Friday, May 22, 2009

stRess...ada HiKmah di SebaLik Sesuatu


bismiLLah...

tajuk dalam bulan2 ni semuanya berkisar tentang stress, tension, periksa...mungkin sebab bulan ni bulan peperiksaan. pastu dah nak cuti. nek cuti nanti program da bersusun. tinggal tunggu masa ja nak dilaksanakan.

bagi ana secara jujurnya memang rasa agak tertekan bila jadual dah bersusun berderet-deret tapi pada masa yang sama ana hepi sebab masa ana tak habis dengan sia-sia. sekurang-kurangnya ana masih menyumbang kebaikan pada ummah dan masyarakat sekeliling.

selagi diri ini masih berdaya akan kuguna seluruh kudrat yang ada untuk ini. agar bila segala nikmat Tuhan ditarik, kurang bebanan persoalan penggunaan nikmat Tuhan padakU. sekurang-kurang nya kaki dan tangan ini mampu membantu aku dan membebaskan aku daripada siksaan neraka. Memang untuk masuk ke syurga bukanlah dengan amalan yang banyak tapi masuk ke syurga hakikatnya adalah kerana Rahmat dan Kasih Sayang Tuhan.

walau berapa lama sekalipun kita beribadah tak mungkin kita dapat membayar harga sebiji mata. belum lagi harga jantung, paru-paru, ginjal, hati dan organ badan yang lain.

Ya Allah, banyak nya nikmat yang Kau kurniakan tapi diri ini tak habis2 mengingkari apa yang Kau pinta.

Ya Allah, aku berdosa dengan sangat2 berdosa.

Ampuni diri Ya Allah...

Ampuni hamba yang hina Ya Allah..

seharian hidupku tidak dihabiskan dengan mengingatiMu.

setiap detik masa tidak diisi dengan ZIKRULLAH..

setiap detik hanya melalaikan..

setiap detik hanya mengikut keseronokkan nafsu dan syaitan tanpa mempedulikan cahaya Ilahi yang sentiasa cuba menerobos masuk dalam jiwa.

ana menyeru...

ambillah masa beberapa saat andai antum rasa diri antum terlalu sibuk..jika tidak, puaskan hatimu dengan melihat dan merenung ciptaan-Nya. Lihat pada tapak tangan antum..antum dapati ada garisan padanya. cuba antumkau genggam sedikit demi sedikit..genggaman itu terjadi pada garisan yang ada pada tangan. Kemudian,cuba antum bayangkan keadaan tangan kita tanpa kedutan ni. licin ja..macam alien kan? pelik..macam tak da deria pun ada rasanya. licin ja.. nanti kalu tercucuk atau luka jadi apa agaknya?

kemudian kita teruskan pengembaraan di sebalik kulit tangan kita. ada banyak sel yang berada kat situ. ada yang berfungsi sebagai deria sakit, deria sentuhan dan lain2. nak hurai panjang2 ana bukan amik kos medic. lagipun ana dah lama tinggal kan subjek sains ni dna menceburi bidang perguruan lak khususnya dalam bahasa Arab. khair..ana nk sambung kije yang sepatutnya ana buat...perancangan lujnah untuk semester depan.

No comments: