cuti da masuk minggu kedua tapi ana rasa macam tak wat apa2 pun. cuti kali ni nk kuar jalan2 macam cuti2 sebelum ni tapi pitih tak cukup pulak. kalu tak memang ntah mana2 ana da berada sekarang dan yang pasti bila cuti tak ada istilah duduk rumah.
minggu pertama terlibat dengan majlis konvokesyen KPLI j-QAF dan SABK. tak disangka2 ana jumpa kakak2 senior ana. ana jumpa kak sarah, kak sue n kak fiza. ada lagi dua orang ana tak jumpa. perkara yang ana paling terkejut skali tak sangka kak humaruriantis sara atau kak sara tu anak lecturer ana, En Husin. mmg tak sangka dia ada anak yg bersekolah di Maahad Hamidiah dulu. keciknya dunia...
best jumpa kakak2 senior. lagi best dapat jumpa kawan2 skola lama sbb bagi ana sampai kini ana tak dapat cari kawan2 yang dapat menggantikan mereka atau hampir2 sama mcm mereka. kawan2 kat sekolah yang paling memahami suka duka hidup ana. walaupun sekarang sume da ikut haluan masing2, i wish one day kami akan bersama kembali.
suasana yang paling dirindui masa wat aktiviti persembahan batch masa form 3. masa studi sama2 utk spm. masa tu masing2 studi kat port masing2. ana dan beberapa org sahabat spt maznee, aten, liza, dila, rina dok studi dlm bilik studi. bila pagi ank exam sume akan turun bilik studi untuk bersiap2 g dewan peperiksaan. bestnya time tu.
kalu nk diimbau kenangan masa sekolah, rasa nak dok ja dalam masa tu tapi kehidupan kena diteruskan. masa lampau merupakan semangat untuk kita bergerak. dengan kenangan lampau kita diberi kekuatan untuk bergerak.
kata hassan al-Basri: Sesungguhnya dunia ini, usianya hanya tiga hari. Hari semalam sudahpun berlalu, hari esok belumpasti anda dapat bersamanya dan hari ini adalah hari anda, maka rebutlah peluang beramal, bekerja padanya. Semoga anda berjaya.
No comments:
Post a Comment