Thursday, April 22, 2010

Harapan Anak-anak


bismiLLah..

apa perasaan anda bila melihat gambar anak-anak yg comel ini menangis? pastinya sedikit sebanyak hati kita akan turut merasa sedih dan kita mahu anak ini berhenti menangis. tangisan merupakan salah satu daripada nikmat yang Allah kurniakan pada manusia. bila kita menangis barulah kita sedar akan nikmat gembira.
tangisan anak-anak mungkin disebabkan pelbagai sebab. tapi apa yang ana nak kita muhasabah di sini tentang keadaan/suasana yang kita sediakan untuk anak-anak ini membesar. dalam era globalisasi kini, anak-anak membesar dalam keadaan yang penuh dengan cabaran dan dugaan yang semestinya kita sebagai golongan dewasa adakalnya turut hanyut dengan cabaran yang melanda.
lantas apakah peranan dan tanggungjawab kita sebagai golongan dewasa dalam pembinaan biah/suasana yang sihat bagi pembesaran anak-anak. mereka bukanlah orang lain. anak-anak ini yang akan menjadi penyambung warisan kita. merekalah penyambung perjuangan kita menegakkan agama Islam. dan anak-anak ini tidak mustahil akan menyalahkan kita kerana kita adalah cermin anak-anak. sekiranya kita sendiri merosakkan bangsa kita, ini beerti kita merosakkan pemimpin kita.

sepanjang praktikum ana telah membuat satu teori iaitu
"SEORANG GURU PERLU MENJADI SEPERTI MALAIKAT"

ini kerana kata2 guru, tingkah laku guru, hati guru akan memberi kesan pada anak-anak. ana bukanlah guru yang terbaik tapi ana akan sentiasa cuba mendidik anak-anak ana kerana mereka adalah harapan ISLAM. mereka lah pejuang mata rantai para rasul, para syuhada dan moga kegemilangan ISLAM kan wujud dalam diri mereka dan persekitaran mereka.

No comments: