Saturday, December 5, 2009

Rindu Sahabat

BismiLLah..

AlhamduliLLah segala puji-pujian hanya pada Allah yang esa pencipta sekalian alam. Dia lah yang menghidupkan dan mematikan diriku. Dan aku bersyukur pada hari ini ana masih diberi peluang mencari zarah2 amalan kebajikan untuk dibawa bersama menuju hari perhitungan yang tidak ada perhitungan yang lebih adil melainkan hitungan Allah Taala.

Tulisan kali ni nk menzahirkan apa yang selama ni terbuku dalam hati dan tabiaat yang dah lama tak buat iaitu bermadah pujangga.

Tika ini aku sedang duduk di buaian di bawah pohon rambutan sambil ditemani adik yang sedang membaiki motosikalnya.

Tika ini aku sedang mendengar bunyi kapal terbang yang berjalan di udara menuju ke destinasinya yang tidak ku ketahui.

Tika ini aku sedang teringat nostalgia lama aku dan dia.



Tika ini aku sedang merinduimu sahabat. betapa hati ini tiba2 digamit rasa rindu yang mencengkam. Mungkin kerana aku kini telah berjauhan darimu dan mungkin kini kerana engkau berjauhan dariku sedangkan selama ini engkau yang selalu memberi kekuatan padaku. maka kini aku mula meraasai kehilanganmu dari pandangan mata zahirku.

Tika ini aku sedang menaip isi hatiku yang melantun-lantun menyatakan rinduku pada dua orang sahabat yang telah lama tidak kutemu. Mereka merupakan sahabat yang kutemu dalam medan Tarbiah ini. Mereka merupakan sahabat yang memahami kenapa aku perlu berada dalam medan ini dan tidak jemu-jemu menjadi pemabkar semangat aku tatkala aku mula kelemahan dan goyah akibat tekanan-tekanan dan ujian yang menimpa diri. sesungguhnya bukanlah mereka berdua sahaja sahabat yang membantuku. sudah pasti ramai lagi sahabat lain yang selalu mendengar dan cuba menyelasaikan masalahku atau meringankan bebanku.


Inilah ukhuwah yang diterima jika kita berada bersama sahabat-sahabat yang memahami erti perjuangan Islam yang sebenarnya. hakikatnya aku bukanlah orang yang layak memperkatakana tentang ukhuwah apatah lagi membicarakan tentang tarbiah. ini kerana aku sendiri masih dalam proses pentarbiahan dan semua orang pun melalui proses yang sama. cuma yang membezakan dari siapa dia menerima tarbiah dan bagaimana rupa tarbiah yang diterima. yang pastinya tarbiah dari Allah tidak pernah mengenal paras rupa dan warna kulit hamba-Nya.

ukhuwah yang kupelajari selama ini mengajar aku untuk menerima walau siapapun dia. dalam ukhuwah ini aku belajar banyak perkara dan dapatlah kusimpulkan bahawa ukhuwah dalam medan tarbiah ini sebagai:

kEramatNya uKhuwah mElangkAui hBgn dAraH, kSh sYg kEranA Allah. TonggAk keKuataN dAlaM jEmaAh, dIgubAh Acuan aKidaH, tAk sEoraNg dIbiAr gUndaH, aNdaI dItAkdiR rEbah sEribU mEmbAhu Gagah..UkhuwaH fIllaH

bersahabat kerana Allah Taala, hasilnya hanya Dia yang menentukan. Ikhlaslah dalam persahabatan. Sahabat yang baik adalah dia yang sentiasa di sisi terutamnya pabila kita dalam kesusahan.

menangislah...
dibahuku kau berikan ku percayaan
bahawa laramu adalah haru biruku
kernaku adalah sahabatmu

Terima kasih sahabat
walau apa yang pernah terjadi n sedang terjadi pada kita janji itu tetap janji
walaupun mulut berkata tidak selamanya kau tetap sepertimana yang kukenal dan tidak akan ada apa2 yangboleh merubahnya melainkan takdir yang maha ESa


No comments: