Friday, April 17, 2009

surat AmaRan daRi jiWa

Bismillah…..

Pertama-tamanya ucapan syukur pada Allah kerana sedar atau tidak diri ini sentiasa di bawah perhatian-Nya. Walaupun kadang-kadang manusia selalu terlupa akan kehadiran Penciptanya namun Dia tetap setia selamanya memerhatikan dan menjaga diri ini.

Alhamdulillah, akhirnya hidayah ini ketemui semula. Alhamdulillah nyatalah diri ini masih disayangi Tuhanku. Ampuni daku Ya Allah, selama ini aku terlalu buta membedakan kenikmatan cinta dunia dan cinta hakiki. Aku terlalu mengikut nafsu memuaskan kehendak diri walhal aku tahu itu bukanlah ketenangan sejati. Aku mencubai sesuatu yang baru dalam hidupku walhal jiwa ini tidak bersedia menerimanya. Ku hampir menodai cinta sejatiku terhadap suamiku. Entah bagaimana perasaannya kira dia tahu bahawa dia bukanlah yang pertama hadir dalam diri ini. Nauzubillah….

Wahai diri,

Telah berlalu sekian lamanya kita berazam untuk bertaubat. Namun apakah daya aku hanya seorang perempuan. Cepat bertindak balas walaupun kata-kata yang dituju bukan untukku. Cepat perasan walaupun bukan aku orang yang dimaksudkan. benarlah iman itu naik dan turun. Tika imanku naik, ku merasakan aku dapat menolak semua dugaan. Tika imanku turun itulah yang kucari untuk memuaskan kehendak hati. Walau aku sedar itu dosa tapi aku tak kuat untuk meninggalkannya. Benarlah kata orang dosa jangan dicuba. Kelak susah untuk meninggalkannya.

Sama seperti rokok, apabila kita telah membuka langkah cuba menghisap rokok akibatnya kita akan ketagih. Begitu juga halnya dosa. Apabila kita cuba melakukan sesuatu yang baru dan ia bertentangan dengan syariat, syaitan akan mula menyelinap dalam diri kita. Kita akan memandang apa yang kita lakukan adalah baik dan tidak berlebihan.

Contohnya apabila seorang muslimat memasuki pertandingan fesyen, sudah tentu pakaian yang dikenakan akan sempit di bahagian tertentu. Kemudian para sahabat muslimat itu sudah tentu akan memuji kecantikan pada dirinya. Ini menyebabkan hati muslimat itu berbunga riang dan sudah tentu dia akan teringin untuk mencuba pakaian lain yang mempunyai ciri-ciri pakaian yang ketat juga. Akhirnya perkara ini menjadi biasa dan akhirnya hilanglah ciri-ciri perabadi seorang muslimah sejati yang selama ini membaluti dirinya.

Dari aspek perkembangan diri pula, perasaan suka pada kaum yang berlainan jantina. Memang lumrah manusia kaum adam akan tertarik pada kaum hawa dan kaum hawa akan tertarik pada kaum adam. Bukankah dulunya adam hidup kesepian dalam syurga lalu dipohon pada Allah seseorang sebagai teman untuk menghibur hatinya yang kosong. Lalu Allah menciptakan Hawa sebagai pelengkap kepada hidup Adam. Maka hidup adam menjadi bahagia dan mereka dikurniakan keturunan yang ramai dan itulah asal usul kita.

Jika direnung pada zaman kini, ramai golongan anak muda yang lebih suka mencari “hawanya” atau “adamnya” tanpa berlandaskan syara`. Memang tidak dapat dinafikan apabila umur kita berganjak pada belasan dan dua puluhan, kita memerlukan sesorang yang boleh dijadikan teman bicara dan tempat untuk kita mengadu dan berkasih sayang. Tapi adakah “teman istimewa” itu mampu menepati citarasa kita? Itulah sebab mengapa Allah menganjurkan perkahwinan. Untuk menyelamatkan nafsu dan keturunan. Allah itu lebih maha mengetahui keperluan hambanya. Maka dia telah menunjukkan jalan yang baik kepada hambanya. Tapi berapa ramai kah hamba yang mengikut fitrah ini. Tidak menyerahkan cinta melainkan pada yang berhak?

Aku mengaku kadang-kadang aku sendiri turut hampir terjerumus dalam perkara ini. Ini merupakan ujian yang harus dihadapi bagi mereka yang belum berkahwin. Dan bagi diriku ujian ini bukanlah senang untuk ditempuhi. Lebih-lebih lagi pada zaman era globalisasi, banyak maklumat dan sumber yang mudah diperoleh pada hujung jari.

Apa yang penting tanamkan akidah yang sohih dalam diri. Jangan takut untuk meninggalkan dosa. Walaupun pasangan kita telah berjanji tidak meninggalkan kita selagi hayat dikandung badan dan menanti di syurga, adakah janjinya dapat ditepati? Siapakah yang paling teguh memegang janji? Sudah tentulah pencipta tercinta sahaja yang sangat menepati janjinya. Tiada apa yang boleh berlaku tanpa mendapat kudrat daripadanya. Apatah lagi manusia yang hatinya selalu berubah.

Wahai diri,

Berubahlah. Ku ulangi..janganlah takut meninggalkan dosa. Allah pastinya mempunyai rancangan yang terbaik buatmu. Allah pastinya akan membalas pengorbananmu dengan sesuatu yang lebih beharga. Pastinya dia tidak akan memsia-siakan pengorbanan ini. Andai tidak di dunia balasannya di akhirat adalah pasti. Ingatlah bahawa kehidupan di dunia tidak ubah seperti memejamkan mata selama beberapa saat sahaja. Maka adakah kau ingin menjadi antara orang yang rugi kerana terpedaya dengan keindahan dunia yang fana?

Fikir fikirkanlah.

Renung-renung kanlah wahai diri.

Sesungguhnya aku tak mahu kau dibakar api neraka yang tidak tebayang panasnya. Sedangkan sebuah gunung bisa hancur lebuh apabila api neraka sebesar biji sawi yang telah dibasuh 7 kali dengan air syuga diletakkan padanya, ini kan pula dirimu yang kerdil tetapi berhati besar. Adakah kau mampu menahan azab itu? Sudah tentu tidak wahai diri yang disayangi.

Sementara masih hidup di dunia gunakanlah peluang galilah pahala sebanyak mungkin. Ingatlah bahawa umur umat ini adalah pendek berbanding umat dahulu. Oleh itu, sudah pastilah amalanmu juga sedikit.

Wahai diri yang dicintai,

Peliharalah diri sebaik mungkin. Sentiasalah semarakkan api cinta buat pencipta. Nescaya dia akan mengurniakan hamba yang turut mencintainya supaya cinta kalian pada-Nya bertambah kuat.

Sekian sahaja wahai diri. Ini lah nasihat dari jiwa yang haus tarbiah dari Tuhannya. Inilah jiwa yang mengharapkan perubahan pada dirimu. Inilah jiwa yang menyayangi dan mencintaimu kerana Allah Taala. Kerana-Nya kita dipertemukan dan kerana-Nya juga kita akan dipisahkan. Oleh itu, istiqamalah pada kebaikan yang kau lakukan dan sentiasalah muhasabah dirimu agar diri menjadi contoh muslimat yang disegani setiap generasi.

Salam cinta kasih sayang buatmu.

SITI NUR HASINAH BINTI HUSSIAN

Daripada jiwa yang sentiasa dahagakan tarbiah Tuhannya

HUMAIRA

1 comment:

Anonymous said...

alhamdulillah
semoga aku diberikan kekuatan oleh Allah untuk membaiki diri aku sendiri