Sunday, June 20, 2010

Apa nk jadi????Dunia dah terbalik

Nazri sokong lesen judi Piala Dunia, Tsu Koon setuju tangguh

KUALA LUMPUR 19 Jun - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata, langkah kerajaan memberikan lesen menjalankan perniagaan perjudian kepada Ascott Sports Sdn. Bhd. adalah bagi menghormati hak masyarakat bukan Islam di negara ini.

Katanya, ini kerana kerajaan perlu mengambil kira kepentingan semua pihak dan bukannya masyarakat beragama Islam sahaja kerana amalan bertaruh merupakan sebahagian daripada cara hidup bagi sesetengah masyarakat bukan Islam.

"Jangan semua undang-undang berdasarkan keperluan orang Islam sahaja," katanya dipetik daripada laporan portal propembangkang, The Malaysian Insider hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini memberitahu pemberian lesen itu masih belum dimuktamadkan dan mengalu-alukan pendapat semua pihak mengenai perkara tersebut.

Bagaimanapun, seorang lagi Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon dalam satu sidang akhbar di sini hari ini pula memberitahu, keputusan kerajaan menangguhkan pemberian lesen judi itu amat dialu-alukan.

Beliau yang juga Presiden Gerakan menjelaskan, pemberian lesen judi akan hanya menambahkan ruang buat masyarakat terlibat dalam aktiviti pertaruhan.

Katanya, kegiatan berjudi boleh mendatangkan kesusahan hidup kepada sesiapa yang terlibat termasuk masalah moral dan sosial.

"Selama ini, Gerakan mengambil pendirian menentang (aktiviti) promosi pertaruhan dan perjudian kerana kita adalah para penganut agama-agama terhebat di dunia," katanya.

-sumber dari Utusan-


BismiLLah...

Umat Islam kini sudah mengenepikan agamanya.Mereka lupa pada satu masa dahulu 3/4 dunia berada di bawah naungan Kalimah Tauhid "LailahaillaLLah". pada masa itu tidak ada kekejaman yang ditonjolkan oleh Khalifah yang memerintah. Sesunggunhnya Islam sangat benci pada kekerasan dan bukanlah Islam disebarkan dengan mata pedang melainkan ada pihak tertentu yang memulakan kekerasan.

Apabila Ulama dimatikan, mereka akan memilih pemimpin yang jahil dan pemimpin yang sesat itu akan menyesatkan mereka sangat2. Inilah yang berlaku pada negara kita Malaysia. Memilih pimpinan yang takut untuk menegakkan kalimah Allah di tanah air sendiri. Takut dengan agama sendiri. Tidak merasa Izzah dengan Islam.

Lebih mencintai dunia berbanding akhirat. Lebih takut pada kematian berbanding dosa yang dilakukan..


2 comments:

bisikan insan said...

betul2 akak...dunia akhir zaman..

Nur Humaira said...

syukran ya Faqeh ats info yg diberi