Friday, December 25, 2009

HIjrah

BismiLLah

ALhamdulillah.sempena masuk tahun baru hijrah, ana decide nk tukar layout br tuk blog ana. ana masih menambah baik apa yg ada dalam blog ini. mOga sahabat2 dapat beri pandangan n komen ttg new design blog ana kali ni.

MyEm0.Com


Tuesday, December 22, 2009

Kelas ngajI

bismillah...

Alhamdulillah..ana masih diberi peluang untuk menulis dalam kesuntukan masa yang sering menghimpit diri.

Baru-baru ni (21/12/09), seorang kenalan telah meminta pertolongan ana untuk membantu beliau membuka satu kelas mengaji di Tasik Kesuma. Tempat ni agak jauh dari rumah ana dalam 20km. walaupun jauh n dalam keadaan yang tak la berada sangat ana cuba mengikhlaskan diri pergi membantu kenalan ana.

EXCITED

kenalan ana menyewa di Fasa 4 Tasik Kesuma dekat ngan surau ikhwan. Beliau baru berpindah seminggu ke taman itu dan banyak lagi barang yang dia tak amik dari rumah lama. jadi suasana rumah mcm baru berpindah la kan? atau lebih tepat lagi ana nk kata mcm dok umh baru posting atau br kahwin. kosong ja umah. best gak rasa. sebab selama ni dok umah ngan mak ayah sume da siap isi. sekali sekala dok umah kosong ni baru la ana rasa susah, rasa bersyukur atas apa yang ada selama ni.


MyEm0.Com


RAGAM ADIK2

Buah Cempedak di luar pagar,
Ambil galah tolong tunjukkan,
Saya budak baru belajar,
Kalu salah tolong tunjukkan.

Adik2 yang datang mendaftarkan diri agak ramai. dalam 30 orang dan bilangan guru seramai 40 orang. itupun ada yang tak datang lagi. bila cuti sekolah ni mcm biasa la. oTak pun cuti juga. sebab tu kena buat sesuatu agar kita tak beku dalam kebekuan cuti.

adik2 ni pun datang ngaji, ada yang masih salah bahagian dengung terutamanya. ana bukan nk kondem atau ap cuma ana semak adik ni da baca AQ juzu` 11 dan keatas tapi masih ada salah tajwid yang asas. macam mana dia baca juzu` yg sebelum2 ni. Pelik2.

bila ajar adik2 ni ana teringat macam mana guru2 ana ajar ana yang nakal dulu sampai jadi baik mcm ni . (perasan ja... ((^,^))

PSIKOLOGI PENDIDIKAN

ramai guru senior kata bila masuk kelas wat pertama kali jangan lembut sangat ngan budak2, nanti mereka naik kepala. mmg betul kot..ana tak pernah masuk kelas tuk ajar secara rasmi lgi sejak dapat tauliah untuk menjadi seorang guru.

masa mula2 ana ngajar adik2 tu ana rasa mcm wat usrah lak. da terbiasa. "Mula2 kita taaruf dulu. Nama adik sapa?" tiba2 ana tersedar yang ana tersalah masuk kelas. ana nk ajar ngaji bukan nk bg usrah kat adik2 ni. (^,^) kita usrah hari lain ea adik2

lepas da taaruf sket2 ana pun mula ajar depa. main2 depa ni. ana wat serius. ana minta adik tu duduk tegak n serius. tarik nafas baru baca. ana pegang rotan n wat2 rotan adik tu. rotan2 sayang ja. baru la adik tu baca betul2. ada gak ana dengar adik tu kata "Garangnya uztazah ni"

ISTIQAMAH

Nak istiqamah ni bukan benda mudah. nak minta adik2 ni istiqamah ngan ngai, an ala yang kena istiqamah dulu. tu la salah satu kebaikan jadi guru. nk suruh anak murid jadi baik, guru kena jadi baik dulu. Baru ilmu yang diajar berkesan pada adik2 n anak2 murid. Ana berdoa agar Allah menetapkan hati kami dlaam jalan ini. Moga kami terus berada dalam jalan kebaikan walau di mana kami berada. Moga anak didikku kan selalu dalam rahmat Allah Taala.

SETIAP AMALAN BERMULA DENGAN NIAT

YA Allah, ku pohon kekuatan dari-Mu. JAdikanlah apa yang aku lakukan ini sebgai salaaku ph satu langkah untuk aku mendekatimu. Jadikanlah aku antara insan yang kau pilih untuk mendapat hidayahMu. Jadikanlah sahabat disekelilingku adalah insan soleh untuk memanduku berjalan dalam dunia yang fana ini.

Thursday, December 10, 2009

Tugasan Usrah


1- RuhiYyah

* membaca dan mentadabbur AQ daripada mana2 bahagian AQ sebanyak 1 Juzu`






2- Jasadiyah

* membantu ibu mengemas rumah setiap hari/ ikut kesesuaian sekurang-kurangnya
seminggu sekali

3- Fikrah

* membaca bahagian kedua buku "Apa ertinya saya Menganut agama Islam.
* membuat ulangkaji tajuk pertama dan membuat peta minda bagi tajuk yang ditetapkan


4- Input ++

* membantu ibu menyediakan satu resepi menu masakan beserta bukti dalam bentuk
gambar

* gambar hiasan

5- Ukhuwwah
* menghantar mesej dalam bentuk tazkirah/ Bertanya khabar sekurang2nya sekali seminggu
sesama ahli usrah

6- Cetusan idea
* Membuat satu karangan/ catatan ringkas "Usrah kita akan lebih menarik jika......"

Minat Tak Sugar?


Apakah sebenarnya gula?

Gula adalah makanan tanpa khasiat yang paling banyak dimakan dan memudaratkan.

Gula cuma menambah kalori dan akan disimpan sebagai lemak di dalam tubuh. Ia tidak

langsung berzat malah akan menyingkirkan zat yang sedia ada dalam tubuh. Gula juga

adalah penyebab utama kegemukkan!

Adakah badan kita perlukan gula?

Tidak perlu langsung! Ini kerana tubuh kita akan menukarkan banyak sumber makanan yang

lain kepada glukosa apabila badan perlukan tenaga.


Saturday, December 5, 2009

Rindu Sahabat

BismiLLah..

AlhamduliLLah segala puji-pujian hanya pada Allah yang esa pencipta sekalian alam. Dia lah yang menghidupkan dan mematikan diriku. Dan aku bersyukur pada hari ini ana masih diberi peluang mencari zarah2 amalan kebajikan untuk dibawa bersama menuju hari perhitungan yang tidak ada perhitungan yang lebih adil melainkan hitungan Allah Taala.

Tulisan kali ni nk menzahirkan apa yang selama ni terbuku dalam hati dan tabiaat yang dah lama tak buat iaitu bermadah pujangga.

Tika ini aku sedang duduk di buaian di bawah pohon rambutan sambil ditemani adik yang sedang membaiki motosikalnya.

Tika ini aku sedang mendengar bunyi kapal terbang yang berjalan di udara menuju ke destinasinya yang tidak ku ketahui.

Tika ini aku sedang teringat nostalgia lama aku dan dia.

Untukmu Teman

Untukmu Teman

Di sini kita pernah bertemu
Mencari warna seindah pelangi
Ketika kau menghulurkan tanganmu
Membawaku ke daerah yang baru

Kini dengarkanlah
Dendangan lagu tanda ikatanku
Kepadamu teman
Agar ikatan ukhuwah kan
Bersimpul padu

Kenangan bersamamu
Takkan ku lupa
Walau badai datang melanda
Walau bercerai jasad dan nyawa

Mengapa kita ditemukan
Dan akhirnya kita dipisahkan
Munkinkah menguji kesetiaan
Kejujuran dan kemanisan iman
Tuhan berikan daku kekuatan

Mungkinkah kita terlupa
Tuhan ada janjinya
Bertemu berpisah kita
Ada rahmat dan kasihnya
Andai ini ujian
Terangilah kamar kesabaran
Pergilah derita hadirlah cahaya

by : brothers