengenali diri maka kita akan mengenal pencipta?

Assalammualaikum. ..

Kali ini saya nak kongsi dengan anda tentang tips2 memilih pasangan.. tips nie sesuai untuk mereka yang masih hendak mengikat tali pertunangan tetapi masih ragu2.

Untuk menduga sama ada pemilihan pasangan hidup anda itu sesuai atau tidak, silalah tiap-tiap seorang yang mahu mengikatkan pertunangannya itu menjawab pertanyaan-pertanya an yang berikut dengan "Ya" atau "Tidak". Sediakan pen & kertas, tulis no 1 hingga 20. Kalau jawap "Ya" tanda right.. kalau "Tidak" tanda pangkah.. soalan-soalannya. ..

(1) Adakah anda berdua mempunyai semangat pergaulan yang sama atau hampir sama?

(2) Adakah anda berdua mempunyai sikap yang sama terhadap nilai-nilai hidup yang luhur, juga sama-sama bersikap lapang fikiran?

(3) Adakah tiap-tiap seorang dari anda berdua ini saling hormat menghormati dan berpuas hati terhadap pekerjaan masing-masing?

(4) Adakah bakal tunang anda itu sudah matang umurnya?

(5) Adakah bakal tunang anda itu terkenal dalam kalangan sahabat temannya sebagai seorang yang amanah, jujur dan tidak selalu menguzurkan diri?

(6) Adakah anda berdua sudah lama berkenalan?

(7) Selama perkenalan anda degannya pernahkah terjadi sesuatu yang mengeruhkan perhubungan anda berdua?

(8) Adakah sidia itu seorang yang tidak meninggalkan solatnya?

(9) Adakah rancangan perkahwinan anda berdua ini dipersetujui oleh keluarga kedua belah pihak?

(10) Adakah bakal tunang anda itu seorang yang patuh kepada kewajipan-kewajipan agamanya?

(11) Adakah bakal tunang anda seorang yang yang bukan kaki muzik dan bukan juga kaki rockers ?

(12) Adakah anda sudah memikirkan semasak-masaknya mengenai pilihan anda tersebut atau lebih didorong oleh nafsu?

(13) Adakah bakal tunang anda itu mempunyai perhubungan yang rukun damai dengan keluarganya?

(14) Adakah bakal tunang anda itu bukan merupakan kaki pokai atau pemboros?

(15) Adakah bakal tunang anda itu seorang yang mudah cemburu dan syak wasangka?

(16) Adakah bakal tunang anda itu seorang yang bertabiat tenang dan damai walaupun anda sendiri seorang yang pemanas dan perungus?

(17) Adakah anda berdua mempunyai pengetahuan dan pengertian yang wajar tentang kehidupan berumahtangga?

(18) Adakah bakal tunang anda itu seorang yang sederhana tabiatnya dan tidak termasuk dalam golongan kaki motor dan kaki perempuan?

(19) Adakah bakal tunang anda itu boleh memberikan didikan agama kepada anak-anak anda nanti?

(20) Dan yang penting sudahkah anda sembahyang sunat istikharah untuk menentukan pilihan anda itu baik untuk anda dan agama anda?

Kalau tiap-tiap seorang dari anda berdua dapat menjawab dengan "Ya" sebanyak 16 atau lebih dari pertanyaan-pertanya an di atas, maka itu membuktikan bahawa perkahwinan anda berdua akan berlangsung dalam kebahagiaan dan kejayaan. Kalau anda dapat menjawab "ya" kurang dari 15 pertanyaan, maka perkahwinan anda mungkin berjaya, tetapi banyak menghadapi gelombang-gelombang yang pahit. Sebaliknya kalau jawapan-jawapan "Ya" itu tidak sampai sepuluh, maka perkahwinan anda sukar bertemu kerukunan dan kedamaian.

Sekian sahaja untuk tips kali ini.

Wassalam.

JaduaL hArian SeoranG muSLim di Bulan Ramadan

biSmiLLah....

AlhamduliLLah masih diberi peluang untuk Bertaubat dari Segala doSa yang seriNg menlngkAri diri Ini...

post Kali ini ana dapT dari emel yg Dikirim daRi sahabaT2...tak MAu menuliS lAgi setakAt ni...Mood Menulis da hilAng.mungkin seBab faktoR diri senDiri pun yang Dah tak Terurus sangat..hu2..

4.00 pagi

Bangun

Berdoa kepad ALLAH dengan doa : Segala puji bagi ALLAH yang telah menghidupkan aku setelah DIA mematikan aku dan kepadaNYAlah aku akan dikembalikan. Berniatlah untuk melaksanakan sebanyak-banyak kebaikan hari itu. Mandi dan membersihkan diri. Mengambil wudhu dan memakai pakaian yang suci untuk beribadah, berwangi-wangian.

4.20 pagi
Solat Sunat Taubat

Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat taubat 2 rakaat kerana ALLAH Taala. Rakaat pertama selepas Al-Fatihah baca surah Al-Kafirun, rakaat kedua selepasAl-Fatihah baca surah Al-Ikhlas. Selepas sembahyang, angkatlah tangan memohon ampun kepada ALLAH. Menangislah menyesali dosa-dosa.

Solat Sunat Tahajjud

Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat tahajjud 2 rakaat kerana ALLAH Taala. Rakaat pertama selepas Al-Fatihah baca surah Al-Kafirun, rakaat kedua selepas Al-Fatihah baca surah Al-Ikhlas. Selepas sembahyang, angkatlah tangan berdoa kepada ALLAH.

Solat Sunat Hajat

Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat hajat 2 rakaat kerana ALLAH Taala. Selepas Al-Fatihah rakaat pertama baca ayatul Kursi 1 kali. Selepas Al-Fatihah rakaat kedua baca surah Al-Ikhlas 11 kali. Ketika sujud terakhir baca 11 kali dan sertakan di dalam hati segala hajat-hajat kita.

Solat Sunat Witir

Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat witir 2 rakaat kerana ALLAH Taala. Selepas salam, bangun lagi dan sembahyang witir 1 rakaat. Perbanyakkan berdoa kepada ALLAH dengan penuh rasa kehambaan, rendah diri, meminta-minta, merintih-rintih, agar ALLAH ampunkan dosa-dosa kita, taubat kita, terima amalan kita, memperkenankan doa dan permintaan kita.

5.00 pagi Makan Sahur - Menggosok gigi dan membersihkan sisa-sisa makanan di mulut.

5.28 pagi Bersiap menunggu waktu Subuh dengan membaca Al-Quran atau berselawat. Sembahyang sunat Subuh, sembahyang Subuh berjemaah. Selesaikan wirid harian di tikar sembahyang atau baca Al-Quran hingga terbit matahari.

7.00 pagi Membuat persiapan ke tempat kerja.

Melangkah ke tempat kerja dengan membaca Bismillah dan doa kepada ALLAHagar semua aktiviti kita diberkatiNYA. Sentiasa berselawat kepada Rasulullah SAW sama ada menyebutnya atau di hati. Banyakkan istigfar/meminta ampun. Melaksanakan kerja dengan bersemangat dan penuh bertanggungjawab. Datangkanrasa bahawa ALLAH sentiasa memerhati kerja-kerja yang di lakukan dan yakinlah DIA akan membalas segala kebaikan yang kita buat.

10.00 pagi Sembahyang Sunat Dhuha. Ia adalah sumber rezki yg berkat kalau istiqamah diamalkan.

Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat dhuha 2 rakaat kerana ALLAH Taala. Penuhi masa rehat tengahari dengan menambah ilmu atau membaca Al-Quran. Elakkan sungguh-sungguh dari melakukan dosa walaupun kecil dan perkara yg sia-sia.

Contoh dosa-dosa : mengumpat mengutuk, menyindir yang menyakitkan orang, bergaul bebas tanpa menjaga syariat seperti berbual dengan bukan muhrimmengenai perkara yang tiada sangkut paut dgn kerja.

12.45 tgh Bersiap untuk solat Zohor.

Menunggu waktu bersembahyang dengan berselawat. Solat Zohor berjemaah.Laksanaka n juga solat sunat Rawatib Bersujud. Syukur setelah selesai sembahyang sunat dan wirid sebagai berterima kasih kepada ALLAH yg memberi kita nikmat besar dapat menyembahNYA.

4.15 ptg
Bersedia untuk solat Asar.

Solat Asar berjemaah. Laksanakan juga solat sunat Qabliyah. Bersujud syukurlah setelah selesai sembahyang sunat dan wirid sebagai berterima kasih kepada ALLAH yg memberi kita nikmat besar dapat menyembahNYA.

5.30 ptg Membeli barang-barang keperluan berbuka dan sahur Tanpa berlebih-lebih. Ingatlah walaupun syaitan dirantai tetapi nafsu masih ada dlm diri kita !!!

6.30 ptg Memperbanyakkan doa sebelum berbuka. Kerana di waktu itu adalah masa yang mustajab doa. Ingatlah sabda Rasulullah SAW : "Ramai orang yang berpuasa, yang mereka dapat hanya lapar dan dahaga", merintihlah kepada ALLAH memohon agar amalan kita diterima.

Apabila masuk waktu magrib. Bacalah doa dan berbuka :
Wahai Tuhan, kerana Engkaulah aku berpuasa, kepada Engkaulah aku beriman dan dengan rezki engkaulah aku berbuka. Berbuka puasa dengan makanan manis seperti buah kurma dan meminum air, terus menunaikan solat maghrib berjemaah, setelah itu barulah makan makanan berat.

8.30 mlm Solat Isya' berjemaah dan diteruskan dengan solat Terawih. Cuba pertahankan solat terawih walau bagaimana keadaan sekalipun kerana fadhilatnya amat besar. Bacalah Al-Quran dengan penuh tawadhuk, seeloknya baca dengan bertadarus ( berkumpulan bergilir-gilir, seorang baca, yang lain menyemaknya) , cuba khatamkan membaca Al-Quran paling kurang satu kali sepanjang ramadhan. Kebanyakan imam-imam besar mengkhatamnya dua kali dalam sehari (60 kali sebulan Ramadhan)

11.00 mlm Memperbanyakkan istigfar sebelum tidur. Berniatlah utk puasa esok hari dgn berniat : Sahaja aku berpuasa hari esok untuk menunaikan puasa ramadhanyg wajib ke atasku , tahun ini kerana ALLAH Taala. ( JANGAN LUPA!!!) Tidur awal agar dapat bangun utk beribadah.

Bacalah doa sebelum tidur :
Dengan namaMU Ya ALLAH! Aku hidup dan mati. Ingatlah tidur adalah mati yg sementara, kemungkinan kita dipanggil ALLAH ketika tidur.

Saturday, August 22, 2009

Ahlan Ya Ramadan Kareem


bismiLLah...

alhamduliLlah. akhirnya dizinkan ALLAH memasuki bulan yang mulia iaitu bulan Ramadan. bulan yang dinanti selama 11 bulan. walaupun dah melalui 11 bulan, dan terasa lama dalam setiap bulan yang dilalui. tak sama dengan bulan ramadan. sebulan bagaikan seminggu.

ari ni da memasuki 1 Ramadan. tak lama lagi da memasuki 11 Ramadan. pastu 21 Ramadan. pastu dah 1 Syawal. bagi ana punyalah lama menunggu last2 sekejap ja jumpa da nak pergi.

disebabkan masa kunjungan Ramdan yang sedkit lah kita sebagai umat Islam kena memanfaatkan bulan ini sebaik-baiknya. disebabkan bulan ini adalah bulan yang ditunggu, kita kena manfaatkan sebaik mungkin. macam kita jumpa kekasih kita. kalu da lama tak jumpa mesti rindu sangat2, bila da jumpa masa tu lah masa yang terbaik untuk kita luahkan segala kerinduan kita. sama juga halnya dengan bulan Ramadan. bezanya sekiranya kita melazimkan diri dengan beramal ibadah bersungguh-sungguh, kita akan merasa perubahan untuk bulan yang berikutnya. begitulah hebatnya kelebihan yang Allah kurniakan pada makhluknya yang bergelar RAmadan.

masih belum terlewat unutk kita mula melatih diri melakukan amalan2 sunat disamping amalan fardu. ingatlah selagi hayat belum sampai di kerongkong, masih belum terlewat untuk kita bertaubat.