Sunday, January 18, 2009

minggu kEdua pEngajiaN (pArt 2)



bismillah..

alhamdulillah, ana bersyukur ke hadrat Ilahi kerana masih memberi peluang untuk ana meneruskan sisa-sisa kehidupan di dunia yang fana ini. Peperangan di PALESTIN masih berlanjutan tanpa ada tanda2 berhenti. Ya Allah, selamatkan saudara maraku. Tabahkan hati mereka untuk terus berjuang demi menegakkan agama-Mu dan berikanlah kekuatan luar biasa pada mereka Ya Allah. Amin

Pada minggu kEdua pengAjian ini, institut ana menerima kedatangan pelajar KPLI sepenuh masa dan KPLI j-QAF. Alhamdulillah, bertambah saudara maraku yang sedar akan kepentingan menuntut ilmu walau di mana dan siapa kita. Ingatlah sabda Nabi yang bermaksud, "tuntutlah ilmu hingga ke nagara Cina" dan "tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad". Betapa Islam sangat meraikan golongan yang menuntut ilmu hingga ke akhir hayat ilmu itu mesti dituntut.

Ana tak berniat nak menghuraikan panjang tentang ilmu. Minggu ni ana tak terlibat sepenuhnya dengan Minggu Pengurusan Pelajar Baru. ana rasa agak kekok juga. sebelum ni ana tak pernah melepaskan peluang bantu sahabat-sahabat tapi kali ini ana menarik diri untuk persediaan hujung minggu.

Walaupun cuti hanya pada hari Jumaat- Ahad, namun ana terlibat dengan 3 program yang sangat memerlukan komitmen ana hingga ana rasa serba salah apabila meninggalkan salah satunya.

JumaaT- Ahad: peMurnian MajalAh An-Nur
JumaaT- Sabtu: kEm SuluhaN iLmu Fillah (SUFI)
Sabtu: keLAs Darusyifa
Ahad: KuliAh dhuHa n Kelas Khat

Ana lakukan sedaya mampu ana dan ana berdoa agar Tuhan mempermudahkan segala gerak kerja ana dan jauhkan ana dari segala Fitnah yang datang tanpa ana sedari.

Berpeganglah pada Kata-kata: BANTULAH AGAMA ALLAH NESCAYA ALLAH AKAN MEMBANTUMU. SESUNGGUHNYA ALLAH SANGAT MENEPATI JANJINYA.

1 comment:

Anonymous said...

bagus pegangan nti tu,moga2 sape yang baca nnt dpt ambk iktbar dan pengajaran.kita just mampu tulis je,tp yang tntukan perubahan tu ialah diri epmbaca n hidayah Allah untuk limpahkan pada hamba Dia tu..