Saturday, March 7, 2009

...



...
kerana tak berterus terang
ukhuwwah ini kita gadaikan
demi kepentingan diri
di manakah janji untuk bersama saling membantu?
di manakah titik persamaan kita?
bukankah di jalan ini kita berjanji setia?
sahabat,
tuntutlah janji dariku
andai aku yang sebenarnya alpa dan leka
melupakan kalian lantaran sibuk dengan kehidupan duniaku
walhal aku mengetahui bahawa dunia hanya persinggahan
moga kita kan bersama di syurga abadi
kerna sekali bersahabat
maka selamanya tetap bersahabat
maka selamanya kamulah yang bertakhta di hati ini
walau tak ku zahirkan
walau tak ku ucapkan
yakinlah diri ini sentiasa menyayangi kalian
...


No comments: