Monday, October 25, 2010

a Journey call Life (2)

BismiLlah...

Alhamdulillah segala puji bg Allah tuhan sekalian alam. ana memohon maaf pada pembaca blog kerana lama tidak mengupdate blog ini. buat sementara waktu ana mem "bz" kan diri membuat beberapa perkara utk mengisi masa lapang sebelum periksa.

memandangkan tahun hadapan ana akan mula dok Umah ngan mak ayah sebab praktikum dapat skola belakang umah ja, jadi ini lah masanya untuk ana siap2 kan segala taklifan untuk diserahkan pada pelapis pada tahun hadapan.

untuk makluman semua ana ada menjual
1) kain tudung labuh Rm 11 ad mcm2 colour
2) kain bidang 60` Rm 21 ad mcm2 corak n terhad.

siapa2 yg berminat boleh la g bilik tgk tudung2 ni. kalu rajin nanti ana upload gambar2 tudung ni, Insya-Allah.




Friday, October 22, 2010

a Journey call Life


bismiLLah...

pertamanya ana memuji Allah dgn lafaz Alhamdulillah kerana masih memberi keizinan pada ana untuk bernyawa. Ana tertido kepenatan selepas isya semalam n bangun semula jam 1 pagi. rasa mcm nk smbung tido tp bek buat kerja sbb td da terbuang masa tido awl sgt. nanti terlebih tido pula.

keduanya ana memohon jutaan kemaafan pada pembaca blog Islam diHatiku kerana ana akui ana dah lama sgt menulis. bukan tiada apa untuk ditulis cuma jari ini tidak rajin nk menari2 ats keyboard. manusia tidak sepi dari cerita. ada mcm2 cerita menarik yg berlaku dalam hidup tapi bergantung pada penilaian kaca mata kita untuk mencari hikmah setiap kejadian yg berlaku.

ketiganya..ana tak tahu nk mula cerita mcm mana. ana lebih suka nk mengkhabarkan satu berita baik buat diri ana n sume pembaca.

Cerita Praktikum Ku

Alhamdulillah,rasa kesyukuran teramat sangat pada Allah atas apa yang terlah berlaku. rasa sangat2 berbaloi kerana aku terpilih untuk diuji sebegini. rasa untung sangat kerana mampu bersabar dan berdiri setelah melalui mcm2 perkara, setelah hati terluka, setelah air mata mengalir, setelah ana diperlakukan mcm2..sumua pada mulanya amat sukar untuk ana trima tapi kepercayaan pada perkataan "SOD, BA, RA" mampu mendidik hati dan diri agar sentiasa bersangka baik dengan ketetapan Allah.

Lepas senarai sekolah praktikum yang akan datang keluar, berpusu-pusu rakan2 sem 6 tgk. nk tgk partner ngan sapa, skola mana. biasalah, sem 7 nanti kami akan berpraktikum selama 3 bulan n intenship sebulan. jadi masing2 nk dpt guru besar yang bagus, yang boleh beri kerjasama dll. mmg sikap manusia yg terbaik dlm hidup walaupun tak tahu diri sendiri da bg yg terbaik atau belum.

dipendekkan cerita ana dapat rakan praktikum dari kelas yg sama. so, tak da masalah apa2 n ana redho ja dapat putrajaya 9 (2). teruja pun ada sbb pertama kali dapat Putrajaya. dalam hati da berangan nanti nk minta ajar KAFA untuk cari duit poket lebih. lagipun masa tu da tahun akhir. banyak gak duit nk guna untuk mcm2 perkara nanti.. (nk sambung blaja,kalu da sampai seru,,kawin).

kami diberi masa selama 2 minggu untuk buat pertukaran mana2 yg tak berkenan. mmg dua minggu tu bermanfaat sungguh sbb nak pening kepala ana dgr dan berada dalam situasi org ni nk tkr sini, org ni nk tukar sana. dalam kekalutan nk tukar sana sini, ana dok ja sekolah yg da ditetapkan tapi ana ingt dulu cikgu ana da pesan minta Jalan 4 sbb dia jd PK di sana. mmg best dpt skola ngan cikgu sbb masa PBS dulu cikgu slalu tolong mcm2 tp kali ni ana nk belajar berdikari. jadi ana mcm minta tak minta ja skola tu. takdir Allah telah tersurat, ana dapat berita sekolah jalan 4 memerlukan guru bahasa Arab. bagai pucuk dicita ulam mendatang (betoi ka tak ntah) ana nk ltk nama kat skola tu. ana da siap tepon cikgu bgth berita gembira ni. tapi dlm hati ana ragu2 betol ka ini pilihan yg terbaik bg diri ana? ana mcm tak percaya Allah mudahkan jalan untuk ana ke Jalan 4.

namun, panas tidak ke petang, hujan telah datang di tengah hari. mmg bukan suratan untuk ana mengajar di Jalan 4. ana pun sedikit frust n ana stay d Putrajaya mcm biasa. beberapa hari kemudian ana dpt msj yg mengatakan skola Putrajaya akan dikosongkan dan ana n rakan praktikum diminta ke unit praktikum. kami ditawarkan skola KLIA n Skola Saujana Impian 2. (",) ana mmg senyum panjang dlm hati dgr nama Saujana Impian 2 sbb skola tu belakang umh ja. jalan nk g skola tak jem, boleh dok umah..

ana memanjatkan rasa syukur kehadrat Ilahi kerana setelah apa yg terjadi, mmg ada berita baik yg kau hadiahkan padaku. mmg benar org kata, Kita minta rama2, Allah bg beluncas. kiTa minta pelangi, Allah bagi hujan. Allah bukan beri apa yg kita minta tapi Dia akan beri apa yg kita perlukan.

setelah praktikum sebanyak 2 kali, akhirnya ana berjaya mendapat sekolah yg terbaik dan kedudukan yg terbaik. Saujana Impian 2 merupakan atr sekolah cemerlang n ana akan bersedia untuk ke sana n mempersiapkan diri menjadi guru cemerlang.

Aku bersyukur Ya ALlah, dalam kehidupan ini Kau tidak pernah mengecewakan ku setiap kali DiriMu yg menjadi tempat pergantungan. bukan hambamu yg lemah.

.......to be continue......