Saturday, December 29, 2012

Meting Sekolah 27-12-12



Assalamualaikum....
Apa kabar semua? Dah lama sangat tak menulis di blog. Akhirnya dapat juga kekuatan untuk menulis.
Antara azam baru kali ini ialah saya nak coretkan semua ilmu yang saya pelajari di sekolah sebagai guru baru. Moga dapat dijadikan panduan bagi sahabat2 guru yang lain dan sebagai cara untuk berkongsi pendapat dalam mendidik anak bangsa menjadi Cemerlang dan Terbilang.

Baru-baru ini telah dijalankan meting guru yang pertama. 27-12-12 d bilik mesyuarat. Antara agendanya ialah takwim sekolah, prasarana baru d sekolah (Pavilion)dan makluman jadual waktu (yang amat dinantikan oleh semua).

Meting awal2 sebelum buka skolah ni kadang2 boleh jadi tempat@ cara untuk melobi jawatan yang ada kat skolah. Macam2 perkara baru yang saya kena blaja untuk tahun 2013 nanti.

Antara jawatan yang ditaklifkan kepada saya ialah:
      1- Guru Kelas 4 Ibnu Yunus
      2- Bendahari Panitia Pendidikan Islam
      3- AJK Badan Kebajikan Guru
      4- AJK PSS
      5- AJK SPBT
      6- AJK Tunas Putri



                                             Fail Kelas + Buku Rekod Kehadiran Murid



Buku Rekod P & P 




Jadual Kelas 4 Ibnu Yunus


                                               


Jadual Waktu saya. 
Yang kosong2 tu akan diisi untuk kelas pra sekolah 8 masa.
Total 34 masa setakat ini.