Thursday, October 29, 2009

Jumpa Doktor Sebelum Kahwin...


BEBERAPA negeri mewajibkan bakal pengantin lelaki dan wanita Islam supaya menjalani ujian HIV dan penyakit kelamin (STD).

Ujian sama dijangka di perluaskan ke seluruh negara dalam tempoh terdekat ini.
Usaha mewajibkan pasangan belum berkahwin supaya menjalani ujian HIV/STD ini baik untuk keturunan yang akan datang, tidak kira bangsa, agama atau keturunan.

Ujian sama juga boleh melindungi pasangan itu.

Selain ujian HIV/STD, pasangan Islam hanya diwajibkan menjalani kursus pra-perkahwinan sebelum dibenarkan berkahwin.

Bagaimanapun, saya mencadang dan menasihatkan setiap pasangan yang ingin berkahwin supaya menjalani pemeriksaan kesihatan yang lebih meluas, terutama seksual seperti tahap kesuburan dan sebagainya, bagi mengelak sebarang masalah pada masa depan.

Ini kerana saya bimbang apabila melihat fenomena pasangan baru berkahwin tetapi tidak mampu berbuat apa-apa berikutan ketidakupayaan daripada segi seksual.

Masalah ini mampu menghadirkan masalah kronik di dalam masyarakat kerana kegagalan menanganinya berikutan sikap malu dan ego untuk berjumpa pakar akan mengakibatkan kemusnahan rumah tangga yang didirikan.

Perlu diingatkan, mengambil ujian darah di makmal tanpa penerangan daripada doktor hanya sia-sia dan lebih membimbangkan ialah salah tafsiran sehingga menyebabkan masalah besar di kemudian hari.

Saya juga ingin memberi amaran, keghairahan sesetengah lelaki berjumpa bomoh, dukun dan tukang urut untuk ‘kekuatan’ mereka bagi menghadapi malam pertama boleh memudaratkan dan kesilapan besar akan mengakibatkan lelaki terbabit menjadi ‘mati pucuk’.

Saya cadangkan mana-mana lelaki yang kurang pasti atau berasa ada sesuatu yang tidak kena pada organ seksual mereka berjumpa pakar sakit tuan atau doktor untuk mengemukakan soalan dan mendapat kepastian.

Pengendalian kesihatan tidak boleh dilakukan secara menelefon atau surat menyurat.

Misalnya, jika individu itu berasa anggota sulitnya tidak normal daripada segi saiz dan ukuran, perkara ini perlu mendapat kepastian doktor.

Begitu juga dengan lelaki yang menjalani ujian air mani dan disahkan ada kekurangan sesuatu, dia perlu rujuk kepada doktor, bukan sekadar makan ubat atau makanan tambahan berdasarkan ‘cakap dengar’ daripada mereka yang tidak mempunyai kepakaran.

Bagi mereka yang hendak berjumpa, saya ada di Damai Service Hospital, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur untuk rujukan masalah berkaitan sakit tuan.

Oleh Dr.Ismail Thamby

Tanggungjawab sebelum berumah Tangga

Untuk menolong kita di dalam usaha-usaha membina rumah tangga yg Islami, Islam telah memberikan petunjuk kepada kita. Diantaranya adalah:

SATU: Pernikahan kita haruslah kerana Allah.

Iaitu bertujuan utk:
-membina sebuah rumah tangga yg Islami-melahirkan keturunan yg soleh-membina keluarga yg sanggup memikul amanah dan dapat melaksanakan kewujudan hidayah Allah sehingga hidayah tersebut akan terus berlanjutan.

DUA: Pernikahan ditujukan untuk menjaga pandangan & kehormatan kita sehingga kita betul-betul bertakwa kepada Allah.

Rasulullah SAW telah bersabda:
"Allah berhak menolong tiga golongan: orang yg berjihad di jalan Allah,hamba mukatab yg ingin membayar harga tebusannya, dan orang yg menikah dgn tujuan utk memelihara kehormatan dirinya." (HR Tirmidhi, Ibn Hibban, dan Al-Hakim).

Sabda Rasulullah SAW yg lain:

"Barang siapa yg menikah bererti dia telah menyempurnakan sebahagian agamanya, maka hendaklah dia bertakwa kepada Allah yg merupakan sebahagian lainnya lagi." (HR al-Baihaqi)

TIGA: Kita haruslah bijak dalam memilih pasangan hidup yg akan menjadi teman hidup kita yg diharapkan dapat seiring dan sejalan. Ini memerlukan usaha yg sungguh-sungguh.

Rasulullah SAW telah bersabda:
"Pilihlah (yg terbaik) utk keturunanmu karena (kegagalan dari) satu generasi akan menuju kepada krisis." (HR Ibnu Majah dan Abu Mansur)

EMPAT: Kita hendaklah memilih pasangan hidup yg memiliki akhlak yg baik & berpegang teguh kepada agama, jadi kekayaan dan wajah bukanlah ukuran utama.

Sabda Rasulullah SAW:
"Janganlah kamu menikahi wanita kerana kecantikannya; boleh jadi kecantikannya itu akan membuat mereka hina. Janganlah kamu menikahi wanita kerana hartanya; boleh jadi hartanya itu akan membuat mereka zalim. Tapi nikahilah mereka kerana agamanya. Wanita hamba sahaya yg tuli namun beragama adalah lebih baik." (HR Ibnu Majah)

LIMA:

Seperti yg disabdakan oleh Rasulullah s.a.w:
"Siapa yg menikahi wanita kerana ketinggian kedudukannya, pernikahan itu tidak akan membawa sesuatu kepadanya kecuali kehinaan. Barangsiapa menikahi wanita kerana hartanya maka itu tidak akan menambah sesuatu kepdanya kecuali kemiskinan. Barangsiapa yg menikahi wanita kerana keturunannya, perkawinan itu tdk akan menambah sesuatu kepadanya kecuali hina dina. Dan barang siapa yg menikahi wanita dg tujuan agar dapat menahan pandangannya, memelihara kehormatannya atau menghubungkan silaturahim, Allah akan memberikan berkah kepadanya bersama wanita itu dan memberikan berkah kepada wanita itu bersamanya." (HR Abu Nuaim)

PersoLan sebelum Berkahwin


bismiLLah...

alhamduliLLah, ari ni dapat jemputan walimah dari sahabat sepengajian yang bakal melangsungkan majlis mereka pada bulan Disember nanti. ana menagmbil kesempAtan untuk mengucapkan Tahniah pada Nurul Azizah Omar dan Muhammad Amiruddin Husain bin Ahmad. Semoga baitul muslim yang dibina bakal membina kader2 baru dalam memartabatkan Islam.

berikut merupakan sebahagian petikan yang ana peroleh daripada lambakan emel yang setiap hari memenuhi inbox ana.

<><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><>


ADA banyak perkara yang perlu anda pertimbangkan dalam hubungan anda sebagai pasangan kekasih kerana ia akan mempengaruhi masa depan kehidupan anda bersama.

Perkahwinan bukan sekadar berpandukan kepada cinta semata-mata. Jika cinta yang dijadikan asas, besar kemungkinan perkahwinan yang didirikan berhadapan dengan pelbagai masalah.

Pandangan keluarga, perancangan masa depan, persamaan dan perbezaan antara anda dan teman perlu dibincangkan bersama sebelum anda mencapai kata sepakat untuk mendirikan rumah tangga.

Bak kata orang, perkahwinan bukan sekadar anda dan pasangan, sebaliknya ia membabitkan banyak pihak dan isu. Ketika bercinta semuanya indah, tetapi apabila sudah melangkah ke alam perkahwinan barulah tampak kepincangan masing-masing.

Tanpa perbincangan, anda akan mengalami pelbagai masalah kelak, justeru tetapkan hala tuju anda dan pasangan sebelum mengambil langkah lebih serius. Persoalan berikut mungkin boleh dijadikan pertimbangan.

Pengalaman ketika kecil ketika bersama keluarga.

Apakah pengalaman duka masa kanak-kanak akan menjejaskan perkahwinan anda?

Kasih sayang daripada ibu bapa.

Apakah ibu bapa anda mesra, mengambil berat dan penyayang atau adakah mereka sering berselisih faham?

Latar belakang agama.

Adakah anda seorang yang beriman dan bertakwa?

Pendidikan.

Apakah anda dan pasangan memiliki taraf pendidikan yang sama? Apakah anda berasa tergugat jika pasangan anda memiliki taraf pendidikan yang lebih tinggi? Apakah anda bercita-cita untuk melanjutkan pelajaran?

Latar belakang budaya dan sosioekonomi.

Bandingkan latar belakang masing-masing - lebih besar perbezaan antaranya maka lebih besarlah kemungkinan wujudnya masalah berkaitan adat resam, kehidupan berkeluarga, harapan tradisi dan sebagainya.

Kepintaran.

Apakah anda lebih pintar daripada pasangan anda atau sebaliknya? Apakah ini mungkin mencetuskan rasa iri hati?

Hubungan dengan mentua.

Apakah pandangan saudara mara anda mengenai calon pilihan anda dan bagaimana hubungan anda dengan mentua?

Sikap dari segi kewangan.

Apakah anda akan berbincang mengenai cara menguruskan kewangan selepas berkahwin?

Bilangan anak.

Apakah anda dan pasangan bercanggah pendapat mengenai bilangan anak dan perancangan keluarga? Apakah anda berbincang mengenai tanggungjawab sebagai ibu bapa dan cara membesarkan anak?

Masalah seksual.

Apakah perasaan anda dan pasangan terhadap kemampuan seksual masing-masing? Anda berdua patut menjalani pemeriksaan fizikal dan khidmat kaunseling bagi memastikan tiada masalah seksual.

Pemilih tempat tinggal.

Di manakah anda berdua akan tinggal selepas berkahwin - di rumah sendiri atau mentua. Jika memilih untuk tinggal di rumah mentua dapatkah anda menyesuaikan diri dengan mereka?

Anda Bersedia Untuk Menjadi Ibu Bapa?

Dalam perkahwinan, pasangan biasanya akan merancang untuk mempunyai anak. Perkara ini wajar dibincangkan ketika anda merancang untuk berkahwin. Ada banyak persoalan yang perlu dijawab terlebih dulu. Adakah anda benar-benar mahukan anak? Berapa ramai? Bila? Anda dan pasangan wajar membincangkan tahap persediaan untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai ibu bapa, juga sama ada anak akan melengkapi kehidupan berkeluarga serta beban kewangan yang bakal dihadapi.

Panduan berumah tangga Smartstart Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara

Thursday, October 22, 2009

beDah Buku...BidaYatUL hiDayah (1)

bisMiLLah

alhAmdiliLLah bersyuur atas nikmat yang Allah kurniakan pada diri ini masih mampu bernafas hingga tika ini.

minGGu ini merupakan minggU yang agak Lengang dari Kerja akaDemik dan sibuk BAgi kerja luAr. segala tugasan/assgnmnt telah siAp dan dalaM proses penYemaKan olEh PensyaraH.

miNGgu ni rasa letih sangat tanpA diketahuI apa puncaNya. asalkaN ada masa ana akan gunakan masa untuK tidur. tapi tak lah selalU ana tidur sebab biLa tidur ana raSa rugi masa. leBih baIk ana gunaKan masa untUk membaca Buku. setakat ni ana Sedang membaCa buku BidayaTuL Hidayah karangAn huJJatuL Imam Al-Ghazali.

antara perkaRa yang menarIk tentang buku ini iaLah Al-Ghazali telah menerangkaN beberapa adab dalam kehiDupan seharian. tak dapat dinafikan Adab memainkan Peranan yanG penTing dalaM kehidupaN kitA. adab Yang Mengajar Kita untUk menjadi seorang insan Yang berakhlAk muLia dan Insan yang BerakhlAk mulIa lebih disukai daripada insan Yang berIlmu tetapi mempunYai akhlak yang buruK.

Tuesday, October 20, 2009

Monday, October 19, 2009

raya daTang lagi

bismiLLah...

meskipun Syawal hampir ke penamatnya namun ana baru nk mula raya sebab...

akhirnya ana berjaya menamatkan puasa 6 syawal

Alhamdulillah

hutang dengan Allah dah bayar + puasa 6 hari= nikmAt

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

sebenarnya nk cite puasa kali ini sangat berbeza dengan puasa sebelum ini

puasa kali ini Allah banyak bagi peluang untuk ana untuk beribadah

untuk merasai hampir sebulan puasa

memula macam tak percaya gak dapat puasa sebulan

teruja nk puasa sebulan

tapi Allah maha mengetahui

Dia beri apa yg terbaik bagi ana

cuma satu yg ana harap selalu

amalan2 ana diterima n dihitung semasa tempoh dihisab nanti

moga apa yang ana lakukan dipandang Allah walaupun ana hanya hamba yang hina n bukanlah seorang yang selalu beramal

ana cuma buat apa yg mampu n ingt n rela

ana bukan sentiasa berbuat baik tapi ana cuba menjadi hamba yg terbaik