Sunday, June 19, 2011

Ketumbit


Bismillah....



Dalam entri kali ini saya berminat untuk menceritakan apa yang sedang saya alami iaitu "KETUMBIT"

Perkara ini saya sedar apabila saya melihat cermin pada waktu pagi 3 hari yang lepas. Saya sungguh tidak menyangka bahawa pada kelopak mata saya terdapat satu benjolan yang bewarna merah. Masa awal2 rasa takut gak sebab tak pernah jadi mcm ni. Akhirnya saya membuat keputusan untuk pergi ke Klinik apabila pulang ke rumah nanti memdangkan ketika itu saya sedang berprogram di luar kawasan.

Antara maklumat yang saya peroleh mengenai penyakit ini saya kongsikan dalam entri kali ini.

Ketumbit merupakan jangkitan pada pinggir kelopak mata yang mengakibatkan bisul kecil yang berkembang pada bahagian tersebut. Ketumbit boleh dibahagikan kepada ketumbit luaran, iaitu apabila jangkitan berlaku pada folikel-folikel yang terdapat pada bulu mata, atau ketumbit dalaman, iaitu apabila jangkitan berlaku pada kelenjar minyak yang terdapat pada kelopak mata.

Ketumbit adalah disebabkan oleh kelenjar minyak yang terletak berhampiran dengan kelopak mata menjadi tersumbat. Kelenjar minyak yang telah tersumbat ini kebiasaannya akan dijangkiti oleh bakteria seperti bakteria Staphylococcus aureus. Penghasilan atau pengumpulan minyak yang berlebihan menyediakan keadaan yang sesuai untuk pembiakan bakteria. Antara faktor-faktor yang boleh menyebabkan kelenjar minyak tersumbat ialah :

* Tekanan
* Pertukaran hormon
* Mengguna peralatan solek yang sama buat satu jangka masa yang lama atau yang telah dijangkiti oleh bacteria
* Diabetis
* Kandungan lemak yang tinggi dalam badan
* Kekurangan vitamin dalam badan

(mungkin ni punca ana dapat penyakit ketumbit)

Ketumbit boleh dibahagikan kepada 2 jenis. Yang pertama akibat jangkitan kuman pada pangkal bulu mata. Jenis kedua ialah keradangan disebabkan penyumbatan pada kelenjar yang menghasilkan minyak untuk menentukan bulu mata kalis air atau kalazion.

Kadangkala seseorang boleh mendapat lebih daripada satu ketumbit pada satu masa, tetapi usah risau kerana ia tidak berbahaya. Selain benjolan merah pada kelopak mata, antara gejala lain yang mengiringi ketumbit ialah :

* Mata berair.
* Mata terasa gatal, terutama jika ada habuk.
* Mata menjadi sensitif terhadap cahaya.
* Kelopak mata menjadi merah dan bengkak,

Biasanya ketumbit mengambil masa 3 hari sebelum ia pecah dan kering. Bagaimanapun dalam kebanyakan kes, ketumbit akan sembuh dalam tempoh seminggu.

Ketumbit jenis kedua yang disebabkan penyumbatan kelenjar minyak (kalazion) pula 'tumbuh' lebih perlahan dan jika ia terlalu besar, ia mungkin boleh mengganggu penglihatan.

Ala kulli hal, ana dah ke klinik n doktor bagi ubat mata. Sekiranya bengkak pada mata ana tak surut, ana akan ke klinik semula. Doakan kesihatan ana pulih .

2 comments:

IMANNURBALQIS said...

syafaallah~boleh jadi dr dah ustazah nie...he3 selamat kembali ke kampus

Nur Humaira said...

syukran jazilah ats doa yang dikirimkan =)