Showing posts with label diari kehidupan. Show all posts
Showing posts with label diari kehidupan. Show all posts

Wednesday, June 22, 2011

pEnang Mai (ii)



Bergambar di hadapan Kedai Buku Stesen Keretapi Mertajam


~ Puduraya~



BismiLLah...

Alhamdulillah ana diberi ruang dan peluang untuk memanfaatkan masa yang ada sebelum Solat Maghrib.

Apa kabar pembaca semua? ana harapkan antum semua sihhat Alhamdulillah dalam rahmat dan naungan Allah.

Ana cuba mencuri sisa masa yang ada untuk menceritakan sedikit sebanyak perjalanan ke Pulau Pinang dalam sesi yang kedua.

Ana bertolak ke Penang pada 15 Jun 2011 ditemani 2 orang adik yang sungguh baik hati iaitu Farhana dan Aisyah. Ujian yang pertama sebelum ke Penang ialah bus yang kami naiki tiada dan pihak bas menukarkan tiket kami dengan syarikat bas lain. Alhamdulillah kami menaiki bus 2 tingkat. kebetulan pada waktu itu, kami naik d Puduraya dan suasana di Pudu berubah hampir seratus peratus.




Alkisahnya seat ana di tingkat atas dan sebelah lelaki. Ana dah lama tak duduk sebelah lelaki sebab sebelum2 ni ana lebih suka beli tiket seat single. Nasib baik kerusi bus agak besar jadi ana kurang rasa tak berapa selesa. Lelaki yang duduk sebelah ana ni agak bz orangnya sebab ada ja kol daripada pekerja2 syarikat dll.

Pokoknya ana yg nak rehat sat ni pun agak terganggu sebab panggilan2 yang beliau trima dan buat. Bila tak da orang kol, dia akan main game dan pasang bunyi yang agak kuat. Sabar ja la dalam hati ni. Akhirnya kami turun sama2 di Butterworth.


Sampai di sana, kami diambil oleh sahabat yang sedang menanti kehadiran kami dan kami dibawa ke rumahnya.

Antara tempat yang menarik perhatian kami di Penang ialah "Yayasan An-Nahdhoh" Kalu nak tahu ada ap di sini, kena mai Penang sendiri dan rasa perkampungan Islam di sini.

"AN-NAHDHOH INN "

Seusai melawat An-NAhdhoh Inn dan mengikuti pengisian di sana, ana dan sahabat2 pergi berziarah ke rumah sahabat kami yang terletak di Sungai Dua. Rumah beliau merupakan rumah tradisional dan terdapat beberapa bahagian yang tidak dipaku. Mmg unik sangat. Lagi unik tingkap rumah ni. Klau nak tahu ap yang uniknya kena melawat Taman Mini Malaysia di Melaka untuk tahu struktur apa yang menarik dan istimewa pada rumah tradisi Melayu.

Layanan yang kami trima sepanjang berada di sana sangat baik. Keluarga beliau sangat menghormati tetamu dna ini selari dengan hadis:

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Barang siapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, hendaklah dia menghormati tetamunya. Barang siapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat maka hendaklah ia menyambung silaturahim.” (Hadis riwayat Bukhari).


Bersama keluarga seorang sahabat di Penang.




Pada sebelah petangnya kami berjalan-jalan ke bendang yang terletak di hadapan rumah beliau. Subhanallah....Sawah padi yang sangat luas. Ana teringin gak nak jejakkan kaki ke dalam bendang tapi tak berani dan masa tak mengizinkan kerana waktu semakin menghampiri Maghrib. Selepas solat Maghrib kami akan bertolak ke Stesen Keretapi Bukit Mertajam.

Jarang nk jumpa sawah yang luas mcm ni di KAJANG.=)


Terima Kasih Daun Keladi,
Lain kali nak datang kenduri pak teh dan isteri
(^.^)/

Tuesday, June 21, 2011

Penang Mai (i)

-Thanks pd org yg sudi capture pic ni-

BismiLLah...

Alahamdulillah kerana Allah masih memberi kita nikmat Iman dan Islam. Selawat serta salam kepada Junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, para sahabat dan ahli keluarga baginda.

dalam entri kali ini ana berminat untuk berkongsi kisah perjalanan ana kePulau Mutiara. Perjalanan yang pertama ana ke Pulau Mutiara adalah selepas ana tamat menghadiri program Kursus Pengurusan Hal Ehwal Islam
di Sg Petani, Kedah. Perjalanan yang ana lalui sepanjang ke sana sangat menarik kerena jarang ana berjalan jauh pada waktu siang. Biasanya ana berjalan jauh ke Utara atau Timur Malaysia pada waktu malam. Namun ada kebaikannya berjalan pada waktu siang kerana kita dapat melihat suasana di tempat orang dengan lebih jelas. Biasanya perjalanan pada waktu malam, kita hanya akan tidur sahaja.

Sebaik sahaja tamat program dan selesai makan tengah hari, saya
menuju ke hentian bas Sungai Petani. perjalanan saya bermula di sini. Tempat pertama yang ana lawati adalah rumah Zahida. Kebetulan pada masa itu, Zahida hanya tinggal bersama adiknya. Kebetulan mak dan ayah Zahida pergi ke pondok mereka.


Bergambar di ruang tamu



Bergambar di hadapan rumah

Selepas Asar,ana bertolak ke Butterworth untuk melawat Pulau Mutiara pula. Perjalanan ke Jeti dengan menaiki bas lompat dari Batu Tikam ke Jeti. harga tiket RM 3.20.
pada mulanya rasa takut juga sebab ana berseorangan nek bus. Nasib baik terdapat penumpang yang sama-sama turun di jeti.

Apabila tiba di jeti, ana ke ruang menunggu untuk menunggu kehadiran feri. Tiket menaiki feri RM1.50. Ini merupakan kali kedua ana naik feri selepas 19 tahun berlalu.

Feri dari arah bertentangan.
Menuju ke arah Butterworth barangkali..



Menghampiri jeti P.Pinang


Suasana di dalam feri



Berjoging di tepi Pantai Pulau Pinang bersama Zaimah



Berjalan-jalan di Pasar Cina.
Rasa mcm dok Negara China.



Ana bertolak pulang ke Selangor pada jam 1.30 petang hari Jumaat. Alhamdulillah selamat sampai di rumah dalam jam 10.10 malam. waktu sebenar tak ingt sangat tapi lebih kurang mcm tu la perjalanan yang ana jalani.

Monday, October 25, 2010

a Journey call Life (2)

BismiLlah...

Alhamdulillah segala puji bg Allah tuhan sekalian alam. ana memohon maaf pada pembaca blog kerana lama tidak mengupdate blog ini. buat sementara waktu ana mem "bz" kan diri membuat beberapa perkara utk mengisi masa lapang sebelum periksa.

memandangkan tahun hadapan ana akan mula dok Umah ngan mak ayah sebab praktikum dapat skola belakang umah ja, jadi ini lah masanya untuk ana siap2 kan segala taklifan untuk diserahkan pada pelapis pada tahun hadapan.

untuk makluman semua ana ada menjual
1) kain tudung labuh Rm 11 ad mcm2 colour
2) kain bidang 60` Rm 21 ad mcm2 corak n terhad.

siapa2 yg berminat boleh la g bilik tgk tudung2 ni. kalu rajin nanti ana upload gambar2 tudung ni, Insya-Allah.




Wednesday, May 26, 2010

KarnivaL aUra Ungu

BismiLLah....

sebenarnYA dah lama ana nk tulis ttg Karnival ni tapi tertangguh disebabkan exam. ana bukannya kaki studi. esok nk exam, baru baca buku mlmnya. =)

nk dijadikan cerita, sahabat ana dari IPIK minta pertolongan ana n sahabat2 IPIS bantu jadi AJK persiapan tempat bagi prog ni tapi kami tak sempat pun nk g meting prog disebabkan prog bertindih dgn prog kami yang sedia ada. alhamduliLLah, akhirnya sempat juga kami jd AJK di waktu program dijalankan.
masa mula2 nk g prog ni, byk kali juga ana berfikir mcm mana ngan exam ana. sebab, ari isnin n selasa ana da paper arab n ana mmg tak sentuh apa2 pun arab. last2 ana wat keputusan bwk la nota arab mana yg ada n kalu sempat bc kat sana. tempat program dijalankan di Shah Alam. jauh la jugak kalu bg pd org yg tak suka berjalan. atas dasar ukhuwah, jauh mcm mana pun redah je la. yg ptg sahabat2 di tempat program menunggu kehadiran kami.


( ikat belon untuk hiasan pentas sempena konsert)


dalam kesempatan ini ana nk ucapkan jutaan terima kasih yg tak terhingga pada sahabat2 ana yg sanggup mengorbankan masa mereka demi membantu sahabat2 Nisa MALAYSIA menjayakan program kali ini.

pada Kak Siti Khadijah, Ikin, Aisyah, Kak Syuk jazakumullah khair jaza` atas kerelaan sahabat2 mengorbakan masa studi masing2.

mereka sanggup mengorbankan masa, tenaga n wang ringgit demi memberi kefahaman Islam pada masyarakat sekeliling. ana sebagai salah seorang rakyat negeri Selangor sangat terharu ats jasa sahabat2 ana. paling mengharukan pada Kak Syuk terima kasih sbb sudi teman saya memandu balik umah selepas abs program. kami siap2 kemas dewan kul 2.45 pagi n ana masa tu mohon sgt Allah permudahkan urusan sbb ana tak sabar dah nk balik tidur di rumah. alhamdulillah selamat sampai di rumah jam 4.00 pagi. macam tak percaya ja blk umah pg2 buta tapi inilah salah satu bentuk tarbiah yang harus diterima oleh mereka yang bergelar daie. mengorbankan waktu tidur demi kepentingan umat. pada adik aisyah, walaupun tertidur (-.-) di seat belakang, trima kasih sbb jd photographer scr tak langsung bagi merakamkan segala aktiviti yang kami lalui.


(bersama pengarah Nisa Malaysia lepas kemas dwn
-masa ni da kul 2.40 pg)

len kali kalu ada program Nisa kita g sama ea. insya-Allah usrah Nisa akan menyusul bulan 6 nanti.

Monday, April 5, 2010

guru, qudwah hasanah atau sebaliknya?

bismiLlah...


akhirnya ana berpeluang untuk mencoret dalam ruangan ini. tiap2 hari ana buka blog ana tapi tak terbuka hati nak menulis apa2. ana cuma selesa bermonolog dengan diri sendiri. berfikir dan berfikir. dalam entri kali ini ana tak berniat untuk berkongsi pengalaman praktikum ana di sekolah dalam p&p bahasa arab. mungkin kerana ana belum dapat menguasai kemahiran seorang guru, maka tiada apa yg nk ana kongsikan. (belum bersedia sebenarnya)
satu persoalan yang sering bermain dalam fikiran ana.guru dan cabaran masa kini...terdapat beberapa cabaran yang dihadapi guru zaman moden:
  1. anak-anak yang manja dengan teknologi
  2. ibu bapa yang sibuk kerja
  3. rakan seperjuangan tapi berlainan matlamat
  4. pihak pentadbir yang utamakan publisiti
  5. lain-lain pihak yang berkaitan
disebabkan cabaran-cabaran ini maka guru berada dalam dilema. apabila berhadapan dengan murid yang nakal, guru hanya mampu menggetap bibir menahan kesabaran tanpa dapat membuat sebarang tindakan. mungkin hanya melaporkan pada pihak disiplin. walhal mendidik bukan tugas guru disiplin sahaja. mendidik adalah tugas semua pendidik. namun apabila tugas ini diketepikan maka apakah peranan guru sebenarnya?

apabila berhadapan dengan cabaran-cabaran ini, maka sebagai guru kita harus merujuk pada guru yang utama dalam lipatan sejarah manusia. guru yang bukan sahaja berjaya mendidik masyarakatnya malahan berjaya mencipta satu tamadun yang paling agung di dunia. guru yang ana maksudkan adalah baginda Rasulullah S.A.W. baginda mampu menjadi contoh ikutan sepanjang zaman. biarpun perbezaan zaman baginda dan kita sangat berbeza namun itulah satu-satunya manusia yang masih disebut-sebut, masih dikenang-kenang hingga kini.



persoalannya sejauh mana kita sebagi guru mengenalinya dan sejauh mana pengenalan anak murid kita pada baginda? adakah anak murid kita lebih mengenali artis2 popular berbanding baginda yang wajib dicintai?

sebagai guru, setiap tingkah lakunya akan memberi kesan pada anak murid yang diajar. namun adakah kita sedar akan hal ini? setiap tingkah laku kita yang akan menentukan corak bangsa kita. andai selama ini kita menjadi guru kerana ia merupakan salah satu pekerjaan yang mampu kita galasi, maka kita telah silap. semua orang dewasa merupakan guru pada remaja dan kanak-kanak manakala remaja merupakan guru pada kanak-kanak. jika barisan pertama sudak goyah maka apakah yang akan berlaku pada barisan seterusnya?
perumpamaan yang mudah, jika kita menanam anak pokok durian, maka ia akan tumbuh menjadi sepohon durian.mana mungkin kita menanam anak pokok durian dan mengharapkan ia akan membesar menjadi sepohon rambutan. bagaimana cara kita mendidik anak-anak sekarang, maka mereka lah yang menjadi pemimpin pada masa akan datang. jika kita mahu pemimpin akan datang merupakan pemimpin yang bercirikan apa yang dikehendaki oleh Al-Quran dan As-Sunnah, maka bermula dari sekarang kita wajib menerapkan nilai-nilai Al-Quran dan Sunnah dalam diri anak-anak murid kita.


perumpamaan yang lain, jika kita ingin menanam pokok buah-buahan, maka kita akan memilih baka yang baik. ini kerana baka awal yang baik akan diwarisi oleh generasi seterusnya. begitu juga manusia, andai datuk dan nenek kita mempunyai penyakit darah tinggu, maka penyakit itu akan diwarisi oleh kita juga. alangkah cantiknya penciptaan Allah. Allah telah tunjukkan pada kita manusi akan mewarisi antara satu sama lain, maka mengapa kita tidak mengambil iktibar untuk membendung masalah yang terjadi dalam kalangan remaja kita kini agar ia tidak melarat dan menjadi barah bagi generasi seterusnya?

sesungguhnya peringatan demi peringatan itu sentiasa bermain di mata kita cuma apabila hati telah penuh dengan dosa dan titik hitam, kebaikan itu seolah-olah terkubur dan yang kita lakukan hanyalah mengundang kemurkaan Allah semata.

Friday, March 19, 2010

Engkau memang cantik



salam rindu buat adk2 usrahku. akak da belikan buku utk dikupas sepanjang ketiadaan akak praktikum ke sekolah selama 6 bulan termasuk waktu yg akan datang. Moga buku ini bermanfaat utk kita bersama.

Tuesday, December 22, 2009

Kelas ngajI

bismillah...

Alhamdulillah..ana masih diberi peluang untuk menulis dalam kesuntukan masa yang sering menghimpit diri.

Baru-baru ni (21/12/09), seorang kenalan telah meminta pertolongan ana untuk membantu beliau membuka satu kelas mengaji di Tasik Kesuma. Tempat ni agak jauh dari rumah ana dalam 20km. walaupun jauh n dalam keadaan yang tak la berada sangat ana cuba mengikhlaskan diri pergi membantu kenalan ana.

EXCITED

kenalan ana menyewa di Fasa 4 Tasik Kesuma dekat ngan surau ikhwan. Beliau baru berpindah seminggu ke taman itu dan banyak lagi barang yang dia tak amik dari rumah lama. jadi suasana rumah mcm baru berpindah la kan? atau lebih tepat lagi ana nk kata mcm dok umh baru posting atau br kahwin. kosong ja umah. best gak rasa. sebab selama ni dok umah ngan mak ayah sume da siap isi. sekali sekala dok umah kosong ni baru la ana rasa susah, rasa bersyukur atas apa yang ada selama ni.


MyEm0.Com


RAGAM ADIK2

Buah Cempedak di luar pagar,
Ambil galah tolong tunjukkan,
Saya budak baru belajar,
Kalu salah tolong tunjukkan.

Adik2 yang datang mendaftarkan diri agak ramai. dalam 30 orang dan bilangan guru seramai 40 orang. itupun ada yang tak datang lagi. bila cuti sekolah ni mcm biasa la. oTak pun cuti juga. sebab tu kena buat sesuatu agar kita tak beku dalam kebekuan cuti.

adik2 ni pun datang ngaji, ada yang masih salah bahagian dengung terutamanya. ana bukan nk kondem atau ap cuma ana semak adik ni da baca AQ juzu` 11 dan keatas tapi masih ada salah tajwid yang asas. macam mana dia baca juzu` yg sebelum2 ni. Pelik2.

bila ajar adik2 ni ana teringat macam mana guru2 ana ajar ana yang nakal dulu sampai jadi baik mcm ni . (perasan ja... ((^,^))

PSIKOLOGI PENDIDIKAN

ramai guru senior kata bila masuk kelas wat pertama kali jangan lembut sangat ngan budak2, nanti mereka naik kepala. mmg betul kot..ana tak pernah masuk kelas tuk ajar secara rasmi lgi sejak dapat tauliah untuk menjadi seorang guru.

masa mula2 ana ngajar adik2 tu ana rasa mcm wat usrah lak. da terbiasa. "Mula2 kita taaruf dulu. Nama adik sapa?" tiba2 ana tersedar yang ana tersalah masuk kelas. ana nk ajar ngaji bukan nk bg usrah kat adik2 ni. (^,^) kita usrah hari lain ea adik2

lepas da taaruf sket2 ana pun mula ajar depa. main2 depa ni. ana wat serius. ana minta adik tu duduk tegak n serius. tarik nafas baru baca. ana pegang rotan n wat2 rotan adik tu. rotan2 sayang ja. baru la adik tu baca betul2. ada gak ana dengar adik tu kata "Garangnya uztazah ni"

ISTIQAMAH

Nak istiqamah ni bukan benda mudah. nak minta adik2 ni istiqamah ngan ngai, an ala yang kena istiqamah dulu. tu la salah satu kebaikan jadi guru. nk suruh anak murid jadi baik, guru kena jadi baik dulu. Baru ilmu yang diajar berkesan pada adik2 n anak2 murid. Ana berdoa agar Allah menetapkan hati kami dlaam jalan ini. Moga kami terus berada dalam jalan kebaikan walau di mana kami berada. Moga anak didikku kan selalu dalam rahmat Allah Taala.

SETIAP AMALAN BERMULA DENGAN NIAT

YA Allah, ku pohon kekuatan dari-Mu. JAdikanlah apa yang aku lakukan ini sebgai salaaku ph satu langkah untuk aku mendekatimu. Jadikanlah aku antara insan yang kau pilih untuk mendapat hidayahMu. Jadikanlah sahabat disekelilingku adalah insan soleh untuk memanduku berjalan dalam dunia yang fana ini.

Saturday, December 5, 2009

Rindu Sahabat

BismiLLah..

AlhamduliLLah segala puji-pujian hanya pada Allah yang esa pencipta sekalian alam. Dia lah yang menghidupkan dan mematikan diriku. Dan aku bersyukur pada hari ini ana masih diberi peluang mencari zarah2 amalan kebajikan untuk dibawa bersama menuju hari perhitungan yang tidak ada perhitungan yang lebih adil melainkan hitungan Allah Taala.

Tulisan kali ni nk menzahirkan apa yang selama ni terbuku dalam hati dan tabiaat yang dah lama tak buat iaitu bermadah pujangga.

Tika ini aku sedang duduk di buaian di bawah pohon rambutan sambil ditemani adik yang sedang membaiki motosikalnya.

Tika ini aku sedang mendengar bunyi kapal terbang yang berjalan di udara menuju ke destinasinya yang tidak ku ketahui.

Tika ini aku sedang teringat nostalgia lama aku dan dia.

Thursday, December 3, 2009

postiNg..


*pegawai sedang ambil kehadiran guru2 yg akan diposting ke Sabah
>

bismiLLah...

pada 1 Disember 2009 yang lalu, ana telah menghantar kakak2 n abg senior ana PISMK-OUM berlepas ke over sea. mereka dipostingkan ke Sabah. seramai 5 orang muslimat dan seorang muslimin dipostingkan ke Sabah. mereka berlepas pada jam 5.10 ptg kalu tak salah ana. tapi area2 waktu tu sebab check in kul 4.10 ptg dan mereka kena tunggu sejam dalam tempat menunggu tu.

memula macam malas nak g KLIA sebab ana tak tahu jalan ke sana. lagipun tak da lelaki yang nak meneman. bukan kata tak boleh hidup tanpa lelaki tapi rasa selamat sikit kalu da lelaki yang teman. kebetulan ayah n adik lelaki kije ari tu, jadi adik perempuan la yang meneman.


kami bertolak jam 1.50 ptg dan selamat sampai di KLIA jam 2.55 ptg. first time pandu sdr ke klia, salah masuk parking lak. nasib bek tak da org marah. jadi ana pun park keta n nek lif ke tempat yg dikatakan munsif: aras lima pintu 1.


* ana n kak Muslihah

AlhamduliLLah, jumpa akak2 n munsif. masa ana sampai tak lama lepas tu depa kena berkumpul untuk amik kehadiran. berdebar2 lak rasa macam ana lak nk kena flight g Sabah. itupun kalu mak ana benarkan sbb dia dah kata byk kali posting kat skola dpn umh ni ja. hu2... teringin gak nk jalan2 jauh tapi redha mak ayah kena diutamakan. kalu dah dapat kena jugak pergi kan? ;)


* tiket flight ke KK


* dalam proses susun beg untuk disimpan dalam kargo

lepas tu kamipergi ke kaunter L untuk daftar n simpan barang dalam kargo. pegawai tu bagi kami masa hingga 4.10ptg untuk wat apa2 yg patut sebab lepas tu akak2 n abg2 akan check in di ruang menunggu. tepat jam 4.10ptg masing2 mendaftar masuk ke dalam ruang menunggu dan selepas sejam mereka akan berlepas ke Sabah. ana mengiringi akak2 kesayanganku ke pintu masuk ruang menunggu dan mendoakan supaya mereka selamat sampai ke destinasi masing2 dan dipermudahkan segala urusan mereka.

* bergambar dgn k. mus n k.dini sebelum check-in

" Ya Allah, engkaulah yang mempertemukan kami. Di jalan ini kami bertemu dan bermadu kasih n di jalan ini juga kami berpisah mengharap redha n kasih-Mu. pertemukanlah kami semula di Syurga sebagai bukti tanda kasih-Mu pada hamba-hamba-Mu"


* akak2 dah masuk. Selamat Jalan!

cuti...nk wat ap?

bismiLLah...

cuti da masuk minggu kedua tapi ana rasa macam tak wat apa2 pun. cuti kali ni nk kuar jalan2 macam cuti2 sebelum ni tapi pitih tak cukup pulak. kalu tak memang ntah mana2 ana da berada sekarang dan yang pasti bila cuti tak ada istilah duduk rumah.

minggu pertama terlibat dengan majlis konvokesyen KPLI j-QAF dan SABK. tak disangka2 ana jumpa kakak2 senior ana. ana jumpa kak sarah, kak sue n kak fiza. ada lagi dua orang ana tak jumpa. perkara yang ana paling terkejut skali tak sangka kak humaruriantis sara atau kak sara tu anak lecturer ana, En Husin. mmg tak sangka dia ada anak yg bersekolah di Maahad Hamidiah dulu. keciknya dunia...

best jumpa kakak2 senior. lagi best dapat jumpa kawan2 skola lama sbb bagi ana sampai kini ana tak dapat cari kawan2 yang dapat menggantikan mereka atau hampir2 sama mcm mereka. kawan2 kat sekolah yang paling memahami suka duka hidup ana. walaupun sekarang sume da ikut haluan masing2, i wish one day kami akan bersama kembali.

suasana yang paling dirindui masa wat aktiviti persembahan batch masa form 3. masa studi sama2 utk spm. masa tu masing2 studi kat port masing2. ana dan beberapa org sahabat spt maznee, aten, liza, dila, rina dok studi dlm bilik studi. bila pagi ank exam sume akan turun bilik studi untuk bersiap2 g dewan peperiksaan. bestnya time tu.

kalu nk diimbau kenangan masa sekolah, rasa nak dok ja dalam masa tu tapi kehidupan kena diteruskan. masa lampau merupakan semangat untuk kita bergerak. dengan kenangan lampau kita diberi kekuatan untuk bergerak.

kata hassan al-Basri: Sesungguhnya dunia ini, usianya hanya tiga hari. Hari semalam sudahpun berlalu, hari esok belumpasti anda dapat bersamanya dan hari ini adalah hari anda, maka rebutlah peluang beramal, bekerja padanya. Semoga anda berjaya.




Monday, October 19, 2009

raya daTang lagi

bismiLLah...

meskipun Syawal hampir ke penamatnya namun ana baru nk mula raya sebab...

akhirnya ana berjaya menamatkan puasa 6 syawal

Alhamdulillah

hutang dengan Allah dah bayar + puasa 6 hari= nikmAt

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

sebenarnya nk cite puasa kali ini sangat berbeza dengan puasa sebelum ini

puasa kali ini Allah banyak bagi peluang untuk ana untuk beribadah

untuk merasai hampir sebulan puasa

memula macam tak percaya gak dapat puasa sebulan

teruja nk puasa sebulan

tapi Allah maha mengetahui

Dia beri apa yg terbaik bagi ana

cuma satu yg ana harap selalu

amalan2 ana diterima n dihitung semasa tempoh dihisab nanti

moga apa yang ana lakukan dipandang Allah walaupun ana hanya hamba yang hina n bukanlah seorang yang selalu beramal

ana cuma buat apa yg mampu n ingt n rela

ana bukan sentiasa berbuat baik tapi ana cuba menjadi hamba yg terbaik

Friday, October 16, 2009

meLayari kehiduPan seOrang haMba

bismiLlah...

alhamduliLLah, ana masih bernyawa di bumi Allah ini. aLhamduliLLah, diri ini masih diberi peluang bertaubat memperbaiki kesilapan diri.

Dah lama ana tak menulis atau mencoret kat blog ni. Walhal banyak peristiwa yang berlaku tapi hanya terakam dalam diri dan hilang begitu sahaja. Dulu suka sangat menulis dan bercerita tapi sejak dua menjak ni tak tahu jadi apa. ana suka copy apa yang ada dalam emel dan paste kat blog. betullah orang kata kalu wat sesuatu jangan kerana orang. mesti tak berkekalan. dulu ana selalu mendapat semangat untuk menulis tapi sekarang ni dah tak da, jadi ana pun dah tak menulis sangat.

sekarang ni ana nak citer sedikit sebanyak apa yang dah terjadi dalam hidup ana wat masa sekarang.

AlhamduLiLLah, perancangan yang tersusun wat masa sekarang ni adalah:

1. LUJNAH USRAh
- wat kursus pendek untuk para naqibah
- dalam kursus ni kami akan menunjukkan simulasi situasi usrah
yang sebenar
- objektif program ini semoga memberi gambaran pada para nuqaba
baru khususnya cara perlaksanaan usrah

2. SIM (Semarak Insan Musleh)
- nama ni ana yang reka hasil gabungan idea sahabat2 muslimat MTEN
- program ini dijalankan di surau blok masing2 teruatamanya ari kamis time
baca yasin
- walaubagaimanapun program ni dalam proses kelulusan daripada
pihak atasan

3. Adikku sayang
- program ini diadakan setiap ari kamis selepas isya.
- tujuan program ini untuk merapatkan jurang antara pimpinan MTEN
dengan batch adik2
- yang dah berlangsung baru2 ni pada 15.10.09 kami wat tayangan
The Ron Clark Story. best sebab mcm tgk dlm rumah rasa. tgk cite ramai2
- adik2 sem 1 jangan lupa atr refleksi program

4. Pengeditan majalah sesi kedua
- ari sabtu ni 17.10.09 ada bengkel majalah dari jam 8 pg-12 tgh hari
- moga dipermudahkan segala urusan

5. kelas darus-syifa
- setelah lama menyepi akhirnya kelas ni ada semula iaitu pada ahad
18.10.09 di dewan kuliah jalil mula kul 8 pg

6. exam ulangan SDP
- peristiwa yang tak pernah tersangka nk jadi dah pun nak terjadi pada
sume batch PISMP sem 4.
- kami semua kena ulang exam SDP ats masalah2 tertentu pada 21.10.09
- Bittaufiq Wan Najah to all my dearest friendz

7. Hari Terbuka JPP
- pada hari sabtu, 24.10.09 ada hari terbuka JPP
- sesiapa nak datang boleh datang ke IPIS/IPG-KPI/MPI
- yg sakitnya kena wat pameran masa tu dan ana terlibat dengan 3 pameran
- setakat ni tak pikir lagi mcm mana nk jaga 3 gerai dalam masa yg sama
- atr gerai yang terlibat n ana mungkin kena tugas: MTEN, KHAT,
NADI ARB

alhamDuliLLAh, suka jadual macam ni walaupun seminggu dua ni kesihatan tak menentu. Blood Presure kadang naik kadang turun. masa Camping lepas, tuRun sgt2 sampai hampir pitam masa berkawat. nasib baik masih sedar diri n tak rebah kat tempat kawat tu.


catatan:
Bagi ADIK2 SEM1 jangan lupa atr refleksi program pada akak2

Bagi para naqibat, boleh atr atau amik laporan usrah dari ana atau mana2 pimpinan
MTEN muslimat

Friday, September 25, 2009

pictures Tell My stories on Hari Raya


manDi air panaS di Bemban....panas gak 40 darjah celcius. air berwap2 nasib bek tak mendidih. kalu tak masak la kitorang sume.


yg ni ngah belaja parut kelapa guna mesin. utk wat santan nak masak lemak cili api



panggang ikan keli untuk masakan tengah hari. last2 ana tak makan pun sebab sambil memanggang tu da puas makan ikan ja.


malam raya kedua,
main bunga api ramai2 ngan sepupu ngan mak sedara n mak ana skali n pak sedara...




majlis tahLiL n makan2 kumpuL famiLi...
ni la atr aktiviti masa raye...
asyik makan ja...
sambiL mengeratkan hubungan silaturrahim

Thursday, July 2, 2009

BIG oh BIG


bismiLLah...

alhamDuliLLah, hidup masih dapat diteruskan walaupun kaki sakit. nk turun tangga kena menapak satu2. waktu smayang tak leh nk duduk antara dua sujud lama2. kedudukan kaki tak leh nak kemas. jadi mcm pelik sket.

ari ni ana merayau cari skola untuk dibuat BIG( bina insan guru) ngan Hajar. Fareha, Syukur n Syakir. mcm2 skola g. SKK (sekolah kebangsaan kajang) ,SKSJ (sekolah kebangsaan sungai jelok),SKSK (sekolah Kebangsaan Sungai Kantan), SKJS (sekolah kebangsaan jalan semenyih 1 n 2). apa yg terjadi semua skola da full ngan prog. mana nk tambah prog kami lagi. akhirnya kami dicide wat kat skola Kafa.

tgk lah mcm mana. setakat ni keputusan positif. nanti akan ada perbincgn kedua.

wat para sahabat PISMP 4.01 n PISMP 4.04, sama2lah kita wat solat hajat. moga dipermudahkan segala urusan kita. jgn rasa terbeban dgn apa yang org bebankan pada kita..