Thursday, October 29, 2009

Jumpa Doktor Sebelum Kahwin...


BEBERAPA negeri mewajibkan bakal pengantin lelaki dan wanita Islam supaya menjalani ujian HIV dan penyakit kelamin (STD).

Ujian sama dijangka di perluaskan ke seluruh negara dalam tempoh terdekat ini.
Usaha mewajibkan pasangan belum berkahwin supaya menjalani ujian HIV/STD ini baik untuk keturunan yang akan datang, tidak kira bangsa, agama atau keturunan.

Ujian sama juga boleh melindungi pasangan itu.

Selain ujian HIV/STD, pasangan Islam hanya diwajibkan menjalani kursus pra-perkahwinan sebelum dibenarkan berkahwin.

Bagaimanapun, saya mencadang dan menasihatkan setiap pasangan yang ingin berkahwin supaya menjalani pemeriksaan kesihatan yang lebih meluas, terutama seksual seperti tahap kesuburan dan sebagainya, bagi mengelak sebarang masalah pada masa depan.

Ini kerana saya bimbang apabila melihat fenomena pasangan baru berkahwin tetapi tidak mampu berbuat apa-apa berikutan ketidakupayaan daripada segi seksual.

Masalah ini mampu menghadirkan masalah kronik di dalam masyarakat kerana kegagalan menanganinya berikutan sikap malu dan ego untuk berjumpa pakar akan mengakibatkan kemusnahan rumah tangga yang didirikan.

Perlu diingatkan, mengambil ujian darah di makmal tanpa penerangan daripada doktor hanya sia-sia dan lebih membimbangkan ialah salah tafsiran sehingga menyebabkan masalah besar di kemudian hari.

Saya juga ingin memberi amaran, keghairahan sesetengah lelaki berjumpa bomoh, dukun dan tukang urut untuk ‘kekuatan’ mereka bagi menghadapi malam pertama boleh memudaratkan dan kesilapan besar akan mengakibatkan lelaki terbabit menjadi ‘mati pucuk’.

Saya cadangkan mana-mana lelaki yang kurang pasti atau berasa ada sesuatu yang tidak kena pada organ seksual mereka berjumpa pakar sakit tuan atau doktor untuk mengemukakan soalan dan mendapat kepastian.

Pengendalian kesihatan tidak boleh dilakukan secara menelefon atau surat menyurat.

Misalnya, jika individu itu berasa anggota sulitnya tidak normal daripada segi saiz dan ukuran, perkara ini perlu mendapat kepastian doktor.

Begitu juga dengan lelaki yang menjalani ujian air mani dan disahkan ada kekurangan sesuatu, dia perlu rujuk kepada doktor, bukan sekadar makan ubat atau makanan tambahan berdasarkan ‘cakap dengar’ daripada mereka yang tidak mempunyai kepakaran.

Bagi mereka yang hendak berjumpa, saya ada di Damai Service Hospital, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur untuk rujukan masalah berkaitan sakit tuan.

Oleh Dr.Ismail Thamby

No comments: