Monday, January 25, 2010

Kisah sahabat2

Bismillah...

alhamdulillah sekarang ana berada di kedai printing IGPM-KPI. ana cuba untuk mengupdate blog yang dah lama bersarang. Sejak elaun ana tak masuk lagi, ana pun tak bayar lagi bil broadband yang dah tertunggak selama 2 bulan. Kiranya sekarang ni hidup dalam keadaan gawat. nasib baik umah dekat tapi ana tak lah balik umah selalu kerana terdapat beberapa urusan yang perlu diuruskan di IPG.

Naik semester baru ni ana da memasuki semester kelima. Bagi ana semester ini ana nak pulun kerja sedaya mampu ana. Alhamdulillah dalam peperiksaan semester lepas pointer yang ana dapat agak mengejutkan dan ana anggap itu adalah rezeki dari Allah. Bukan ana tak kisah pointer dapat berapa cuma yang penting bagi ana keredhaan mak ayah ana masa ana amik periksa.

Dah dua minggu PRK berlaku di kampus ana tapi masih tiada keputusan rasmi jawatankuasa yang dilantik. Sejak PRK banyak perkara yang berlaku. Ni baru dalam kampus sendiri. belum lagi PRU. Yang penting walau apa yang terjadi semangat setiakawan mesti diutamakan. Cukuplah sekadar ana kata bila kita tak mengikut adab2 dan persetujuan macam ni lah kesan yang terjadi. ana boleh kata PRK kali ini paling bermasalah dan memberi banyak kesan pada pelbagai pihak.

ana tak nak ulas lagi tentang PRK ni sebab perkara ni dah pun terjadi. yang penting apa pengisian yang kita akan laksanakan. Pada pemimpin2 yang berjaya terpilih menjadi JPP, kalian adalah pemimpin kami. Andai berlaku cantas mencatas pada peringkat pimpinan maka kami sebagai rakyat sudah pasti pancung memancung. Ambillah iktibar atas apa yang berlaku dan mulakan hidup baru.


No comments: