Tuesday, December 16, 2008

keTawa pEnguBat jIwA

Che'gu Nasyor PART I

Che'gu Nasyor sedang mengendali kelasnya dalam aktiviti sukan di padang
sekolah. Seperti biasa, Che'gu Nasyor akan menyuruh murid²nya melakukan
regangan otot. Tiba di satu bahagian, dimana murid² baring dan mengankat
kaki lalu menggerakkannya seperti sedang mengayuh basikal. Che'gu Nasyor
asyik memerhati seorang muridnya yang pada mulanya menggerakkan kakinya
tiba² memberhentikan kakinya. Lalu Che'gu Nasyor menyergah muridnya yang
bernama Man Tapah.
"Woiiii Man, apa sebab kau berhenti ni hah"
"Oh Che'gu Nasyor, basikal saya tengah turun bukit Che'gu, sebab tu saya
berhenti.Takkan nak kayuh jugak.

Che'gu Nasyor PART II
Waktu sekolah telah tamat.sebelum keluar kelas, Che'gu Nasyor telah bertanya
kpd murid²nya.
Che'gu : Siapa nak masuk/pergi syurga?
Semua murid mengangkat tangan kecuali Man Tapah lalu Che'gu Nasyor pun
berkata,
Che'gu : Man, kenapa awak tak nak pergi/masuk syurga?
Man : Mak saya kata lepas habis sekolah, terus balik rumah.. jangan pergi
mana-mana.


Che'gu Nasyor PART III
Che'gu Nasyor sedang mengajar Bahasa Melayu dalam kelas 1 Mawar...
Che'gu : Man, boleh kamu buat ayat dengan menggunakan perkataan tepong?
Man : Itu senang saja cikgu.. ayatnya ialah... . emak sedang membuat kek di
dapur.
Che'gu : Mana tepungnya??
Man : Tepong kan ke dalam kek tu... . Che'gu nie tak sekolah ke hape??


Che'gu Nasyor PART IV
Seperti biasa, Che'gu Nasyor nie mengajar pelajar di Sekolah Agama. Che'gu
Nasyor mengajar budak tahun satu.Pada hari tersebut, beliau mengajar bab
"cara berwudhuk"
Selepas mengajar, beliau (Che'gu) selalu meminta muridnya bertanyakan soalan
jika terdapat kemusykilan.
Che'gu : Ada sesiapa hendak bertanyakan soalan?
Tiba² seorang anak muridnye mengangkat tangan, nama murid tu adalah Man
Tapah
Man : Ada Che'gu. saya ada satu kemusykilan. Boleh tak kita ambil wudhuk dua
kali?
Che'gu : Boleh, tapi kenapa sampai dua kali ambil wudhuk?
Man : Saya ambil dua kali sebab kalau saya terkentut, wudhuk lagi satu tu
boleh buat spare part!
Che'gu : Allahhuakbarr!!!

Che'gu Nasyor PART V
Che'gu Nasyor : Joe, cuba terangkan apakah tugas akar pokok pisang?
Joe : Untuk mencari makanan, che'gu
Che'gu Nasyor : Bagus! Sekarang giliran Wati pulak. Apakah tugas batang
pokok pisang?
Wati : Untuk membawa makanan yang dicari akarnya, che'gu
Che'gu Nasyor : Bagus! Sekarang giliran Man Tapah pula. Apakah tugas daun
pisang?
Man Tapah :untuk membungkus nasi lemak, che'gu...
Che'gu Nasyor : uii... lagi bagus... berdiri atas meja sampai habis kelas...

No comments: