Saturday, August 22, 2009

Ahlan Ya Ramadan Kareem


bismiLLah...

alhamduliLlah. akhirnya dizinkan ALLAH memasuki bulan yang mulia iaitu bulan Ramadan. bulan yang dinanti selama 11 bulan. walaupun dah melalui 11 bulan, dan terasa lama dalam setiap bulan yang dilalui. tak sama dengan bulan ramadan. sebulan bagaikan seminggu.

ari ni da memasuki 1 Ramadan. tak lama lagi da memasuki 11 Ramadan. pastu 21 Ramadan. pastu dah 1 Syawal. bagi ana punyalah lama menunggu last2 sekejap ja jumpa da nak pergi.

disebabkan masa kunjungan Ramdan yang sedkit lah kita sebagai umat Islam kena memanfaatkan bulan ini sebaik-baiknya. disebabkan bulan ini adalah bulan yang ditunggu, kita kena manfaatkan sebaik mungkin. macam kita jumpa kekasih kita. kalu da lama tak jumpa mesti rindu sangat2, bila da jumpa masa tu lah masa yang terbaik untuk kita luahkan segala kerinduan kita. sama juga halnya dengan bulan Ramadan. bezanya sekiranya kita melazimkan diri dengan beramal ibadah bersungguh-sungguh, kita akan merasa perubahan untuk bulan yang berikutnya. begitulah hebatnya kelebihan yang Allah kurniakan pada makhluknya yang bergelar RAmadan.

masih belum terlewat unutk kita mula melatih diri melakukan amalan2 sunat disamping amalan fardu. ingatlah selagi hayat belum sampai di kerongkong, masih belum terlewat untuk kita bertaubat.

No comments: