Sunday, June 14, 2009

ujiAn ILahi


bismillah...

alhamduliLLah...cuti sekolah dah berakhir tapi cuti seorang bakAL Guru ada lagi SemiNgGu n ana nak cuba memanFAatkan cuti Ni sebaik mungkIn walaupUn mengAku Aura "kerja2" ana di IPIS sedang menanti untuk disiapkan. em...kije kat mana2 pun ada. kalu tak wat kije rasa kekok lak sebab dah terbiasa wat kije.

baru-baru ni ana n family ikut serta saudara mara yang lain menghantar saudara mara kami yang bertuah melakukan umrah di Tanah Suci Makkah. suasana seronok n ceria sebab dapat panggilan menemui Allah. tapi dalam hati ada juga kerisauan memikirkan apakah ujian yang akan diterima apabila berada di sana.

Dari pemerhatian n cerita2 yang ana dengar..ujian itu mesti dilalui oleh setiap orang. itulah yang akan menjadi bukti keimanan kita pada Allah.. bukankah Allah telah berfirman dalam KitabNya yang Agong" Adakah mereka dikira beriman padahal mereka tidak diuji?

ujian itu kita akan lalui walau di mana kita berada. tak semestinya apabila kita berada di tanah suci sahaja kita akan diuji. setiap masa iman kita diuji dengan godaan2 syaitan. namun satu perkara yang perlu kita ingat bahawa ujian itu bertujuan menaikkan darjat kita. maka sabar adalah salah satu jalan untuk menghadapi ujian Ilahi.

nak dijadikan cerita sebenarnya sehari selepas menghantar saudara mara ke umrah, kami dikejutkan dengan berita yang sangat menyedihkan. PakLong ana meninggal dunia ketika tiba di Jeddah. ana seolah-olah tidak percaya dengan apa yang berlaku. bayangkan baru semalam ana menghantar dia menaiki bas dan keesokkannya ana menerima berita kematiannya. InnaliLLah...

ana terus terbayangkan sepupu ana yang pergi bersamanya. nasib baik kedua-dua orang puterinya ikut serta. bagaimana perasaan mereka agaknya? memang nyata mereka sudah tentu bersedih namun jika perkara ini berlaku pada ana, nauzubiLLah... ana tak sabar nak menanti kepulangan mereka dari Mekah.

semalam, 13.06.09 ana dan keluarga pulang ke kampung untuk melihat keadaan saudara mara kami yang baru pulang dari menunaikan umrah semalam. kami ke rumah nenek tapi nampaknya nenek sedang tido keletihan. kasihan nenek...mereka semua menaiki flight di Singapura walhal tinggal di Melaka. betapa jauhnya perjalanan yang terpaksa mereka tempuhi. akhirnya ana n family terus ke rumah mak long.

di situ, kami mendengar cerita detik2 terakhir sebelum pak long menghembuskan nafas yang terakhir. menurutnya..."ketika mereka sampai di Jeddah, pak long ada mengadu sakit dada. namun begitu dia telah diberi ubat dan disorongkan dalam kerusi roda. setelah mendapat pengesahan dari pihak imegresen, mereka bersiap-siap untuk menaiki bas. sebaik sahaja duduk di kerusinya, mak long hairan kerana pernafasan pak long sangat berbeza n kedengaran kuat sekali lalu mak long memanggil pegawai yang bertugas. pegawai itu meminta mak long mengajar pak long mengucap dan tidak lama kemudian ambulan sampai dan pak long dihantar ke hospital. mak long dan keluarga ke hospital. tidak lama kemudian pakcik (adik maklong) datang berjumpa dan menghabarkan kematian pak long.

"dalam hati ana bermonolog bahawa mak long seorang wanita yang sangat tabah kerana sepanjang pernceritaannya dia langsung tidak menangis hinggalah saat dia menerima kematian suaminya. kalu ana, mungkin sepanjang pernceritaan itu ana tersedu-sedu menahan kesediahan namun mak long sangat tabah"

akhirnya jenazah pak long disemadikan di Jeddah dan paling menggembirakan jenazahnya disembahyangkan oleh ramai orang. menurut mak long, jemaah penuh di masjid menyembahyangkan jenazaah pak long. alhamduliLLah.. jauh di sudut hati ana pun teringin juga meninggal dunia di Mekah atau Madinah dan dikebumikan di sana. itulah antara cita2 ana sejak kecil.

No comments: