Wednesday, February 25, 2009

Syuhada`








bismillah....

Alhamdulillah, ketika ini dan saat ini Allah masih memberi kesempatan pada kita untuk melihat, menggerakkan tangan dan paling penting bernafas walaupun kita selalu lupa, lalai dan ingkar pada-Nya. Allah masih memberi ruang masa dan peluang untuk kita bertaubat dan memperbanyakkan amalan diri yang masih kurang. Moga bayangan syurga-Nya sentiasa menari-nari di hadapan mata kita. Amin.

Setelah beberapa minggu berlalu, Gaza masih tidak menemui keamanan bagi rakyatnya. mereka masih dibedil dengan peluru kekejaman KUFFAR yang dijanjikan Allah. namun begitu, ana tertarik apabila membaca emel daripada sahabat2 ana. ana lampirkan gambar2 yang membuat jiwa ini cemburu n berazam untuk meningkatkan lagi amal ibadat dan semanagt jihad demi agama tercinta ini.

Wajah pejuang-pejuang yang syahid....mereka tersenyum. pastilah mereka sudah melihat keindahan syurga di hadapan mereka. pastilah mereka sudah melihat bidadari-bidadari syurga melambai-lambai menyambut kehadiran mereka. alangkah bahagianya....

"Di dalam syurga itu ada bidadari-bidadari yang membatasi
pandangan, yang tidak pernah disentuh oleh manusia
mahupun jin sebelumnya"

"Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?"

-Surah Ar-Rahman, ayat: 56-57-

Ya-Allah, bahagianya beristerikan bidadarikan syurga yang dicipta khusus untuk mereka seorang. sehebat mana pun bayangan kita tentang keindahan syurga, ia adalah 1/10 daripada keindahan dan kenikmatan syurga hakiki.

Wahai Syabab sekalian, peliharalah dirimu. jagalah wanita-wanitamu. Wanita merupakan salah satu punca kejatuhan sebuah kerajaan yang agung.

" 3 perkara yang menghancurkan umat yang kuat.
Zalimnya pemimpin. Pecahnya rakyat dan ROSAKNYA WANITA"
- kata2 mustafa sibaie-

Wahai fatayat( golongan perempuan), peliharalah dirimu. jagalah auratmu. jagalah tingkah lakumu. jagalah peribadimu. moga dikau sentiasa dilindungi dari fitnah dunia. moga dikau pendokong perjuangan suami tercinta. moga kerana dikau keluargamu terselamat dari bahaya bencana dunia. moga dengan didikanmu anak-anak mengenal Allah, mengerti bahawa hidup ini tak lain dan tak bukan hanya untuk mencari Redha Ilahi.

Wahai penulis, moga sentiasa dikurniakan kekuatan untuk menegakkan
Islam di bumi Allah walau di mana kau berpijak.
Moga sentiasa dikurniakan ketabahan dan reda
akan ujian yang sering melanda.
Moga menjadi tunggak utama perjuangan suami dan keluarga tercinta.
Amin ya Rabbal Alamin.

No comments: