Friday, May 8, 2009

miNggu2 kRitikaL


bismillah...

sedar atau tak dah 3 hari ana tak on laotop kerana sibuk membuat persediaan untuk exam. sedar atau tak sepanjang 3 hari itu juga ana rindu nk menulis tapi apakan daya ana kena tumpu satu2. sedar atau tidak sepanjang minggu ni macam2 nk kena buat dan mcm2 masalah yang kena diselesaikan tapi ana lebih suka membiarkannya. berserabut urat2 dalam serebrum, sereblum, medula oblongata ni dok mikir macam2.

kali ini ana nak mendefinisikan apa itu tarbiah? tarbiah merupakan didikan. didikan ini hadir dalam pelbagai macam rupa dan bentuk. formal dan tidak formal. pendidikan formal ialah pendidikan yang kita terima di sekolah manakala yang tidak formal ialah apa2 yang kita terima luar daripada pendidikan formal. tarbiah yang tidak formal hadir dalam bentuk ujian atau sebaliknya. hakikatnya setiap masa kita ditarbiah oleh Allah semata-mata mahu kita menjadi hambanya yang soleh dna sentiasa patuh pada perintah-Nya. namun, berapa ramai antara kita yang menyedari hakikat ini? hakikatnya kita suka menyalahkan takdir atas perkara buruk yang menimpa kita tanpa menyedari itu merupakan sebahagian rupa terbiah dari Ilahi.

sebagai insan yang kerdil, lemah dan hina, sudah pastinya sukar untuk kita terima perkara yang tidak menyenangkan. namun, lupa kah kita akan rukun iman yang keenam iaitu percaya kepada Qada dan Qadar? apakah yang terjadi sekiranya kita sering menyalahkan takdir atas apa yang berlaku? sudah tentu kita tidak percaya pada rukun iman dan ini akhirnya membawa kepada kekufuran tanpa kita sedari. ini juga antara sebab mengapa kita disuruh memperbaharui syahadah setiap masa. kadang2 kita tidak menyedari kita telah mensyirikkan Allah dengan kepercayaan dan tanggapan kita.

ana juga tidak lepas dari ujian dan tarbiah Ilahi. setiap apa yang berlaku ada hikmah-Nya. ana cuma berdoa agar dikuatkan hati untuk menempuhi ujian2 iNi.

Ya Allah, sangat berat ujian yang Kau timpakan padaku namun aku percaya Kau tahu aku mampu memikulnya. Maka, tunjukkahlah apa2 yang terbaik demi Agama ini padaku.
Amin...

p/s: gambar ana upload later.

No comments: