Sunday, November 15, 2009

bedaH buku Bidayatul Hidayah (2)

bismiLLah..

alhamduliLLah..sambil duduk di depan pintu umah menghirup udara sejuk selepas hujan ana masih sempat menulis untuk entry yang ke 102.

hakikatnya ana dah menghabiskan buku ni tak sampai sebulan. nak menulis ulasan ttg nya tapi malas ja rasa. walhal hati ni meronta-ronta suh tulis gak akhirnya tertulis juga ulasan ana ttg buku ni.

keistimewaan :

secara jujurnya ana tak jumpa apa kelemahan buku ini. membaca buku bidayatul hidayah membuatkan diri ana begitu terleka. ana merasakan seolah-olah mendengar sendiri kata-kata Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali menasihati diri ana yg hina ini. dan betapa seronoknya diri dinasihati oleh seorang ulama. ana terhibur membaca buku ini. terhibur dengan kata2 dan nasihat yang diberikan. tapi buku ini merupakan terjemahan daripada kata2 Imam Al-ghazali yang sebenar. satu hari nanti ana akan cari buku ini dalam jilid yang lengkap dan dalam bahasa Arab. membaca dengan menggunakan bahasa penulis yang sebenarnya akan membuatkan kita rasa betapa dekatnya penulis dengan kita terutamanya apabila yang menulis adalah ulama yang tersohor.

sebenarnya kesan penulis pada pembaca dapat dirasakan jika si penulis menulis kerana Allah taala dengan hati yang tulus ikhlas. Niat memainkan peranan penting dalam tindakan kita.

sama halnya dalam menulis blog. ia bergantung atas tujuan apa si penulis menulis. melalui tulisan kita dapat membaca personaliti seseorang.

No comments: