
kEramatNya uKhuwah mElangkAui hBgn dAraH, kSh sYg kEranA Allah. TonggAk keKuataN dAlaM jEmaAh, dIgubAh Acuan aKidaH, tAk sEoraNg dIbiAr gUndaH, aNdaI dItAkdiR rEbah sEribU mEmbAhu Gagah..UkhuwaH fIllaH

Monday, October 25, 2010
a Journey call Life (2)

Friday, October 22, 2010
a Journey call Life


Saturday, July 31, 2010
Bijak Wang, Bijak Belanja, Anda Bijak
Tarikh : 21/8/09(mula 6.00 ptg-pendaftaran) hingga 22/8/09 (1 tghri)
Bersamaan 11&12 Ramadhan 1431 H
Hari : Sabtu & Ahad
Tempat : Masjid as-Solihin, Teras Jernang
Yuran : RM15
Sebarang pertanyaan :
Huda- 0137976804 ,
Natrah- 019-3744528
Pendaftaran nama, IPT secara sms kpd :
Zulaikha- 013-2578150
Hasinah - 013-3926285
Tarikh Tutup penyertaan : 16/8/2010
Apa yang menarik:-
1. Berbuka puasa dan bersahur sesama nisa’ dari pelbagai IPTsekitar Bangi
2. Mengenali nisa’ serdang
3. Grand Qiamullail- hanya nisa’
4. Kursus kewangan

Sunday, June 20, 2010
Apa nk jadi????Dunia dah terbalik
Nazri sokong lesen judi Piala Dunia, Tsu Koon setuju tangguh
DR. KOH TSU KOON
KUALA LUMPUR 19 Jun - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata, langkah kerajaan memberikan lesen menjalankan perniagaan perjudian kepada Ascott Sports Sdn. Bhd. adalah bagi menghormati hak masyarakat bukan Islam di negara ini.
Katanya, ini kerana kerajaan perlu mengambil kira kepentingan semua pihak dan bukannya masyarakat beragama Islam sahaja kerana amalan bertaruh merupakan sebahagian daripada cara hidup bagi sesetengah masyarakat bukan Islam.
"Jangan semua undang-undang berdasarkan keperluan orang Islam sahaja," katanya dipetik daripada laporan portal propembangkang, The Malaysian Insider hari ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini memberitahu pemberian lesen itu masih belum dimuktamadkan dan mengalu-alukan pendapat semua pihak mengenai perkara tersebut.
Bagaimanapun, seorang lagi Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon dalam satu sidang akhbar di sini hari ini pula memberitahu, keputusan kerajaan menangguhkan pemberian lesen judi itu amat dialu-alukan.
Beliau yang juga Presiden Gerakan menjelaskan, pemberian lesen judi akan hanya menambahkan ruang buat masyarakat terlibat dalam aktiviti pertaruhan.
Katanya, kegiatan berjudi boleh mendatangkan kesusahan hidup kepada sesiapa yang terlibat termasuk masalah moral dan sosial.
"Selama ini, Gerakan mengambil pendirian menentang (aktiviti) promosi pertaruhan dan perjudian kerana kita adalah para penganut agama-agama terhebat di dunia," katanya.
-sumber dari Utusan-BismiLLah...
Umat Islam kini sudah mengenepikan agamanya.Mereka lupa pada satu masa dahulu 3/4 dunia berada di bawah naungan Kalimah Tauhid "LailahaillaLLah". pada masa itu tidak ada kekejaman yang ditonjolkan oleh Khalifah yang memerintah. Sesunggunhnya Islam sangat benci pada kekerasan dan bukanlah Islam disebarkan dengan mata pedang melainkan ada pihak tertentu yang memulakan kekerasan.
Apabila Ulama dimatikan, mereka akan memilih pemimpin yang jahil dan pemimpin yang sesat itu akan menyesatkan mereka sangat2. Inilah yang berlaku pada negara kita Malaysia. Memilih pimpinan yang takut untuk menegakkan kalimah Allah di tanah air sendiri. Takut dengan agama sendiri. Tidak merasa Izzah dengan Islam.
Lebih mencintai dunia berbanding akhirat. Lebih takut pada kematian berbanding dosa yang dilakukan..

Monday, June 14, 2010
Takziah

iNNaliLLahi wa iNNa iLaihi raji`un...
KUALA LUMPUR, 14 Jun - Bekas Timbalan Presiden PAS, Ustaz Hassan Shukri meninggal dunia di Hospital Selayang kira-kira jam 2 petang sekejap tadi.
Beliau yang dimasukkan ke hospital Selayang pagi ini baru sahaja pulang dari Kota Bharu jam 10.30 malam tadi selepas menyertai Muktamar PAS ke 56 di sana. Turut serta bersama beliau malam tadi adalah Haji Subky Latif dan Haji Abdul Rahman.
Ustaz Hassan telah berada di Kota Bharu sejak Rabu 9 Jun lagi kerana menyertai mesyuarat Majlis Syura Ulama pada petang hari tersebut. Pada malamnya beliau menyertai majlis perasmian dewan-dewan oleh Mursyidul Am di Putik dan pada hari Khamis beliau menyertai Muktamar Dewan Ulama di Markas Dewan Ulama (Madu) di Machang.
Menurut Puan Naznah Taha, isteri Haji Subky, Ustaz Hassan telah membawa kereta yang dinaiki mereka bertiga dari Kuala Krai namun berhenti di Kuala Lipis kerana mengadu sakit dada.
Sesampai mereka di rumah jam 10.30 malam tadi, Ustaz Hassan terus mengadu sakit dada tetapi hanya mengesyaki akibat dari pajeri nenas yang beliau makan malam tadi.
Selepas tidak berhenti sakit, kira-kira jam 9.00 pagi tadi, Ustaz Hassan dihantar anak beliau ke Hospital Selayang. Selepas itu dibawa ke Unit Rawatan Jantung (CCU) dan meninggal dunia kira-kira jam 2.00 petang.
Jenazah beliau masih lagi di hospital kini.
Naznah yang merupakan rakan rapat keluarga Ustaz Hassan ketika bercerita kepada Harakahdaily berkata, buat pertama kalinya beliau dan isteri Ustaz Hassan, Puan Hamidah tidak mengiringi bersama suami masing-masing ke muktamar.
"Kali ini, Kak Midah berbolak-balik antara hendak pergi atau tidak ke muktamar kerana ada kenduri dekat sini. Hasilnya dia tidak pergi dan saya hanya pergi ke muktamar Dewan Muslimat dan terus pulang," cerita Naznah.
Sebelum timbalan Presiden, Ustaz Hassan pernah menjadi Naib Presiden dan juga Setiausaha Agung PAS. Beliau dianggap arkitek kepada Markas Tarbiyah PAS Pusat, Taman Melewar dan rumah beliau juga adalah bersebelahan dengan markas yang menjadi pejabat PAS sejak sekian lama sebelum berpindah ke Jalan Raja Laut.
Semasa menggulung perbahasan ucapan dasar, Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS, Mujahdi Yusof menyebut Ustaz Hassan adalah orang penting di belakang draf perlembagaan untuk memboleh tertubuhnya Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP).
Ini kerana, Ustaz Hassan adalah Pengerusi Jawatankuasa Teknikal pindaan perlembagaan untuk membolehkan DHPP ditubuhkan.
Jenazah Ustaz Hassan akan disembahyangkan jam 9.00 pagi esok di Surau Taman Melewar.
-sumber berita harakahdaily-

Thursday, May 27, 2010
10 muwasofat tarbiah
Tidak takabbur
Mempunyai pendirian
Tidak menipu
Tidak mencaci
Tidak mengadu domba
Tidak mengumpat
Tidak berdusta
Tidak mengejek
Tidak memperlekehkan sesuatu kumpulan
Tidak berkawan dgn orang yg berkelakuan buruk
Mengasihi orang yg lebih muda
Menghormati orang yg lebih tua
Menunaikan janji
Menundukkan pandangan
Menjaga rahsia
Menutup dosa orang lain
Cemburu terhadap isteri
Mempunyai perasaan cemburu atas agamanya

Wednesday, May 26, 2010
KarnivaL aUra Ungu

sebenarnYA dah lama ana nk tulis ttg Karnival ni tapi tertangguh disebabkan exam. ana bukannya kaki studi. esok nk exam, baru baca buku mlmnya. =)
nk dijadikan cerita, sahabat ana dari IPIK minta pertolongan ana n sahabat2 IPIS bantu jadi AJK persiapan tempat bagi prog ni tapi kami tak sempat pun nk g meting prog disebabkan prog bertindih dgn prog kami yang sedia ada. alhamduliLLah, akhirnya sempat juga kami jd AJK di waktu program dijalankan.
masa mula2 nk g prog ni, byk kali juga ana berfikir mcm mana ngan exam ana. sebab, ari isnin n selasa ana da paper arab n ana mmg tak sentuh apa2 pun arab. last2 ana wat keputusan bwk la nota arab mana yg ada n kalu sempat bc kat sana. tempat program dijalankan di Shah Alam. jauh la jugak kalu bg pd org yg tak suka berjalan. atas dasar ukhuwah, jauh mcm mana pun redah je la. yg ptg sahabat2 di tempat program menunggu kehadiran kami.

dalam kesempatan ini ana nk ucapkan jutaan terima kasih yg tak terhingga pada sahabat2 ana yg sanggup mengorbankan masa mereka demi membantu sahabat2 Nisa MALAYSIA menjayakan program kali ini.
pada Kak Siti Khadijah, Ikin, Aisyah, Kak Syuk jazakumullah khair jaza` atas kerelaan sahabat2 mengorbakan masa studi masing2.
mereka sanggup mengorbankan masa, tenaga n wang ringgit demi memberi kefahaman Islam pada masyarakat sekeliling. ana sebagai salah seorang rakyat negeri Selangor sangat terharu ats jasa sahabat2 ana. paling mengharukan pada Kak Syuk terima kasih sbb sudi teman saya memandu balik umah selepas abs program. kami siap2 kemas dewan kul 2.45 pagi n ana masa tu mohon sgt Allah permudahkan urusan sbb ana tak sabar dah nk balik tidur di rumah. alhamdulillah selamat sampai di rumah jam 4.00 pagi. macam tak percaya ja blk umah pg2 buta tapi inilah salah satu bentuk tarbiah yang harus diterima oleh mereka yang bergelar daie. mengorbankan waktu tidur demi kepentingan umat. pada adik aisyah, walaupun tertidur (-.-) di seat belakang, trima kasih sbb jd photographer scr tak langsung bagi merakamkan segala aktiviti yang kami lalui.
-masa ni da kul 2.40 pg)
len kali kalu ada program Nisa kita g sama ea. insya-Allah usrah Nisa akan menyusul bulan 6 nanti.

Wednesday, May 19, 2010
Anda Sedang Becouple ya?????

bismiLLah...
setelah puas menelaah petang tadi, ana berhenti seketika di selepas asar. da tak boleh nk baca buku. mata da berbalam-balam. akhirnya ana buka laptop dan mencari beberapa fail yang diperlukan untuk program yang akan datang. fail tak ketemu tapi ana jumpa artikel ini yang ana save dari Iluv Islam.
Kami tidak berzina !
Maaf, saya tidak menuduh awak berzina, tetapi awak menghampiri zina.
Kami hanya barbual-bual, berbincang, bertanya khabar, minum-minum di kafe. Adakah itu menghampiri zina?
Ya,perbuatan itu boleh menjerumuskan pelakunya ke lembah penzinaan.
Kami dapat mengawal perasaan dan kami tidak berniat ke arah itu.
Hari ini ya. Esok mungkin kamu kecundang.Iblis akan memerangkap kamu. Iblis amat berpengalaman dan tipu dayanya sangat halus. Ia telah menipu moyang kita yang pertama,Adam dan Hawa. Iblis amat licik. Ingat, pesanan Rasulullah : Janganlah engkau bersendirian dengan seorang wanita kecuali yang ketiganya, syaitan(Tabrani) . Kita lemah menghadapi tipu daya Iblis.
Tidak semestinya semua orang bercinta* menjurus kepada penzinaan. Ada yang bercinta dalam telefon dan hantar SMS sahaja. Tidak pernah bersua muka pun!
Betul .Tetapi itu adalah salah satu yang dimaksudkan dengan menghampiri zina. Memang pada awalnya tidak bersua muka. Tapi perasaan pasti bergelora, lambat laun desakan nafsu dan perasaan serta hasutan Iblis akan mengheret kepada suatu pertemuan. Pertemuan pertama tidak akan terhenti disitu sahaja.Percayalah, ia akan berlanjutan. Tidakkah itu boleh membawa kepada perzinaan akhirnya?
Takkan nak berbual-bual pun tak boleh? Itupun zina ke?
Zina ada bermacam-macam jenis dan peringkatnya, ada zina betul, ada zina tangan iaitu berpegang-pegangan, ada zina mata iaitu melihat kekasih dengan perasaan berahi. Zina hati iaitu dengan khayalan berahi dengan kekasih sepertimana yang digambarkan oleh Rasulullah: Kedua-dua tangan juga berzina dan zinanya adalah menyentuh. Kedua kaki juga berzina dan zinanya menuju ke tempat pertemuan. Mulut juga berzina dan zinanya adalah ciuman (Muslim dan Abu Daud). Sebenarnya jalan menuju kepada perzinaan amat banyak. Jangan biarkan diri kita melalui mana-mana jalan perzinaan.
Duduk berdiskusi pelajaran tak boleh ke? Bincang pelajaran sahaja!(bagi kes belajar berdua-duaan SAHAJA)* Berdiskusi pelajaran, betul ke? Jangan tipu. Allah tahu apa yang terselit di dalam hati hamba-hambaNya. Kita belajar nak keberkatan. Kalau cemerlang sekalipun, kalau tidak diberkati oleh Allah, kejayaan tidak akan membawa kebahagiaan. Hidup di dunia tidak bahagia,akhirat lagi lah. Jangan berselindung disebalik pelajaran yang mulia. Allah suka kepada orang berilmu. Jadi belajar hendaklah ikut batas dan ketentuan Allah. Belajar akan jadi ibadat. Adakah berdiskusi macam ni akan ditulis oleh malaikat Raqib dan Atid.
Tanya sikit,.. adik angkat, kakak angkat, abang angkat boleh ke? Ganti bercinta....
Semua itu adalah perangkap iblis dan syaitan. Hakikatnya adalah sama. Cinta yang diberi nafas baru. Kulitnya nampak berlainan, tetapi isinya adalah sama. Adik angkat, kakak angkat, abang angkat adalah suatu bentuk tipu daya iblis dan syaitan. Manusia yang terlibat dengan budaya angkat ini sebenarnya telah masuk dalam perangkap syaitan. Cuma menunggu masa untuk dikorbankan. Namakan apa nama sekalipun, abang angkat ke, motivator ke, semuanya adalah sama. Jalan akhirnya akan bertemu dengan zina. Jadi seolah-olah orang yang bercinta telah hilang maruah diri? Mengukur maruah diri bukan ditentukan oleh manusia tetapi oleh Pencipta manusia.Orang yang sedang mabuk bercinta akan mengatakan orang yang bercinta tidak menjejaskan maruah dirinya. Manakala, bagi orang yang menjaga diri, tidak mahu terlibat dengan cinta sebelum kahwin, akan mengatakan orang yang bercinta sudah tidak bermaruah lagi. Cintanya ditumpahkan kepada orang yang belum layak menerima cinta suci. Kalau begitu ukuran bermaruah atau tidak adalah ditentukan oleh Allah.
so, da abs baca...tepuk dada tanya iman

Tuesday, May 18, 2010
10 muwasofat tarbiah
2)Ibadah Yang Sahih
Bersuci dgn sempurna
Sangat menghargai solat berjemaah
Sangat suka berjemaah di masjid
Memperbaiki mutu solat
Qiamullail seminggu sekali
Menunaikan zakat
Berpuasa wajib
Berpuasa sunat sehari setiap bulan
Ada niat utk menunaikan haji
Beriltizam dgn adab-adab tilawah
Khusyuk ketka membaca al-Quran
Menghafaz 1 juzuk dari al-Quran
Berdoa pada waktu-waktu yg diutamakan
Mengakhiri harinya dengan taubat dan istighfar
Menjadikan setiap amalan mempunyai niat
Menjauhi dosa-dosa besar
Sentiasa membaca zikir pagi
Sentiasa membaca zikir petang
Mengingati Allah swt pada setiap situasi
Menunaikan Nazar
Menyebarkan Salam
Menahan anggota dari perkara haram
Beri’tikaf di bulan Ramadhan jika ada peluang
Menggunakan sugi/siwak
Sentiasa bersuci (berwudhuk) sedaya mungkin
......to be continued......

Saturday, May 8, 2010
10 muwasofat tarbiah
Antara 10 Muwasofat Tarbiah
1) Aqidah Sejahtera
Tidak menjampi kecuali dgn al-Quran yg ma’thurTidak berhubung dengan Jin
Tidak meminta bantuan dari orang yg meminta bantuan jin
Tidak menenung nasib
Tidak mendekati tukang tilik
Tidak mengusap kubur
Tidak meminta bantuan dari simati
Tidak bersumpah dgn selain Allah
Tidak mempercayai adanya sial
Mengikhlaskan amal kerana Allah
Mengimani rukun-rukun Iman
Mensyukuri Allah swt ketika menerima nikmat
Sentiasa sedar Syaitan adalah musuh
Menerima sepenuhnya dari Allah dan menolak sesuatu yg di turunkan selain Allah swt
* to be continued

Thursday, April 22, 2010
Harapan Anak-anak
apa perasaan anda bila melihat gambar anak-anak yg comel ini menangis? pastinya sedikit sebanyak hati kita akan turut merasa sedih dan kita mahu anak ini berhenti menangis. tangisan merupakan salah satu daripada nikmat yang Allah kurniakan pada manusia. bila kita menangis barulah kita sedar akan nikmat gembira.

tangisan anak-anak mungkin disebabkan pelbagai sebab. tapi apa yang ana nak kita muhasabah di sini tentang keadaan/suasana yang kita sediakan untuk anak-anak ini membesar. dalam era globalisasi kini, anak-anak membesar dalam keadaan yang penuh dengan cabaran dan dugaan yang semestinya kita sebagai golongan dewasa adakalnya turut hanyut dengan cabaran yang melanda.

lantas apakah peranan dan tanggungjawab kita sebagai golongan dewasa dalam pembinaan biah/suasana yang sihat bagi pembesaran anak-anak. mereka bukanlah orang lain. anak-anak ini yang akan menjadi penyambung warisan kita. merekalah penyambung perjuangan kita menegakkan agama Islam. dan anak-anak ini tidak mustahil akan menyalahkan kita kerana kita adalah cermin anak-anak. sekiranya kita sendiri merosakkan bangsa kita, ini beerti kita merosakkan pemimpin kita.
sepanjang praktikum ana telah membuat satu teori iaitu
ini kerana kata2 guru, tingkah laku guru, hati guru akan memberi kesan pada anak-anak. ana bukanlah guru yang terbaik tapi ana akan sentiasa cuba mendidik anak-anak ana kerana mereka adalah harapan ISLAM. mereka lah pejuang mata rantai para rasul, para syuhada dan moga kegemilangan ISLAM kan wujud dalam diri mereka dan persekitaran mereka.

Monday, April 5, 2010
guru, qudwah hasanah atau sebaliknya?

satu persoalan yang sering bermain dalam fikiran ana.guru dan cabaran masa kini...terdapat beberapa cabaran yang dihadapi guru zaman moden:
- anak-anak yang manja dengan teknologi
- ibu bapa yang sibuk kerja
- rakan seperjuangan tapi berlainan matlamat
- pihak pentadbir yang utamakan publisiti
- lain-lain pihak yang berkaitan
apabila berhadapan dengan cabaran-cabaran ini, maka sebagai guru kita harus merujuk pada guru yang utama dalam lipatan sejarah manusia. guru yang bukan sahaja berjaya mendidik masyarakatnya malahan berjaya mencipta satu tamadun yang paling agung di dunia. guru yang ana maksudkan adalah baginda Rasulullah S.A.W. baginda mampu menjadi contoh ikutan sepanjang zaman. biarpun perbezaan zaman baginda dan kita sangat berbeza namun itulah satu-satunya manusia yang masih disebut-sebut, masih dikenang-kenang hingga kini.

persoalannya sejauh mana kita sebagi guru mengenalinya dan sejauh mana pengenalan anak murid kita pada baginda? adakah anak murid kita lebih mengenali artis2 popular berbanding baginda yang wajib dicintai?
sebagai guru, setiap tingkah lakunya akan memberi kesan pada anak murid yang diajar. namun adakah kita sedar akan hal ini? setiap tingkah laku kita yang akan menentukan corak bangsa kita. andai selama ini kita menjadi guru kerana ia merupakan salah satu pekerjaan yang mampu kita galasi, maka kita telah silap. semua orang dewasa merupakan guru pada remaja dan kanak-kanak manakala remaja merupakan guru pada kanak-kanak. jika barisan pertama sudak goyah maka apakah yang akan berlaku pada barisan seterusnya?
perumpamaan yang mudah, jika kita menanam anak pokok durian, maka ia akan tumbuh menjadi sepohon durian.mana mungkin kita menanam anak pokok durian dan mengharapkan ia akan membesar menjadi sepohon rambutan. bagaimana cara kita mendidik anak-anak sekarang, maka mereka lah yang menjadi pemimpin pada masa akan datang. jika kita mahu pemimpin akan datang merupakan pemimpin yang bercirikan apa yang dikehendaki oleh Al-Quran dan As-Sunnah, maka bermula dari sekarang kita wajib menerapkan nilai-nilai Al-Quran dan Sunnah dalam diri anak-anak murid kita.

sesungguhnya peringatan demi peringatan itu sentiasa bermain di mata kita cuma apabila hati telah penuh dengan dosa dan titik hitam, kebaikan itu seolah-olah terkubur dan yang kita lakukan hanyalah mengundang kemurkaan Allah semata.

Friday, March 19, 2010
Engkau memang cantik
Sekadar PerkongSian

bismiLLah
alHamduliLLah,cuti da nak bas. nek skola ni ana akan mula bekerja dan belajar sebagai seorang guru@muallim. tapi lebih baik jadi seorang muaddib :)
Sempena Permulaan Praktikum ni, ana ada menjalankan beberapa kajian dalam kalangan para naqibah Yang akan mula mengajar mcm ana. ana ty tntg rancgn mereka menjalankan usrah sepanjang praktikum nanti.
Jawapan: (pelbagai versi ;)
- insya-Allah usrah dpt dijalankan spt biasa
- Saya dan anak2 usrah sem 5 insya-Allah sekiranya ad kesempatan akn dijalankan spt biasa
- Still wat usrah selagi saya sempat, kalu x, bg siap2 tajuk yang kena bncg pd ketua usrah tuk diorg bncg bila saya tak sempat
- Serah pd naqib kedua n sbg tgjwb sy gak ble la bg pesanan or risalah pd adk2, tadalah trus putus silah spnjg praktikum nanti, insya-Allah
- jalanla, tak semsti ari rabu, terpulang pd naqibah, jga ank buah sdr
- usrah biasa2 ja. klu tak sempat wat pengisian, ktorg wat riadah ptg2, tp lama dah tak wat. insya-Allah lps cuti ni akn jln blk.
- insy-Allah akn bjln mcm biasa lau xda aral melintang
- lantik ketua kumpulan utk wat diskusi buku ttg wanita di samping aktiviti usrah mcm biasa

Wednesday, March 10, 2010
Ketua hak asasi Eropah kritik pengharaman burqa

Beliau ketika berucap di Strasbourg, Perancis sempena Hari Wanita Antarabangsa mendakwa tindakan mengharamkan burqa tidak akan membebaskan kaum wanita daripada penindasan, tetapi memberi kesan sebaliknya.
Menurutnya, larangan memakai burqa dan niqab adalah pencerobohan terhadap privasi seseorang individu.
"Pengharaman burqa dan niqab tidak dapat membebaskan wanita yang ditindas, tetapi kemungkinan besar menyebabkan mereka disisihkan dalam masyarakat Eropah," katanya.
Hammarberg berkata, golongan yang menyokong pengharaman itu tidak dapat membuktikan bahawa wanita Islam bertudung lebih kerap ditindas berbanding orang lain.
"Mereka juga gagal mengaitkan pemakaian tudung sebagai punca yang menyebabkan demokrasi dan moral awam terjejas," katanya.
Kenyataan beliau itu adalah reaksi kepada tindakan keras beberapa negara Eropah berhubung isu pemakaian tudung dalam kalangan wanita Islam di rantau itu.
Majlis Hak Asasi Manusia Eropah diasaskan pada 1949 untuk melindungi hak asasi manusia dan demokrasi di Eropah.
*dipetik dari Sinar Harian

Friday, February 26, 2010
Salam Maulidur Rasul

BismiLLah...
alhamduliLLah atas niKmat Iman dan Islam yang masih dapat ana kecaPi hingga Kini
dah lama sangat ana tak menCoret apa yaNg berlakU dalam hidup ini
mungKin keraNa ana merAsakan Ianya tidak Perlu dikongsi
Mungkin Juga kerAna merAsakan Hidup terlaLu sibuk main Facebook?
MungkIn juga keraNa ada Perkara Lain yang lebih Utama
cuma kali INi ana terpanggil Menulis di dalam ruangan ini
sekadar Untuk meluahkan Rasa rindu
sekadar Untuk meluahkan Rasa Cinta
sekadar Untuk meluahkan segala-galaNya
bahawa Diri inI sangaT merindui
diri Ini sangAt mencintai
diri Ini tak Sabar untuK menemui kEkasih Hati
Ya RasuluLLah
telah berkurun Lamanya kau meninggalkan kami
telah berdekad lamanya umat inI kehilangan Rasul tErakhir
telah berzaman lamanya kami belajar tentang sunnahmu
Ya RasuluLLah
tanpamu tiadalah Islam dalam diri ini
Tanpamu tiadalah ketenangan dalam jiwa ini
tanpamu tiadalah kami mengenal Pencipta yang Hakiki
Ya RasuluLLah
biarpun telah lama kami ditinggalkan
biarpun telah lama dikau disemadikan
Sunnahmu tetap dijunjung berzaman-zaman
Dirimu tetap menjadi sanjungan
Peribadimu sentiasa dalam ingatan
Ya Rasulullah
ku Mohon syafaat yang dikurniakan Allah melaluimu
Ku Mohon kau lihat lah diri ini
dalam berjuta-juta umat yang akan kau Selamatkan
dalam Berbilion-bilion mahluk yang sentiasa ingin mendampingimu
dalam lautan manusia yang tak terbayang di benak fikiranku
Ya RasuluLLah
tiada lain yang kuidam-idamkan
tiada lain yang ku damba-dambakan
melainkan untuk melihatmu
melainkan untuk bersama denganmu
melainkan untuk merasai kehadiranmu dalam diriku
sungguh Engkau adalah insan mulia
sungguh Engkau adalah insan luar biasa
sungguh aku adalah insan hina
sungguh aku adalah insan yang selalu alpa
namun sungguh aku sangat ingin bersamamu
Ya Allah, kabulkan doaku
bantulah aku menemui kekasihmu
aku cemburu pada para sahabat yang dapat bergandingan dengannya
aku cemburu kerana aku masih lagi terperangkap dalam fitnah dunia
Bantu aku Ya Allah
mengubah diri ini
menjadi muslima sejati
kerana impianku untuk bersama dengan kekasih-Mu
di syurga yang abadi

KEM AL FATEH2
ANJURAN GAMIS PUSAT
26-28/2/2010
TEMPAT: RIMBA RIA SUARA HUTAN, SUNGAI CONGKAK, HULU LANGAT,SELANGOR
SESIAPA YANG BERMINAT BLH HUBUNGI
AKH AIMAN: 0136724667
DAN UKHTI HUSNA 0133007496
TEMPAT TERHAD UNTUK 100 PESERTA SHAJA
AYUH SELURUH MAHASISWA
~~ tertekan dengan nota-nota pengajian??
~~ sudah lama tidak berkhemah??
~~ mahu menyelami sejarah terdahulu??
~~ pernah dengar tentang Al Fateh?? Perang Hittin?? siapa tulang belakang disebalik tokoh-tokoh islam??
~~ mahu berkenalan dengan mahasiswa dari pelbagai kampus??
~~ RM10 sahaja..
AYUH BERAMAI-RAMAI SERTAI KAMI DI :
KEM ALFATEH II
>> mengajak golongan muda menyelami keindahan islam
>> mendalami sejarah- sejarah islam yang terdahulu
>> menggunakan pendekatan yang lebih santai
AKTIVITI
>> ibadah berjemaah
>> jungle trekking
>> perbentangan khusus tentang sejarah- sejarah dan tokoh-tokoh islam
>> brainstorm kumpulan
>> outdoor games

KONSERT TOUR D TAHFIZ
Monday, February 22, 2010
Forum: Media Kuasa Politik Baru PRU13
Ijazah Taranum...Minat tak?
Thursday, February 18, 2010
hOt NewS...

Assalamualaikum...
Ingin mendalami Islam?
Ingin meneroka rahsia di sebalik agama2 lain, HINDU, KRISTIAN, BUDDHA?
Jom Join satu perkongsian yang insya-allah membuka minda dan hati anda.
PROGRAM: IDT (INTERACTIVE DAKWAH TRAINING)
TARIKH: 27-28 FEB 2010
TEMPAT: DEWAN KULIAH IPG KAMPUS ILMU KHAS
MASA: 8.00 PAGI- 5.30 PETANG
PAKEJ PROMOSI:
* PAKEJ 1: RM50
* PAKEJ 2: RM 100 termasuk dakwah KIT
ANJURAN: BIRO KEROHANIAN JPP, JAPIM N JPHEP DENGAN KERJASAMA PERKIM AMPANG.
UNTUK PENDAFTARAN/ PERTANYAAN:
AIZUDDIN- 013 4750545
MARZIAH - 013 6022903
Friday, February 12, 2010
Amazing Blog

Wan Nurul Syakirah binti Wan Abdullah
> sahabat sekelas yang setia di sebelah ana dari tahun persediaan lagi (da 3 tahun)
> mendirikan rumah tangga dalam usia yang masih muda (20 tahun)
> seorang yang sentiasa mengambil berat tentang rakan sekelas (maklumla kami semua masih keanak-anakkan lagi :)
> pemandu kereta Satria Neo warna hitam (selalu bwk kami g jalan2 :)
> tegas dalam prinsip atau keputusan yang dipilih
* rasa nak tulis lagi, tapi soalan minta 5 ja. hu~
Tulis 10 fakta/hobi tentang diri sndiri sbelum memilih penerima award seterusnya..
> anak sulung daripada 5 orang adik-beradik
> hobi forever n ever ialah reading books (i will spend thousand 4 books only)
> suka terlibat dalam ap2 program especially yg membina keyakinan diri
> pernah mendaki gunung ledang (sejuk....tapi best)
> berminat dalam explore anything in website especially yg dpt membantu kerjaya sebagai guru
> minat sangat dengan aktiviti penyelidikan terutamanya dalam sains (i`m crazy with sceince)
> harta peribadi setakat ni ada 4 hp (beli sdr) n 3 lptp pinjaman dari ayah
> salah seorang pemilik naza suria WRM 3796 warna hijau
> seorang yg temper gak kdg2 n skrg dlm usaha untuk mengurangkan temper
> sometimes i feel that i can do it because i dont want to burden anyone
Pilih penerima award seterusnya..n describe tentang mereka..
> Ikhwan (Presiden Mten)
> Dila (Timbln Presiden MTEN)
> Adik Faz (my beloved sister-always there 4 me)
> Adik Comei@tIm ( My beloved sister - Always support me in anything)
> Syukur (my classmate)
