Thursday, February 19, 2009

"adik-adik". wasiat iNi kutitiP khas buAt kaliaN...

BISMILLAH...

ALHAMDULILLAH...SEGALA PUJIAN BAGI ALLAH YANG MASIH MEMBERI PELUANG BAGIKU UNTUK MENERUSKAN HIDUP INI. HIDUP YANG SENTIASA DINANTI OLEH ORANG BERIMAN BAGI MENAMBAH LAGI AMALAN DAN MENGHAPUS DOSA YANG TERCIPTA SEPANJANG KELALAIAN.

wahai adik tercinta,
mengertilah hakikat kehidupan,
tak selamanya kita kan menempuh kesenangan,
tak selamanya kita kan menempuh kesusahan,
kita tak semestinya bersahabat baik,
tak mustahil kita akan bermusuh.


Wahai adik tercinta,
dengarlah nasihatku ini,
ambil yang jernih,
buang yang keruh.


Wahai adik tercinta,
aku hanya seorang kakak yang mempunyai amanah dari Tuhan,
membawa adik mengenal siapa pencipta kita,
memperkenalkan keagungan Allah,
membicarakan kejaiban ciptaan-Nya.


Wahai adik tercinta,
tugasku hanyalah menyampaikan ilmu yang kutahu,
penerimaan mu bukanlah dalam kekuasaan-Ku,
saat kau menolak diri ini,
aku mengerti perasaan nabi kita,
org yg dikasihi tidak seakidah,
namun adikku,
aku sentiasa mengharap yang terbaik bagi dirimu,
moga dikau ketemu insan yang lebih baik dariku,
moga dikau ketemu insan yang lebih kau senangi,
aku tak kan pernah melupakan mu,
kerna kita adalah adik-kakak,
pesanku letakkan Al-Quran dan Sunah dalam setiap perbuatan.



Ya Allah, bimbinglah adikku ini.
dia sangat mengharapkan kasihmu,
tapi mungkin kerana khilaf di hadapannya,
maka Dia kabur mencari Cintanya,
kurniakan dia insan yang kan selalu membimbingnya,
kerna inilah dayaku,
sebagai kakak pada "adik-adik" yang kucintai selamanya LILLAHITAALA

No comments: