*petikan ini kuadaptasi dari kata2 seorang sahabat
mencoretkan sesuatu untuk dirimu yang
mungkin tak pernah kukenali selama ini…
apatah lagi untuk meluahkan sesuatu
yang hanya ku khususkan buatmu sebelum tiba masanya….
sesuatu yang aku jaga rapi selama ini
semata-mata buatmu,itulah hati dan
cintaku,membuatkan aku tersedar dari
lena yang panjang.
Aku dididik ibu semenjak kecil agar
maenjaga maruah dan mahkota diri kerana
Allah telah menetapkannya untukmu suatu
hari nanti…..kata ibu. tanggungjawab ibubapa terhadap anak perempuan ialah
menjaga dan mendidiknya sehinga seorang
lelaki mengambil alih tanggungjawab itu dari mereka
jadi kau telah wujud di dalam diriku sejak azali lagi…
biarpun diriku pernah tersasar… mungkin kau mengerti…. maafkan aku…
aku tak ingin dipandang cantik oleh lelaki lain.
biarlah aku hanya dipandang cantik di matamu. apa guna aku
menjadi idaman ramai lelaki bahkan
merasa terhina diperlakukan sebegitu
seolah-olah aku barang dagangan yang
senang dimiliki sesuka hati.
Aku juga tak mahu menjadi punca
kejatuhan seorang lelaki yang
dikecewakan lantaran terlalu
mengharapkan sesuatu yang tak dapat
kuberikan. bagaimana akan kujawab di
hadapan Allah kelak andai disoal? adakah itu sumbanganku kepada manusia selama
hidup di muka bumi? Seandainya aku tak ingin kau memandang perempuan lain,
akulah yang terdahulu perlu
menunduk pandanganku. aku harus memperbaiki kelemahan dan menghias peribadiku,
kerana itulah yang dituntut Allah. Seandai aku ingin lelaki yang baik menjadi suamiku, aku juga perlu menjadi perempuan yang baik. bukankah Allah telah menjanjikan perempuan yang baik itu hanya untuk lelaki yang baik jua?
Tidakku nafikan sebagai remaja aku memiliki perasaan itu, menyayangi dan ingin disayangi, namun setiap kali perasaan itu datang, setiap kali aku mengingatkan diriku bahawa aku perlu
menjaga perasaan itu kerana ia
semata-mata untukmu….Allah telah
memuliakan seorang lelaki yang bakal
menjadi suamiku untuk menerima hati dan
perasaanku ini.bukan hati yang menjadi
lebihan lelaki lain,lelaki itu berhak
kasih yang tulen,bukan yang telah
dibahagi-bahagikan…
Aku bukanlah gadis yang cerewet dalam
memilih pasangan hidup.siapalah diriku
ini untuk memilih berlian sedangkan aku
hanyaalah sebutir pasir yang wujud di
mana-mana ….tetapi aku juga mempunyai
keinginan seperti gadis lain,dilamar
lelaki yang bakal dinobatkan sebagai
ahli syurga…memimpin ke arah tuju yang
satu….
Kau tak perlu memiliki wajah seindah
Nabi Yusuf a.s yang mampu mendebarkan
jutaan gadis untuk membuatku terpikat
andainya kaulah jodohku yang tertulis
di Luh Mahfuz…..Allah pasti akan
mencampakkan kasih dan sayang di dalam
hati ini jua hatimu kali pertama kita
berpandangan,itulah janji Allah akan
tetapi selagi kita tidak diikat
jamin.…diikat dengan ikatan yang
sah,selagi itu jangan kau zahirkan
perasaan itu kepadaku kerana kau tak
ada hak untuk berbuat begitu,juga jangan
kau melampaui batasan yang telah ditetapkan
syara’.aku takut perlakuan itu akan
memberi implikasi yang tak baik dalm
kehidupan kita kelak.
Permintaanku tak banyak,cukuplah dirimu
yang diinfak seluruhnya pada mencari
redha Ilahi.aku akan merasa amat
bertuah andai dapat menjadi tiang seri jua
sandaran perjuanganmu…bahkan aku amat
bersyukur pada Illahi kiranya akulah
ditakdirkan meniup semangat juangmu
dalam menghulurkn tanganku untukmu
berpaut sewaktu rebah atau tersungkur
di medan yang dijanjikan Allah dengan
kemenangan atau syahid itu.akan ku
kesat darah dari lukamu dengan tanganku
sendiri..itu impianku.
Aku pasti berendam air mata darah andai
engkau menyerah seluruh cintamu
kepadaku.bukanlah itu yang menjadi
impianku,cukup sekadar kau menyintai
Allah dengan sepenuh jiwamu.kerana
dengan mencintai Allah kau akan
mencintaiku keranaNya.cinta itu lebih
abadi daripada cinta insan biasa.moga
cinta itu juga akan mempertemukan kita
di syurga..
Aku jua tak ingin dilimpahi kemewahan
dunia..cukuplah dengan apa yang
diberiNya….apalah guna harta yang
menimbun andainya kau lupa pada
tanggungjawabmu jua terhadap
agamamu,aku tak akan sekali-kali bahagia melihatmu
begitu…biarlah kita hidup dibawah
jaminan Allah sepenuhnya…itu lebih
bermakna bagiku…
Wallahu A’lam…
No comments:
Post a Comment