Tuesday, December 30, 2008

kHasiAt haLba



Bismillah...

1. Diminum sebagai teh untuk

- Melancarkan haid
- Menghilangkan kembung,sebu dan senak
- Pencuci perut
- Menguatkan jantung
- Menghilangkan lender tekak
- Melegakan sakit kepala/ migraine
- Membuang angin
- Menyembuhkan buasir
- Senggugut
- Merangsang rahim
- Kegemukan
- Kurang berat badan
- Mengawal kencing manis
- Radang kulit dan Bisul

2. Teh Halba + Madu

- Kurangkan ketagihan rokok dan dadah
- Anemia

3. Untuk anak2 yang baligh
- kecergasan
- kekuatan badan
- Tumbesaran

4. Untuk ibu menyusu
- Banyakkan air susu

5. Halba juga adalah ramuan tradisi menambahkan nafsu lelaki dan
wanita.

6. Memanaskan buah pinggang dan organ pembiakan. Menjadi amalan kuno
tabib China untuk rawatan mati pucuk.

7. Halba merupakan antara ubatan yang tertua di dunia dan digunakan oleh
Al-Abqirad ( Hippocrates) iaitu bapa perubatan Yunani.

sArApaN pAgi :)



bismillah...

CARA PENYEDIAAN NASI LEMAK

UNTUK 6 ORANG
MASA: 1 JAM

1. NASI LEMAK
- 2 pot beras
- 1 paket santan KARA
- 1 1/2 sudu garam
- 2 pot air
- 2 sudu halba
- 3 helai daun pandan

Basuh beras. Masukkan semua bahan di atas dalam periuk nasi elektrik dan biarkan ia hingga kering. Kacau nasi dan siap dihidang.

2. SAMBAL UDANG
- 400 gram udang
- 5 sudu gula
- 2 senduk cili giling puteri
- 2 sudu garam
- 2 ulas bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 1 cawan air

Tumis bawang merah dan bawang putih hingga naik bau. Masukkan cili giling dan kacau hingga masak. Masukkan udang. Sekiranya pekat, masukkan air dan tunggu hingga udang masak. Masukkan gula dan garam. kacau selama beberapa minit dan siap dihidang.



3. IKAN BILIS GORENG

- 2 genggam ikan bilis yang telah dibuang kepala.
- minyak masak

Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan ikan bilis yang telah dibasuh dan goreng hingga garing.

4. TELUR REBUS
- 4 biji telur

Rebus telur dalam periuk. Selepas 10 minit tutup api. Masukkan telur dalam air sejuk. Kupas telur apabila telah sejuk.

5. TIMUN

6. AIR TEH TARIK

p/S: RESEPI YANG ANA SEDIAKAN INI ADALAH MENGIKUT SELERA KELUARGA YANG SUKA MAKANAN PEDAS. JADI TERPULANG PADA PEMBACA UNTUK MENGUBAH APA2 SAHAJA BAHAN DALAM RESEPI INI. SELAMAT MENCUBA. ANA MENERIMA APA2 PENAMBAH BAIKKAN BAGI RESEPI INI.



Monday, December 29, 2008

kIsaH tELadAn


sEoranG teLah dATang menemui RasulullAh S.A.W dan telah menceritakan kepada baginda tentang kelaparan yang dialami olehnya. kebetulan pada ketika itu baginda tidak mempunyai suatu apa makanan pun pada diri baginda mahupun di rumahnya sendiri untuk diberikan kepada orang itu. baginda kemudian bertanya kepada para sahabat "Adakah sesiapa di antara kamu yang sanggup melayani orang ini sebagai tetamunya pada malam ini bagi pihak aku?"

Seorang dari kaum Ansar telah menyahut, "Wahai Rasulullah S.A.W, saya sanggup melakukan seperti kehendak tuan itu."

Orang Ansar itu pun telah membawa orang tadi ke rumahnya dan menerangkan pula kepada isterinya seraya berkata, "Lihatlah bahawa orang ini ialah tetamu Rasulullah S.A.W. Kita mesti melayaninya dengan sebaik-baik layanan mengikut segala kesanggupan yang ada pada diri kita dan semasa melakukan demikian janganlah kita tinggalkan sesuatu makanan pun yang ada di rumah kita."

Lalu isterinya menjawab, "demi Allah! Sebenarnya daku tidak ada menyimpan sebarang makanan pun. yang ada cuma sedikit, itu pun hanya mencukupi untuk makanan anak-anak kita di rumah ini."

Orang Ansar itu pun berkata, " kalau begitu engkau tidurkanlah mereka dahulu (anak-anaknya) tanpa memberi makanan kepada mereka. Apabila saya duduk berbual-bual dengan tetamu ini di samping jamuan makan yang sedikit ini, dan apabila kami mulai makan engkau padamlah lampu itu, sambil berpura-pura hendak membetulkannnya kembali supaya tetamu itu tidak akan ketahui bahawa saya tidak makan bersamanya."

Rancangan itu telah berjalan dengan lancarnya dan seluruh keluarga tersebut termasuk kanak-kanak itu sendiri terpaksa menahan lapar semata-mata untuk membolehkan tetamu itu makan sehingga berasa kenyang. berikutan dengan peristiwa itu, Allah S.W.T telah berfirman yang bermaksud, "Dan mereka mengutamakan (orang-orang Muhajirin) atas diri mereka sendiri, sekalipun mereka berada dalam kesusahan." (Al-Hasy:9)

SEJAUH MANAKAH KITA SEBAGAI SAUDARA SEISLAM MEMBANTU SAUDARA KITA DI GAZA YANG HIDUPNYA SELALU DIANCAM OELH ISRAEL LAKNATULLAH?
KITA DI MALAYSIA RISAU AKAN MAKANAN YANG BERLEBIHAN SEDANGKAN MEREKA RISAU AKAN MAKANAN YANG TIDAK MENCUKUPI.
.

sALam mAAL hIjrAh

Wednesday, December 24, 2008

rOllinG..




bismillah..

alhamdulillah. Akhirnya tercapai juga hasrat nak bawak adik-aDik ana g mAin boling. tapi yg tak best nya tak cukup korum coz adik Kedua dah Sambung blAja.

Friday, December 19, 2008

cAra SegerA atAsi StreSS!!!!!!

Sebelum masuk tidur amalan yang perlu dan boleh anda lakukan ialah :

1) Memberus gigi.
2) Mengambil air sembahyang
3) Minum segelas air masak atau bercampur madu/susu
4) Membaca Al-Quraan dan berzikir
5) Menulis segala permasalahan anda pada hari itu di dalam sebuah buku dan katakan dengan tegas : Segala masalah yang aku tanggung telah aku curahkan di dalam buku ini. Tiada yang tertinggal lagi di dalam minda aku. Jadi apabila aku tutup buku ini semua masalah aku ditanggung oleh buku ini dan sewaktu aku tidur dengan izin Allah minda bawah sedar aku akan mencari cara yang bijaksana untuk penyelesaian. Jadi aku dengan tegas tidak perlu memikirkan lagi masalah ini. Aku mesti dapat rehat yang secukupnnya. Beritahu pada minda anda betap leganya perasaan anda.


tips dari Tranungkita online