Friday, May 22, 2009

stRess...ada HiKmah di SebaLik Sesuatu


bismiLLah...

tajuk dalam bulan2 ni semuanya berkisar tentang stress, tension, periksa...mungkin sebab bulan ni bulan peperiksaan. pastu dah nak cuti. nek cuti nanti program da bersusun. tinggal tunggu masa ja nak dilaksanakan.

bagi ana secara jujurnya memang rasa agak tertekan bila jadual dah bersusun berderet-deret tapi pada masa yang sama ana hepi sebab masa ana tak habis dengan sia-sia. sekurang-kurangnya ana masih menyumbang kebaikan pada ummah dan masyarakat sekeliling.

selagi diri ini masih berdaya akan kuguna seluruh kudrat yang ada untuk ini. agar bila segala nikmat Tuhan ditarik, kurang bebanan persoalan penggunaan nikmat Tuhan padakU. sekurang-kurang nya kaki dan tangan ini mampu membantu aku dan membebaskan aku daripada siksaan neraka. Memang untuk masuk ke syurga bukanlah dengan amalan yang banyak tapi masuk ke syurga hakikatnya adalah kerana Rahmat dan Kasih Sayang Tuhan.

walau berapa lama sekalipun kita beribadah tak mungkin kita dapat membayar harga sebiji mata. belum lagi harga jantung, paru-paru, ginjal, hati dan organ badan yang lain.

Ya Allah, banyak nya nikmat yang Kau kurniakan tapi diri ini tak habis2 mengingkari apa yang Kau pinta.

Ya Allah, aku berdosa dengan sangat2 berdosa.

Ampuni diri Ya Allah...

Ampuni hamba yang hina Ya Allah..

seharian hidupku tidak dihabiskan dengan mengingatiMu.

setiap detik masa tidak diisi dengan ZIKRULLAH..

setiap detik hanya melalaikan..

setiap detik hanya mengikut keseronokkan nafsu dan syaitan tanpa mempedulikan cahaya Ilahi yang sentiasa cuba menerobos masuk dalam jiwa.

ana menyeru...

ambillah masa beberapa saat andai antum rasa diri antum terlalu sibuk..jika tidak, puaskan hatimu dengan melihat dan merenung ciptaan-Nya. Lihat pada tapak tangan antum..antum dapati ada garisan padanya. cuba antumkau genggam sedikit demi sedikit..genggaman itu terjadi pada garisan yang ada pada tangan. Kemudian,cuba antum bayangkan keadaan tangan kita tanpa kedutan ni. licin ja..macam alien kan? pelik..macam tak da deria pun ada rasanya. licin ja.. nanti kalu tercucuk atau luka jadi apa agaknya?

kemudian kita teruskan pengembaraan di sebalik kulit tangan kita. ada banyak sel yang berada kat situ. ada yang berfungsi sebagai deria sakit, deria sentuhan dan lain2. nak hurai panjang2 ana bukan amik kos medic. lagipun ana dah lama tinggal kan subjek sains ni dna menceburi bidang perguruan lak khususnya dalam bahasa Arab. khair..ana nk sambung kije yang sepatutnya ana buat...perancangan lujnah untuk semester depan.

Wednesday, May 20, 2009

muSiM pePeriKsAaN....


bisMiLLah....

alHamduLiLLah....


miNggu Lepas merupAkaN miNgGu yang PalinG siBuk...sebAb hujuNg miNggU tu aNa terliBAt dengaN dua KursuS uTama iaitU "KURSUS KAHWIN" dan "KURSUS KEMBARA SUFI". memang penAt...daLam masa yang Sama, Ana terliBAt dengaN pengEditAn semulA nama2 usRah baGi kamPus tercinTa ini. memang banYAk kerjA.. tApi betuLLAh kata iMAm Hassan Al-Banna, tanggung jAwab melebIhi masA kiTa. walAu seSibuk Mana pun Ana, sibuk lAgi KekaSih HAtiKU- bagInda Nabi Muhammad S.A.W. tanpa UsahA daN kasiH sayaNg darI Baginda, mungkIn agaMa Islam Bukan agaMa piliHan diri Ini.

Allahumma Solli Ala Sayidina Muhammad....

RinduNya pada bagInda...MungKinkaH kita akaN berjuMpa satU hari nanti? wahaI kekaSih Allah, sambuTlaH kehadiranku. AKu akan segera menemui daLam waktu yanG terdekAt ini. pastiKAnLah rinDu ini DapaT diubati hanYa Kau sahaJa yang Layak kUcintaI kerana denGAn teruTusnya diriMu, Hak aku sebaGai WaniTa terjaGA dan TerbeLA...

MinGGu ini merupaKan mInggU pepErikSaan. MingGu Ni ana akaN menGhadapi 2 Paper iaitu TingKAh Laku daLAm biLik Darjah dan Bahasa Arab-Sorof...

MinggU depAn ana Ada 3 Paper lagi iaitu Pendidikan Islam, BAhasa AraB dan PendidIkan Al-QurAn. pastU ana terliBAt ngan PerSembAHan AngklUng tuk KONVo KPLI sehari lepaS eXaM.

pastu ANa kena BersiAp-siAP kemas biLik tuk cUti Akhir tAhun dan Bersiap BAlik ke KAmpunG. sepupU ana Akan melAngsungkan PerkahwinanNya pada harI sabtu.. lepas Kenduri, ana Akan bersiAp-siAP untuk mengikuTi ziArah ke temPAt yang SerinG menjadi kunjungan Orang Islam pada WakTu haJi...

bayangkaNlah, badan Ni macaM tak berhenTi buat Kerja. Tapi walaU apa puN yang kiTA hadapI sentiasa ingAt Allah di HAti dan Enjoy denGAn apa yang TElaH ditetapkAn oleh-Nya...

terAkhir SekaLi ana nak minta MAaf, tuk Post kalI ni, ana tak leh nak concentrate menULis. munGkin Ada beberaPA perkara yang Ana meraPu, ana mintAk mAaf. ana Dok pikir Macam2...huhu....

Saturday, May 16, 2009

riNdu...


meriNdui seoraNg muJahiD pencinTa Rabb-Nya melebIhi Cinta pada CiptAan-Nya...

Tuesday, May 12, 2009

BlACKoUT!!!


bismilLah....

sebenarnya ana dah lama nk tulis ttg ni tapi tergendala disebabkan beberapa masalah teknikal. nak dijadikan cerita blackout ni berlaku masa hari Isnin, 11 Mei 09. masa tu ana ngah chat ngan sahabat ana, ZaimAh. tetiBa terpadaM lapTop ni. sedih betul...tengah dok cite2 kisah hidup ngan dia, tetiba teputus. nasib baik masa tu kawan ana, Wani datang kat BiliK ana tuk BerbinCAng tentAng iKLan UsraH kumpUlaN yang dijalaNkan pada rabU, 13 Mei 09. kami terkejut sangat. masa tu jam menunjukkan angka 2 pagi.

dipendekkan cerita, da sorang kakak senior on balik suis utama tapi tak lama kemudian, padam balik. pastu rumate ana lak on balik suis tu. tak lama kemudian, terpadam balik. Nak dijadiKan ceriTa, peristiwa on-off ni berlakU selaMa dua Jam dari jam 2 pagi sampai 4 pagi. sepanjang tempoH tu Ana tak boleH nak meLelapKan mata sebaB oranG dok jaLan2 ulAng Alik dari BiliK dan Bilik Suis uTama. Tension gaK rasa... niAt nak Wat Kije da gelaP, nAk tiDo lak. tapi da Kena "kacau" jadi tak Boleh nak Tido gaK.

masa Tak leh Nak tido tu, ana Dok fikir n renung2...kalau lah kehidupaN ana macaM kEadaaN sekaraNG, tetiBa bLackoUt tAnpa sebarang persedIaaN, apa yang Ana nak jawab Pada Allah bila ditanya nanti? lapTop yang terPadaM, mungKiN ada baterI yang dapaT menyamBung hayatNya. tapi HAyaT kiTa sebagai Manusia kaLu dah diamBiL maLaikaT mungkinkah kita kembali ke dunIa ini. maLaikat Maut datang pada BiLa2 masa tanpa sebaranG tanda terutamaNya bagi kIta yang masiH muda.

ana AndaiKan laptop yang DipasaNg baterI umpaMa manuSia yang sedang Berada daLam koMa. dia berada daLam dua persimpAngan, samada hiDup atau Mati. biLa bateri dicabUt, hidUpnyA pun turuT pergi darI badan.

hakiKatnya Banyak perumpAmaaN yang boleh kita kaiTkaN dengan kehiduPan kita, cuma kadang2 manusIa terlalU buta Untuk menILai hikmaH disebaliK setiap kejadiAn yang BerLAku. sebab Tu kita dianjurkan Banyak berfikiR dan kurang bErcakaP. banyAk berfikiR bukannyA banyAk berbiCara.

Moga poST kaLi ini mendatangkan banYak perinGataN pada Diri penulIS terutamanYa dan sahAbat2 yanG membacA..Wallahualam...

Sunday, May 10, 2009

inJecTiOn...HerE i`m cOming :)


bismillah...

alhamdulillah, tangan ini masih mampu menaip walaupun pagi tadi ana mendapat suntikan vaksin bagi diri yang lemah ini. sakit jugak walaupun macam semut gigit ja rasa. dan yang paliNg Ana tak percaYa, alHamduliLLah ana Tak mEnangiS masa Kena SuntiK tu. Ana ingAt lagI masaTingkaTan liMA, ana kEna inject pAStu trus MenangiS. ana Tak taHan sakitNya masa UbaT tu masUk dALam badaN..maLu memang mALu tapI sakiT punya pasaL, ana Nak nangiS gak walaUpun mAsa memULa tu biAsa jA...

nk dijaDikan ceriTa memang setIaP KalI ana dApat suntiKan, aiR maTa ni Akan mengALir. peristiWa yang palIng ana tak Dapat Lupakan iaLah saaT ana kena Inject pada bahagian yang selalu menjadi sasaran rotan bagi banduan2 di penjara. Masa tu ana lagi reLa tak sihAt dari Kena inject tapI dah aYah paksa Gak, ana Terpaksa merelaKan dirI. dah la tukang suntikAn-nya lelaKi.. mALu yang TeraMAt..puAs anA menolak Tak Mau keNa suntik tapi Kena gak. lepas diSuntIk ana trus MenangiS samBiL tinggalKan kaTil tu.. masa Tu amiK suntiKan demAm, tak nAk makAn piL punya Pasal, ana kenA aMbiL suntiKan. tak LaMa ana Tunggu kAt kaunTer FarmAsi, tukanG suntIk tadi Kuar nk Tgk keAdaAn aNa. dALAm hati Ana bersorak gEmbiRa akhirnYa diA risAu gak. "tU lah tadi DAh kata tak Nak suntiK, tapi nk sUntiK juga, kan Aku da nangis"...

pada Hari2 dan tAhun yang BerikUtnyA anA pergi MendapaTkan SuntikAn lagi. kalI inI ana Tak ingAt kenApa tApi diTempaT yang Sama cuma TukaNg suntikNya pereMpuaN. SElAmAt sikiT waLAupuN tak ReLA. maK ana temankan masUk bilIk suntiKAn. satu fakta yang MenarIk dan besT dapaT suntikAn ni, penyAkit kiTa akaN puliH dalam mAsa yang Singkat tapi tentULah yang Menyembuhkan hanya Allah. suntiKAn merupakaN salaH satU cara unTuk menyembUhkan diri.

sebenarnya, itulaH kehiDupan kiTa sehari-hariAn. kadanG-kadanG kita Alpa dan bahaGia dalaM keniKmataN duniA yang Sementara tanpA menyEdaRi bahawA hakikAtnyA ia bersiFat sementara. lanTAs Allah mengIrimkAn "penyAkiT" dalam bentuk ujian kesakiTAn atAu nikMat ditArik. adakalanya kita rasa diri dan lemaH lantas kita merintih dan menAngis. waLhaL penyakiT itu BertujuAn menyedarKan kita darI keLaLaian dan supaya KitA bersyuKur pada-Nya.

pada Masa yang Sama, kiTa harus Mencari Ubat yang hadir dalaM bentuk "injection" mahUpun yang sama Waktu dengAnnya untuk mengurangKAn kesakitan kita. Waktu inI baruLah kita banyAk beribadaH pada-Nya kerna kiTa sedar hanyA Dia yang Mampu menyembuhkan Kerna Dia MAha penYembuH. kadaR kesemBuhan puLa berganTung pada tahaP ubat dan Dos yang kiTa ambiL. sekiranYa cukuP dos Yang kiTA AmbiL, maKa kebarangkalIan mendapAt penyakIt yang Sama akan bErkurang melAinkaN virus yAng menyErang kita semAkin kuaT seteLah berevOlusi beberaPa kaLi. kalU itu terjaDi maka, usahA kita untuK melawaN-Nya mestiLah semaKin menIngkaT dan tawaKal kiTA pada-Nya semaKin bertaMbah.

Friday, May 8, 2009

miNggu2 kRitikaL


bismillah...

sedar atau tak dah 3 hari ana tak on laotop kerana sibuk membuat persediaan untuk exam. sedar atau tak sepanjang 3 hari itu juga ana rindu nk menulis tapi apakan daya ana kena tumpu satu2. sedar atau tidak sepanjang minggu ni macam2 nk kena buat dan mcm2 masalah yang kena diselesaikan tapi ana lebih suka membiarkannya. berserabut urat2 dalam serebrum, sereblum, medula oblongata ni dok mikir macam2.

kali ini ana nak mendefinisikan apa itu tarbiah? tarbiah merupakan didikan. didikan ini hadir dalam pelbagai macam rupa dan bentuk. formal dan tidak formal. pendidikan formal ialah pendidikan yang kita terima di sekolah manakala yang tidak formal ialah apa2 yang kita terima luar daripada pendidikan formal. tarbiah yang tidak formal hadir dalam bentuk ujian atau sebaliknya. hakikatnya setiap masa kita ditarbiah oleh Allah semata-mata mahu kita menjadi hambanya yang soleh dna sentiasa patuh pada perintah-Nya. namun, berapa ramai antara kita yang menyedari hakikat ini? hakikatnya kita suka menyalahkan takdir atas perkara buruk yang menimpa kita tanpa menyedari itu merupakan sebahagian rupa terbiah dari Ilahi.

sebagai insan yang kerdil, lemah dan hina, sudah pastinya sukar untuk kita terima perkara yang tidak menyenangkan. namun, lupa kah kita akan rukun iman yang keenam iaitu percaya kepada Qada dan Qadar? apakah yang terjadi sekiranya kita sering menyalahkan takdir atas apa yang berlaku? sudah tentu kita tidak percaya pada rukun iman dan ini akhirnya membawa kepada kekufuran tanpa kita sedari. ini juga antara sebab mengapa kita disuruh memperbaharui syahadah setiap masa. kadang2 kita tidak menyedari kita telah mensyirikkan Allah dengan kepercayaan dan tanggapan kita.

ana juga tidak lepas dari ujian dan tarbiah Ilahi. setiap apa yang berlaku ada hikmah-Nya. ana cuma berdoa agar dikuatkan hati untuk menempuhi ujian2 iNi.

Ya Allah, sangat berat ujian yang Kau timpakan padaku namun aku percaya Kau tahu aku mampu memikulnya. Maka, tunjukkahlah apa2 yang terbaik demi Agama ini padaku.
Amin...

p/s: gambar ana upload later.

Monday, May 4, 2009

konfius???


bismiLLah...

alhamduliLLah..setelah cutI selama 4 haRi..akhirnya ana menyambung kembaLi sesi pembelaJaraN setelah Lama tertunggak. rindunyA belajar. rasa kosong jiWa ini Tanpa Makanan rohaNi. benarLAh jiWa manuSia terdiRi darIpada jasmAni dan RohaNi dan kedua-dua unsur inI perlu MendapaT makaNan yang lengKap. makaNan jasMani selaLu cukup tapi Tak ramai yang mengambil berat makanan rohaNi termasuklah diri Ana.

mulaI minggU iNi macaM biasa Jadual dah Tersusun tanPa perLu dipiNta.

3/5- rehersel Perlancaran majalah An-Nur
4/5- perlancaran majalah An-Nur, mtg MTEN utk pertama Kali, Latihan utk persemBahaN konVo j-QAF pada 27&28 Mei
5/5- Latihan Utk Konvo j-QAF, usrah kubra
6/5- latihan konvo n Hari EDU
7/5- exam UAK Hubungan Etnik, rehersel tuk perhimpunan khas
8/5-perhimpunan khas bersama Dato Alimuddin
9/5- BIG
10/5- kuliah dhuha, meting MteN, kEmbaRa sufI
11/5- balik ke asrama n kuliah seperti biasa

jauh di sudut hati, sebenarnya ana sangat merindui suasana pembelajaran di KMNS (Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan) ana betul2 memanfaatkan masa yang ana ada. hubungan dengan rakan2 terutamanya rakan sekelas sangat rapat. setiap malam kami akan berkumpul di bilik perbincangan perpustakaan untuk diskusi subjek atau homework yang perlu disiapkan. walaupun org kata hidup di institut perngajian tinggi ni, atas diri kita nk belajar atau tidak tapi ana tak merasakan perkara itu di metrik. mmg ana sgt2 rindu nk blaja mtk, kimia, bio. I Luv very much subjek2 tu sampai ana berhasrat dah hbs blaja di IPGM ni ana nk further study dlm bidang Sains. huhu... jeles dgn kawan2 yang amk medic. walaupun ana tak berminat menjadi seorang doktor, tapi ana lebih suka menjadi seorang saintis. duduk mengkaji ttg sesuatu perkara.

tapi adakah semua ini hanya tinggal impian dan angan2?

akan adakah peluang utk ana merealisasikannya?

inilah satu-satunya persoalan yang ana sendiri tak mampu menjawabnya kerana keyakinan pada diri ini telah hilang...diri ini hilang sejak meninggalkan subjek2 kegemaran...diri ini hilang bersama kenangan lalu....

kadang-kadang ana sendiri merasakan tidak kuat utk menempuhi semua ini. tapi hidup perlu dietruskan. walau apa yang terjadi iniLah jalan yang telah ditetaPkan. yang penting ana perlu buat Sehabis baik dalam SEtiap perkAra yang ana ceburi...

Ya Allah, bantulaH aku mengikhlaskan niat berada di sini, berada dalam situasi ini, berada pada Muka bumi ini.....