bismillah...
CARA PENYEDIAAN NASI LEMAK
UNTUK 6 ORANG
MASA: 1 JAM
1. NASI LEMAK
- 2 pot beras
- 1 paket santan KARA
- 1 1/2 sudu garam
- 2 pot air
- 2 sudu halba
- 3 helai daun pandan
Basuh beras. Masukkan semua bahan di atas dalam periuk nasi elektrik dan biarkan ia hingga kering. Kacau nasi dan siap dihidang.
2. SAMBAL UDANG
- 400 gram udang
- 5 sudu gula
- 2 senduk cili giling puteri
- 2 sudu garam
- 2 ulas bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 1 cawan air
Tumis bawang merah dan bawang putih hingga naik bau. Masukkan cili giling dan kacau hingga masak. Masukkan udang. Sekiranya pekat, masukkan air dan tunggu hingga udang masak. Masukkan gula dan garam. kacau selama beberapa minit dan siap dihidang.
3. IKAN BILIS GORENG
- 2 genggam ikan bilis yang telah dibuang kepala.
- minyak masak
Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan ikan bilis yang telah dibasuh dan goreng hingga garing.
4. TELUR REBUS
- 4 biji telur
Rebus telur dalam periuk. Selepas 10 minit tutup api. Masukkan telur dalam air sejuk. Kupas telur apabila telah sejuk.
5. TIMUN
6. AIR TEH TARIK
p/S: RESEPI YANG ANA SEDIAKAN INI ADALAH MENGIKUT SELERA KELUARGA YANG SUKA MAKANAN PEDAS. JADI TERPULANG PADA PEMBACA UNTUK MENGUBAH APA2 SAHAJA BAHAN DALAM RESEPI INI. SELAMAT MENCUBA. ANA MENERIMA APA2 PENAMBAH BAIKKAN BAGI RESEPI INI.
No comments:
Post a Comment