Thursday, December 3, 2009

Hipotensi


bism.iLLah..

kebarangkalian ni, ana rasa sesuatu telah berlaku pada diri ana. ana cepat pening kalu bangun dari sesuatu tempat. baru2 ni masa perbarisan badan beruniform ana hampir pitam. nasib baik tak jadi apa2. nk kata tak jd apa2 dah jadi pun sebenarnya. kawan2 ana kata bibir ana pucat sangat. yang ana ingat ana rasa nk rebah. tu ja.

ana syak ana kena penyakit tekanan darah rendah. setakat ni tak ambil ap2 ujian lagi n pengesahan dari doktor tapi insya-Allah akan. cuma menunggu masa ja.

ana da cari beberapa maklumat tentang penyakit ni. berikut merupakan penemuan ana.

Apa itu Tekanan Darah Rendah ?

Tekanan darah rendah (hipotensi) adalah keadaan tekanan darah yang lebih rendah dari tekanan yang diperlukan oleh tubuh, sehingga setiap organ dari badan tidak mendapat aliran darah yang cukup dan menyebabkan timbulnya gejala hipotensi. Tekanan darah seseorang adalah berbeza. Ini kerana ia membabitkan kawalan utama otak, jantung, buah pinggang dan ransangan di dalam salur darah.


Dalam menentukan seseorang itu menghidap tekanan darah, terdapat beberapa faktor yang boleh membantu iaitu:-

  • usia
  • aktiviti seharian
  • perasaan
  • ubatan
  • pendarahan
  • infeksi

Kebiasaannya orang yang selalu dikaitkan dengan penyakit tekanan darah rendah adalah dari golongan atlet dan pengamal diet. Mereka jarang terdedah kepada beberapa jenis penyakit seperti:-

  • stroke
  • penyakit jantung
  • penyakit pada mata
  • pengerasan dan penyempitan pada pembuluh darah

Bagi penghidap tekanan darah rendah, mereka tidak akan menunjukkan tanda mereka mempunyai penyakit tekanan darah rendah. Mereka akan menunjukkan gejala atau tanda-tanda awal seperti:-

  • cepat lelah
  • pening kepala ketika posisi badan berubah
  • sukar untuk berkonsentrasi
  • mata berkunang-kunang
  • mual
  • kulit berasa dingin, pucat dan lembap
  • pernafasan cepat dan pendek
  • defresi
  • cepat haus

Sekiranya seseorang itu hendak hamil, mereka digalakkan untuk membuat pemeriksaan terlebih dahulu sebelum hamil. Ini kerana ia adalah untuk mengelakkan berlaku komplikasi pada bayi itu nanti.


Tekanan darah ditentukan oleh dua pekara, iaitu jumlah darah yang dipompakan oleh jantung dan tahanan (resistensi) pembuluh darah yang kecil-kecil pada tubuh. Terdapat beberapa penyebab yang boleh tekanan darah rendah terjadi iaitu:-

  • Kekurangan volum darah - cecair mengalir dalam saluran darah seperti pendarahan yang tidak boleh terkawal
  • Dehidrasi - dehidrasi yang mengurangkan kandungan cecair dalam badan seperti kes muntah yang teruk dan cirit-birit.
  • masalah jantung - deyutan jantung yang agak cepat mahupun sebaliknya yang terlalu lambat.
  • Keadaan otot yang lemah.

No comments: