Sunday, June 19, 2011

Cuti dah Habis....


Bismillah....

sedar atau tidak cuti tiga minggu bagi pelajar IPG sudah hampir tamat. Bagi pelajar IPG yang belajar di Kelatan, Terengganu, Kedah sudah pun bermula pada hari ini.

Sepanjang cuti 3 minggu ini apakah yang anda telah lakukan? Adakah anda telah memilih untuk menambahkan kemahiran keguruan masing-masing atau anda hanya menambahkan berat badan di rumah? Tepuk Dada tanya Iman masing-masing. Setiap masa yang kita lalui akan dipersoalkan semula di akhirat nanti.

Dalam ruangan kali ini saya berminat untuk berkongsi apa yang saya lalui sepanjang 28 Mei hingga 19 Jun. Secara ringkasnya cuti yang saya jalani bagi tiga minggu merupakan cuti yang paling padat bagi saya.

28 Mei : Seminar Ibrah Pembukaan Kota Constantinople.
29 Mei- 30 Mei : Menghadiri kenduri saudara di Perak
1 Jun - 5 Jun : Reunion di Shah Alam dan Gombak
7 Jun - 9 Jun : Kursus Pengurusan Hal Ehwal Islam bagi IKBN
10 Jun : Ziarah rumah sahabat ( Zahida, Zaimah)
10 Jun - 13 jun : Berehat di rumah sebab demam kepenatan
(sepatutnya ke Melaka sebab ada Perkampungan Anak
Melaka.
14 Jun : Daurah Kitab
15 Jun - 18 Jun : Program pemantapan fasilitator dan ziarah rumah sahabat (Fahizan)
19 Jun : Bersiap-siap untuk menyambung pengajian bagi semester 8

Secara kesimpulannya ini adalah tentatif sepanjang cuti yang lepas. Naik sem ni akan sibuk juga dengan kehadiran adik-adik baru yang akan memulakan pengajian mereka esok. Penceritaan terperinci mengenai setiap aktiviti yang berlaku akan diceritakan dalam post yang akan datang.

Yang pastinya ana sangat gembira kerana telah berjaya memanfaatkan cuti kali ini dengan baik. Alhamdulillah kerana Allah masih mengurniakan kesihatan kepada saya untuk menjalankan tugas yang diamanahkan dengan baik.

No comments: